Saturday, October 29, 2011

SAYA SEORANG ROCKERS

Iyer ... saya berjiwa rockers. Sebab saya dibesarkan di zaman itu. Tapi saya hanya suker lagu lagu Slow Rock sahaja. Dan tak boleh terima Hard Rock yang keras keras sampai kena buat Head Banging (betul ker aku eja nih!). Saya kan pencintaan kedamaian, tak boleh terima lah lagu lagu yang bingit buat hati jadi rusuh dan kepala jadi pening. Sungguh seumur hidup tak penah masuh Disko (zaman saya) atau Clubbing (zaman sekarang nih). Memang tak boleh hidup lah dengan tempat-tempat yang macam tu.

Zaman remaja aku masa tu Rock memang tengah hangat. Search, Wings, Lefthanded, Ekamatra, BPR Rockers dan etc etc. Bukan lagu jer tengah hangat, semua remaja pun masa tu dari hujung rambut ke hujung kasut semua nak jadi rockers. Hehehe ... jap tadi aku dengar satu lagu ni kat Radio Sinar (radio yang ada banyak lagu-lagu otai macam aku). Punya lah aku rindu nak dengar, godek godek kat Utube, maka ini lah aku jumpa. Lagu ni sangat me'motivasikan hidup aku :)


Sangat suker Gary Moore dan aku baru tahu dia dah RIP pada 06 Februari 2011 yang lalu di umur 58 tahun. Selain dari lagu ni aku suker sangat lagu 'Still Got The Blues'. Dia punya petikan gitar tu yang best sesangat tu. Hmmm ... nasib baik tak pandai main gitar, kalau tidak aku dah goreng dah lagu nih. Hehehehe. Jap nak godek, ada tak gambar nostalgia zaman rock aku dulu.


1988 - ITM Dungun Terengganu




Lagi satu 1989 'Tenis Court' - ITM Dungun
Zya ... mintak izin ambik gambor ni yer.
Sedih lah pulak tengok gambar nih ... aku rindu korang
Angah, Yong, Ucu, Zia, Along (tgh ambik gambo) dan
Kak Joe (Rockers sejati sampai sekarang)
Sob sob sob ......

7 comments:

IXORAROXI said...

phewittttttttttttttttttttttttttt!
kurusnya awak masa kat ITM tu, comelnya awak eikkk

My Life My World said...

IXORAROXI - hahahaha ... anak-anak saya kat mak buruk masa dulu. Dah la rambut kembang. Terima kasih yer ;)

Fadzli Amir said...

Saye pun dibesarkan masa zaman rock gak....minat sampai skrang....
Tang jambul berputar2 tu yg mahaiii tu...80an nyer jambul....hehehehe....

Fadzli Amir said...

Lagi satu, ingat lagi seluar sekolah, seluar slack, suruh mak jahit bagi kaki kecik...merajuk2 sebab mak takmau jahit. dia kata tak elok kaki sempit...akhirnya dia mengalah, dia jahit gak....
tengok bebudak sekarang pakai seluar sempit tu, eeee buruknyaaaa, dulu aku pun buruk macam ni laa..

My Life My World said...

Fadzli Amir - Hehehehe ... akak pun terkenangkan zaman tu, budak lelaki semua pakai seluar yang ketat giler tu. Dengar kata nak masa memula nak sarung seluar tu kena pakai dengan plastik merah yang orang buat bungkus barang tu, supaya licin dan lancar nak sarung seluar tu ke atas. Hehehehe... tak penah lah pulak akak mencuba yer ;)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

huiiiiyaiii...

rambut mahal tu kak !!

zaman saya jambul kurang sikit kak... hehehehehe...

My Life My World said...

azrina - hahahaha kira zaman Reen tu dah kurang sikit rock lah yer. Susah tu nak stay kan jambul. Student kan tak mampu nak beli hairspray. Hahahahaha ...