Tuesday, March 7, 2017

SAYA BERSYUKUR (I'M BLESSED)

07 March 2017

Setahun sekali aku 'up-dated' Blog. Nampak tak buzy nyer aku.  'Roh' nak bercerita pun tak mari-mari. Entah kenapa hari ni marilah pulak. Rasa sayang sangat nak kuburkan BLOG yang dah berusia 11 tahun ni.  Hari ni nak  #I'm Blessed ... sangat-sangat. Terima kasih ALLAH atas segala percaturan indah mu. 






Pagi ini aku dapat 'Tag' kat Instagram dari anak aku. Kak Long Farhanah buat hati mak sebak pun ada. Terima kasih kerana mengiktiraf mak anak ku. Memang betul lah tu Mak ini Doktor. Masa kecik-kecik dulu ,,, masa antibodi anak-anak tak kuat dulu, Anak anak selalu demam tak kira waktu, Kalau anak demam, mak pun boleh demam sama nak.Cuti banyak abih untuk anak-anak yang sakit dan demam jer lah. Tukang bagi makan ubat dan tukang cucuk ubat kat bontot tu biasa,

Tapi sekarang mak rasa profession mak lebih kepada DRIVER. Driver hantar Paan pi sekolah, hantar Paan pi Tuition, hantar dan jemput Paan pi shopping centre di kala dia nak 'berjimba' dengan kawan-kawan. Juga hantar Hilman pi kerja (walau hanya kat MRT Sg. Buloh) dan jemput Hilman dari balik kerja (pun kat MRT Sg. Buloh) Tido dalam keta sementara habis Paan Tuition dan sementara Hilman sampai  tu adalah biasa, Dan selalunya kami tido dalam keta secara berjemaah dengan Paan dan Iqa (kebetulan cuti semester) pun adalah biasa, kalau MRT dah habis siaran.. Bonding time namanyer. Aduhai. 

Biarlah mak susah-susah bertunggu tangga, berhantar dan berambik, asalkan mak tahu anak mak kat mana dan anak mak selamat. Mak sayang anak Omak, walaupun anak omak dan beso panjang.





Semalam balik dari melawat Tuan Haji Mokhtar di IJN bersama Cik Ayang Sepiah, masuk opis nengok ada parcel untuk aku. Plus Fridge Magnet dari Bandung from Sarina. Parcel hanya bertulis 'K.Fairos' macam kat atas tu. Ingatkan orang opis kasi barang masuk dalam sampul ker. So aku just 'ignore' jer, siap pi makan dulu. Masa lepas ambik air sembahyang, tergerak hati nak nengok isi parcel.



Bukak tengok dalam ada Beg 'Longchamp' warna biru, Hati dah berbunga-bunga sambil berkata' Eh! macam wish come true pulak' Nak buang dah sampul ...  nengok ada kotak tertinggal. Nasib tak buang. Perfume rupernya. Then aku call Sarina, aku ingat dia yang bagi selain dia bagi FM tu. Sekali dia kata bukan dia. Terus letak kat luar bilik balik sebab aku rasa bukan aku yang punya.

Kat plastik tak ada 'Docket' pos dari mana dan dari siapa. Siap aku ambik gambo hantar kat Group anak beranak, kata mak dapat Parcel tapi tak tahu sapa. Tapi mak rasa bukan mak punya.  Kak Long tulis suka tak, lepas tu dia leh lak tulis ... eh tapi dari siapa. Hilman lak tulis, mak ada peminat kot. Aku lak balas,'Bukan korang ke? Korang jer peminat mak" dan 1 jam lepas tu Iqa yang baru bangun tido baru bersuara 'huhuhu dari kami ler tu ... yeeee sukar tak?' Giler tak sukar nak oiiiiii ... kan kata wish come true. Hahahahahha. Baru dapat Longchamp serupa dapat PRADA kan mak kau nih. Hahahahha. 



Syukur sangat dapat anak macam korang. Katanyer sebab birthday hari tu tak dapat kasik hadiah, cuma dapat kasik bunga jer. Mak faham nak, duit tak ada lagi masa tu kan, Huwaaaa ..... terharu. Nak tulis lagik ... OMAK SAYANG ANAK ANAK OMAK

3 comments:

Mrs Taz said...

Alhamdulillah, happy for u acik ..

Anak2 rezeki dari Allah pada kita yg tak terhingga ..

Kasih mak plak , tak berbelah bagi , tak de syarat dan kekal hingga ke syurga ...


Anak2 kalo baca komen ni , hargailah ibubapa selagi nyawa di badan..

Sikit pun pemberian kita , bahagianya akan di kenang sepanjang masa ..

Jangan takut miskin sebab berbakti pada orang tua ..

Sebab Allah tu Maha Kaya .. berbuat baik , syurga lah balasannya. <3


Mrs Taz said...

update laaa selaluuu ....

My Life My World said...

Betul tu Zya, biar pun kecik dan murah jer pemberian tu, tapi penghargaan mak macam dapat award bertaraf dunia. Happy giler.

Insya Allah ... rasa semangat nak menaip tu dah kembali sikit sikit. Semoga Acik terus istiqamah. Amiiinnn.