Thursday, October 27, 2011

SEPAGI DI BUKIT CHERAKAH

26 Oktober 2011'

Wah! sangat seronok hari ni, dapat bangun lambat. Masa tengah golek-golek atas katil tu, tetiba jer dapat idea. Terjerit aku panggil Hilman dengan Aran ... "Jom pergi Cherakah nak?" Setuju ajer anak-anak aku nih. Tang berjalan memang No. 1. Lagi pun dia orang tak penah sampai sini. Yang nak ikut 3 orang jer anak aku, seperti biasa Kak Long yang memang tak adventure langsung tu awal awal dah tarik diri. Mana dia suka aktiviti memeluhkan badan ni.

Aku dah lama berangan nak bawak dia orang ke Bukit Cherakah ni, sementelah aku pun dah lama tak datang sini, adalah sekali sebelum kawin dulu. Bapak punyer lama tu kan kan kan. Sampai aku pun dah ingat-ingat lupa macam mana keadaan kat dalam nih. Selalunyer kami lalu lalang jer kat tepi Taman Pertanian ni kalau nak balik Klang ikut PLUS Highway, jenguk dari kejauhan jer lah gitu. Maka tepat pukul 9.45 pagi, dah tak berapa nak pagi pun. Maka kami pun bertolak ke Shah Alam, ikut Guthrie kejap jer sampai. Dalam pukul 10.15 kami dah menapak kat Bukit Cherakah. Okay ... jom ikut aku skodeng gambar sambil sambil aku bercerita ;)



Sungguh aku tak sangka. Ingat tak ada orang. Parking punyer lah penuh, ada yang double parking lagi pulak kat situ. Tak tipu, tengok kat atas ni, orang punyalah ramai nak beli tiket. Ada dua kaunter. Satu khas untuk masuk rumah 4 musim tu, satu lagi nak beli tiket masuk Taman Pertanian. Tapi tak lah lama sangat beratur pun, adalah dalam 4-5 minit jer.



Ini adalah harga tiket nak masuk Taman Pertanian Bukit Cherakah yer kawan kawan, tak lah mahal sangat. Berbaloi lah dengan apa yang ada kat dalam tu. Rupa-rupernyer nak masuk rumah 4 musim pun harga dia sama jer. Mungkin next time kut, aku nak merasa musim salji jer. Tapi kat papan kenyataan tu kata musim salji start bulan November nanti. Insya ALLAH kalau ada rezeki boleh terjah lagi.



Kita orang memang dah 'set in mind' nak naik basikal kat dalam Taman Pertanian nih, tak larat nak jalan kaki dan tak larat nak naik bas yang punyalah sarat dengan orang. Tapi tak sangka lah pulak kan, Bangsal nak sewa basikal ni pun penuh orang jugak. Jadinyer terpaksalah kami tunggu dengan penuh sabar. Kalau orang lain boleh tunggu apasal pulak kita orang tak leh tunggu kan ... chewah sabar sesangat lah konon kan.


Nasib baik ada bawak PSP dengan phone. Boleh gak main game sambil menunggu. Sabar jer Iqa bila Aran duk atas riba dia. Nasib baik adik dia ringan. Eh! lupa, sewa basikal kat sini ada 2 type. Satu tu RM5 hengget sahaja, dan setiap jam lepas tu adalah RM1, yang ni basikal biasa biasa jer. Manakala satu lagi RM10 hengget dan setiap jam lepas tu adalah RM10 hengget juga, yang ni basikal 'Le RUN' cantik sikit lah. Memula tu sabar sangatlah kan dan ingat nak ambik basikal yang RM5, tapi lepas tu kesabaran adalah tipis bila tengok muka anak-anak dah start macam tikus mondok. Okaylah, 10 hengget pun 10 hengget lah. Tak leh lar nak merendek lama-lama kat dalam tu.


Hoye !!! akhirnyer dapat naik basikal



Diketuai oleh Hilman yang eksen bebeno jauh ke hadapan.
Iqa setia temankan Aran


Kita orang terpaksa ke tepi bila ada bas nak lalu
Banyak betul lah pulak yang lalu sampai betembung turun naik


Ketua tengah 'check' ahli-ahli nyer


Berhenti jap tengah perjalanan sebab nak tengok Rusa
Cantik banget tempat ni


Rusa-rusa kat sini memang jinak dan mesra alam gitu


Dan perjalanan diteruskan, Iqa lak kat depan
Seperti biasa mak pantau kat belakang sekali


Banyaklah pulak gambar budak ni kan
Almaklumlah yang lain tak moh ambik gambar
Especially Iqa yang macam nak pitam
Tu ler lama tak eksesais


Memang ada banyak stall kat dalam ni
Kami berhenti kat stall ni, tak larat nak jalan depan lagi
sebab takut tak terkejar masa nak pulang basikal
satu jam jer kan ... bagai dijanji


Sempatlah makan aiskrim Cornetto ... sedap sangat
Dah penat-penat tu kan, dapat benda macam ni memang lah best



Bas yang ada kat dalam Taman Pertanian. Naik bas ni adalah free, tak yah bayar apa apa. Tapi punyerlah ramai orang. Tahan atau tidak jer nak berhimpit. Overall memang best lah masuk sini, dan kalau nak datang next time kena awal awal pagi. Banyak tempat kita orang tak dapat singgah due to nak kejar masa. Memula sebelum sampai sini aku ingat tak ada benda kat dalam ni dah, tak expect apa yang ada kat dalam ni, rupanyer ada banyak yang menarik kat sini. Dan dia orang tengah 'up-grade' lagi tempat ni nak kasi cantik dan menarik. Kita orang hanya sempat berbasikal jer. Sebab tu kena datang awal sikit lepas ni, baru boleh terjah banyak tempat. Insya ALLAH akan datang lagi.

6 comments:

Fadzli Amir said...

Tak sangka lak best kat dalam ni...ingatkan tak terjaga...kalu bawak basikal sendiri buleh ke...??...kalu buleh sampai petang le...hehehe

My Life My World said...

Fadzli Amir - Sama ler dengan akak, ingatkan tak ada benda pun. Boleh bawak basikal sendiri. Ramai pun yang bawak basikal sendiri.

Tapi peringatan naik basikal tu jangan pakai kain pelikat yer, mana tahu bila dan pakai kain pelikat tu dah rupa macam kat rumah sendiri, terus tak moh keluar keluar ... hahahaha

IXORAROXI said...

saya pernah pergi bukit cerakah ni tapi lama dulu.masa tu anak2 masih sekolah rendah lagi.ada tempat yang ada 4 musim tu..tak tahulah ada lagi ke tak.memang best kat situ macam masuk hutan eikkk

My Life My World said...

Ixoraroxi - kira tak lah lama sangat tak pergi compare saya, yang pergi sana masa tak ada anak lagi.

Masih ada lagi Rumah 4 Musim tu Ix. Dia orang baru upgrade. Tu lah ingat nak pergi November nanti, masa tu time winter ;)

Mrs Taz said...

acik,

november tu bila? nak itot gi ramai2 jom

My Life My World said...

Zia, November .... Insya ALLAH. Hehehe tahu tahu jer lah acik kau ni buzy memanjang. Nak ambik cuti pun bercinta. Ada 9 hari nak kasi perabih kalau tidak burn gitu jer. Hukhukhuk