Tuesday, November 12, 2013

WOMEN'S DAY OUT

SABTU, 12 October 2013



Kejadian dah lama, sehari selepas hari Graduasi Iqa. Cerita telah diperam sebab tak ada masa nak buat laporan :) Selepas majlis Iqa, kami tak balik KL terus.  Abih pun dah dekat pukul 6 petang, penat lah nak balik hari yang sama. Aku tak suka drive malam malam sebab tak mahir selok belok jalan. Dan mata agak silau bila lihat cahaya. Maklumlah, mata dah pakai lama. 


Seusai majlis kami balik ke bilik penginapan di Amansari Residence. Dan selepas itu dah malas nak keluar. Aku dan Kak Long kemudiannya pergi carik makan dan tapau bawak balik bilik. Kesian kat mak, mesti dia penat. Iqa pulak awal-awal lagi dah terbungkang. Penat kut. Amansari Residence memang best, bilik dia beso siap ada ruang tamu lagik.Dan harga pula tidak lah terlalu mahal. Dan paling penting, sangat-sangat dekat dengan MRSM Johor Bahru, tak sampai 10 minit pun. Alhamdullilah, dah beberapa kali jugak menginap di sini.



Memang 'Women's Day Out' sungguh lah. Sebab kami berlima semua perempuan. Kami Check-Out agak awal lah jugak. Around 10 pagi. Ingat nak bawak Nenek dan Cik Yah pusing-pusing JB tengok tambak atau shopping kat The Zone ker, tapi nenak kata tak per, sebab dia dah pergi dah sebelum ni dengan Pak Hussein masa majlis kawin anak sedaranya beberapa bulan lalu. So ... apalagi kami terus buat keputusan ke JPO. Sebab tempat ni jer yang dia orang tak sampai lagi. Lagi pulak di sokong oleh dua orang anak dara aku yang memang kaki shopping.




JPO - here we come. Seronok pulak kali ni ke JPO ... sebab tak ramai orang seperti selalu. Mungkin sebab awal pagi kut atau sebab Hari Sabtu. Selalu kalau ke sini, memang sesak lah jugak. Dan cuaca pulak ala-ala pusat peranginan tanah tinggi ... sejuk jer sebab nak hujan.



Model model tak berbayar ... hehehe



Cik Yah dah rela mengorbankan diri di COACH
Sampai dua kali masuk kedai ni, kali pertama just survey jer
Kali ke dua masa nak balik, di api-api kan oleh Kak Long suruh beli Beg
Takut dah nanti balik Klang teringat-ingat.



Ni pulak kat Micheal Kors ... saja saja jamu mata




Kak Long yang setia menemankan Nenek.


Tabik lah kat Nenek ... masih kuat berjalan. Walaupun berjam-jam pusing JPO. Nasib baik lah kat every outlet tu ada sofa untuk pelanggan duduk dan berehat. Sangat-sangat selesa disini. Bukan nenek jer akan duduk, kami yang lain pun duk pakat duduk sama ... walau pun tak beli hapa pun kat kedai tu.



Hasil pancingan di JPO, tapi bukan aku punya pun
Semua Cik Yah dengan nenek yang punya
Aku cukup lah sekadar seronok dapat bahagiakan orang membeli belah 
Satu kepuasan dapat bahagiakan orang yang kita sayang.

No comments: