Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

JUMAAT INI DI ISTIHARKAN CUTI


Tak main-main tau ... ini memang betul betul. Double seronok tak terkira ... dah la tidur malam tadi dengan perasaan yang bahagia sebab Malaysia dah menang bola Piala Suzuki - AFF 2010. Bangun pagi lak bukak FB nampak ler status di atas di Wall orang. Memula tak percaya ... sehingga bukak laman web Bernama ini. Seluruh rakyat Malaysia akan dapat 1 hari cuti sebab Malaysia menang bola semalam. Oh! bahagianyer. Baru semalam dah inform aku nak cuti Jumaat ni sebab nak abiskan cuti. Alih-alih Kerajaan istihar cuti lah pulak... Ini bermakna aku kerja 1/2 day di HARI INI, sebab nak kasi perabih sisa cuti yang ada.

p/s : double happiness juga malam tadi, bila aku dapat cheque dari Income Tax untuk KALI KEDUA ... tak sangka ada dapat lagi cheque untuk aku minggu ni, baru jer dapat satu minggu lepas. Alhamdullilah, Syukur rezeki :D

Tuesday, November 16, 2010

CUTI SEKOLAH DAH BERMULA


Hari ni start cuti sekolah dan sekolah akan dibuka semula pada 03hb Januari 2011 .... cepat nyer lah kan masa berlalu. Sepatutnya hari Jumaat ni last sekolah. Mungkin disebabkan Hari Raya Haji Rabu ni maka cuti adalah dipercepatkan. Waktu-waktu gini aku terfikir, apasal tak terbuka hati aku untuk jadi Cikgu masa lepas abis study dulu macam dua tiga orang coursemate aku. Banyak sikit dapat cuti, banyak sikit dapat luangkan masa dengan anak-anak tercinta. Lepas tu kan masa hari guru mesti dapat banyak hadiah.... hehehe ... Aku nampak yang indah jer kat sini. Betul ker Mak Cik Meriam, hidup jadi Cikgu ni best? Tapi kalau aku jadi cikgu mesti ramai anak murid benci kut. Aku ni jenis garang macam singa ... tak percaya??? Cuba tanya anak-anak burung kat atas tu ...hehehehe

Yang kecik dua orang tu boleh tahan lagi kalau aku membebel. Duk diam kat rumah menikus. Yang besar dua orang tu pulak kalau aku start naik hangin memang pandai jer melarikan diri kerumah Mak Tok. Itu kira baik lagi sebab tak menjawab. Pandai korang yer, mak perasan nih o-o. Apakah angin dan darah aku akan naik musim cuti ni ??? Bergantung lah pada kesopanan dan kesusilaan korang berempat menjaga rumah dan kebersihan serta kekemasan. Tidak lupa diri dan tidak pengsan didepan Internet, PS2 dan Astro. Dan tidak meninggalkan Solat 5 Waktu. Kalau ler sebaliknyer yang berlaku, memang ler mak akan balik dengan Mode Tsunami plus Gunung Merapi meletus lepas tu. So .... anak-anak ini kira peringatan yer. Mak tahu korang baca ini ;D

Semalam aku dah siap beli stok barang makanan banyak-banyak kat GIANT. Biasalah anak-anak tengah membesar bagai JOHAN ni, duk pulak rumah, musim-musim sejuk pulak sebab hujan sentiasa. Memang perut korang akan asyik lapar jer lah. Lepas makan jangan nak tinggalkan pinggan di singki, lepas menggoreng jangan nak biarkan dapur berminyak. Jangan makan di atas karpet yer sila makan di dapur sahaja. Nanti bersemut dah tu korang baring merata, nanti kena gigit semut mak jugak yang susah. Erkkk ... apasal post kali ni dah jadi sessi membebel pulak. Penuh peringatan untuk anak-anak ku Kak Long, Iqa, Hilman dan Aran.

Kalau korang baik ikut kata, mood mak pun best .... Insya ALLAH, korang nak kemana-mana jer nanti, pasti mak bawak. Kita masing-masing ada tanggungjawab. Jadi mari kita laksanakan tanggungjawab kita dengan baik yer anak-anak ku. Buat Iqa dan Hilman, korang enjoy katak ler dulu setakat bulan November ni, sebab nanti bulan Disember korang dah kena perintah berkurung dari mak. Demi kebaikan korang jugak ... sebab mak sayang korang ;D

Bukan senang nak jadi Mak nih ...

Friday, October 29, 2010

TO TAIPING WITH LOVE

Kami keluar rumah sekitar pukul 10.00 pagi. Itu pun lepas dah abih lipat kain dan kemas rumah serta sarapan. Aku buat macam ni sebab nanti waktu balik aku tak lah serabut kepala tengok rumah bersepah dan kain berlonggok. Perjalanan lancar, tak ada eksiden, tak ada jem, walaupun sepanjang jalan boleh lah dikatakan hujan turun kekadang lebat, kekadang renyai.


Suspen gak aku, especially bila lalu kat Gua Tempurung. Satu kereta baca Ayat Kursi masa lalu kat area ni, belum lagi kira kat radio pasang bacaan Surah Yassin. Tak singgah makan mana mana pun, cuma singgah Hentian Tapah jer, anak anak beli air dan jajan. Kami dah ambik sarapan berat kat rumah pagi tadi. Jadi tak ler rasa lapar sangat. Kita orang sampai Ipoh dalam pukul 12.oo ++ macam tu.




Cuaca kat Ipoh cantik lak masa lalu tu, terang benderang. Dan ini first time aku lalu Ipoh tak bayar tol kat Jelapang, laluan lebuhraya PLUS dah tanpa henti sekarang. Lama nyer aku tak ke Utara. Tapi lepas Terowong Menora ... hujan punyalah lebat, sampai tak nampak jalan. Dah ler waktu tu time turun bukit. Kereta semua slow jer, sebab banyak air bertakung kat jalan. Alhamdullilah ... tak ada apa-apa berlaku. Singgah buang air kat Hentian Sungai Perak sekejap dan sampai Taiping lebih kurang pukul 1.00++ macam gitu.




Ini ler salah satu punca besar aku singgah Taiping. Pergi rumah Cik Ayang Safiah :) Ini pertama kali aku sampai rumah dia kat SIMPANG (betul ker ni yang?), sebelum ni pernah sampai gak rumah dia, tapi waktu tu kat Pokok Assam. Best betul pergi rumah Ayang. Mak dia masak nasik daging special untuk kita orang. Sedap banget, bertambah-tambah kita orang makan, memang muka tak malu betul. Sampai tak sempat nak snap gambar nasi daging dia, sebab dah lapar... masa tu ingat nak makan jer dalam kepala otak.



Aku jatuh cinta dengan mak kau Ayang ... sporting, happening dan ramah giler. Macam dah lama kenal. Walhal baru jer 2 kali jumpa. Nak ambik jadi mak angkat boleh? ... hehehehe. Yang budak kat atas ni pun aku jatuh cinta jugak. So comel dan adorable dan keletah .. yang ni aku nak buat menantu boleh? ... hahahahaha. Merah merah ... sudi tak jadi menantu auntie? (kelip kelip mata) ... Lepas solat dan borak borak jap, kami bertolak ke pekan Taiping. Susah nak tinggalkan rumah Ayang sebenarnya. Macam duk umah sendiri pulak kita orang rasa.


Ayang pandu arah kita orang dari rumah dia ker Hotel Seri Malaysia. Masa tu ler lalu Muzium Taiping, sila rujuk gambar di atas. Terima kasih yer Ayang... jasa mu dikenang. Dah upah biskut cornflakes kan hari tu 3 ketul... hehehehe. Sri Malaysia Taiping ... hotel dia so so jer lah. Tapi sebab nak kan hotel yang ada pool, dan dekat dengan Taman Tasik Taiping serta Zoo Taiping, maka tempat ni lah jadi pilihan. Memang dekat sesangat pun.




Dia orang ni kalau duk hotel mesti nak mandi kat pool. Yer lah pulak kan, kat rumah sendiri tak ada swimming pool, masa gini ler nak berendam sampai kecut. Hilman dan Aran jer pun yang suka mandi kat Pool ni. Budak pompuan dah rasa malu nak terjun tiruk kat kolam ni. Semua kat situ budak budak kecik jer, tak ada orang dewasa pun yang mandi. Sempat ler Hilman tunjuk skill berenang kuak lentang dia kat aku. Hoye! hoye! ... anak mak dah pandai berenang :)



Malamnyer lepas Maghrib kami ke Zoo Taiping & Night Safari. Teruja betul anak anak, especially budak lelaki dua orang ni. Entrance Fee nak masuk sini RM16.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Bawak masuk kamera Free of Charge yer tuan-tuan ;)



Dan harga ni termasuk tambang naik Night Safari Mini Train sekali. Ramai gak orang yang datang, sampai Train sentiasa penuh. Train ni mengelilingi seluruh kawasan Zoo, dalam pada tu pemandu train akan terangkan pasal binatang-binatang yang ada kat kawasan yang dilalui tu. Seronok sangat. Anak anak teruja betul. Mak dia pun teruja gak ;D



Train berhenti kat kawasan Payung besar ni.
Kat sini ada kedai serbaneka yang jual macam-macam
barang cenderamata, minuman dan makanan.


Aran sempat gak lah pose kat sini, belakang tu ada kolam ikan. Ikan dia beso beso, macam macam kaler ada. Lepas rehat jap kat sini, kita orang jalan kaki kat dalam Zoo ni secara berkumpulan. Nak jalan anak beranak jer takut gak, dah lah golap walaupun ada lampu jalan. Manalah tahu kut-kut ada terlepas ker bintang buas, terjumpa ker Reptilia ... suspen gak :)


Ular berlingkar bawah pangkin


Sekawan rusa yang memang aktif diwaktu malam

Famili gajah ni baru jer terima cahayamata baru masa ni
Mak Gajah masih berpantang waktu ni
Orang Zoo tu yang kata ek ...
aku tulis jer ikut dia kata ;D


Sekawan burung sedang bertenggek kat pokok ditengah tasik


Yang ni anak aku, masa dah nak balik ni.

Kami keluar dari Zoo lebih kurang pukul 10.00 ++ malam gitu. Perut dah start bunyi lagu balada dah. Kak Long boleh kata, "Mak, kita pergi rumah Kak Yang nak, ada lagi tak Nasi Daging dia?" .... hohohohoho ... sungguh statement tak malu :P. Kami pusing-pusing bandar Taiping carik tempat makan. Sebab masa tu dah pukul 10.00 dekat pukul 11.00 dah, mana ada kedai makan bukak. Try gak carik KFC ker McD ker, kalau ikut kat peta yang kita orang ambik dari Hotel ... semua tempat ni kat Taiping Sentral. Nasib baik kita orang ada Hilman yang sungguh adventurous dan pandai baca peta ;) Tabik Spring lah kat Man .. Toing! Senang jer jumpa Taiping Sentral ni. Ha! hambik kau, punyerlah ramai orang kat sini. Nak carik tempat duduk kat Mc D pun kena Q Haidar. Iqa dan Aran tak larat nak keluar, dia orang dah tido dalam keta. So tapau jer lah untuk budak berdua ni.



Ini lak waktu bangun pagi, dah lapar balik. Anak anak aku ni memang kuat makan, nasib baik lah ikut Genetik Abah korang .... meninggi jer. Makan banyak mana pun tak gemuk gemuk. Dapat makan sebab ada boucher percuma, bayar untuk Aran jer. Ada nasik lemak kosong, tanpa lauk yang happening (masa ni ingat kat nasi daging lagi ... hehehehe) ,mee goreng dan roti bakar serta bijiran jer. Jadik lah, buat alas perut, tak leh banyak komplen. Bersyukur lah dengan apa yang ada.

To be continued .. tungguuuuuuuuuuuu
masalah nyer ada ker orang nak tunggu.... hu hu hu
perasan ler kau Acik :0

Saturday, June 12, 2010

CUTI CUTI MALAYSIA ... KUANTAN

JUMAAT, 04 JUN 2010

Aku dah start cuti hari ni, dah lega sebab bos-bos dah approve. Budak sekolah tak cuti, aku dah cuti dulu :) ... baru la hari ni sempat nak servis Cik Kiah dan periksa kasut kasut nyer. Nak jalan jauh kan, kena lah jaga. Kat satu hari jugaklah Cik Kiah masuk Saloon ... ambik Aran dan Iqa dari sekolah, dan lepas solat Maghrib ... gedebak gedebuk pukul 8pm ++ la jugak bertolak dari rumah ke Kuantan.


Pemandangan dari Bilik Hotel, Masjid Indah di tengah tengah Pekan Kuantan

Perasaan aku ... teruja sangat sangat. Ini pertama kali aku buat long distance journey waktu malam. Tapi sebelum tu dah minum Nescaffe supaya tak datang mengantuk.


Ahli Rombongan bergambo ramai ramai tepi Sungai Kuantan

Perjalanan dari Tol Gombak ke Tol Karak amat amat lancar, anak anak pun excited giler. So tak lah boring sangat walaupun sepanjang jalan hujan lebat. Sampai Kuantan dalam pukul 11 malam. Waktu tu Abang Ngah dah check-in kat Mega View Hotel, tepi Sungai Kuantan.


Hilman, Endi dan Aran tengah nak tinjau kalau ada buaya kat Sg Kuantan

Dia dah check-in kan untuk aku sekali. Lupa nak inform ... Cuti cuti Malaysia kali ni aku konvoi dengan Abang Ngah and family. So semua hotel sepanjang cuti kali ni Kak Ngah dan Abang Ngah aku uruskan. Aku ikut jer :) untung aku ada Abang dan Kakak Ipar macam ni.


Mak Tok dan anak anak dia ... Abang Ngah dan Mak Su kat Lobi Hotel Mega View Kuantan

Pagi lepas solat subuh, bersiap apa apa yang patut, then dalam pukul 11 pagi check-out Hotel. Sempat lagi breakfast kat Pekan Kuantan.




Kedai mamak jer, tapi sedap giler makanan dia.
Mulakan perjalanan dari Kuantan dalam pukul 12 jugak lah.


Lagi pemandangan Pekan Kuatan dari bilik Hotel

Kita orang sempat singgah MESRA MALL kat KERTEH. Best giler Mesra Mall ni, cantik, bersih dan outlet dia macam yang ada kat OU tu. Macam macam ada. Sampai Terengganu dalam 1.30 tangahari, singgah Pantai di Medan Selera kat Batu Buruk. Makan Nasi Ayam Hainan kat situ. Cepat giler dia orang serve. Baru duduk jer, dia orang dah letak nasi, tak cakap apa pun. Hehehehe ... dah tu dia orang hanya jual nasi ayam jer kan. Memang la tak leh minta benda lain.


Mak Tok dengan penuh selera makan nasik ayam :)

Lepas makan dalam pukul 2++ tengahari macam tu, bertolak ke Kelantan. Jalan kat Bandar Terengganu, agak sesak ... musim cuti sekolah kut. Semua Plat keta pun show that orang yang menyebabkan kesesakan tu majoriti dari Wilayah Persekutuan. Lepas pekan baru lega sikit. Perjalanan amat lancar dan tidak membosankan sebab tak lalu hutan kan.

Tak jemu lalu laluan Tepi Pantai ... sungguh mendamaikan dan seronok


Rumah orang sepanjang jalan. Hujan pun dah start turun masa kita orang masuk Setiu/Permaisuri ... sampai Kota Bahru dah pukul 6.30 petang. Kita orang Check-In kat PALOH INN. Senang cerita Paloh Inn ni sama building dengan NORDIN BATEK ... beso giler bilek dia. Walaupun dalam kategori tak ada star. Tapi amat selesa lah jugak nak tempatkan kita orang yang ramai ni :)

Sepanjang jalan ke KB pun redup dan hujan jer

Nantikan cerita seterus nyer yer ... banyak lagi ni nak story ;)

Monday, April 5, 2010

UBAT PENAWAR DUKA


SABTU, 03 April 2010


Seronok sangat, sebab hari ni aku cuti ... apa lagi, bersantai la dengan anak-anak. Macam dah lama tak cuti Sabtu. Lepas ambik Kak Long balik dari tuition kita orang singgah Selayang Mall ... seronok seronok seronok. Macam ler tempat vogue sangat umpama Pavilion, yang seronok tak hengat sesangat. Selayang Mall jer, tempat yang serba murah dan macam macam ada :)




Kunjungan kali ni aku bawak Mak Tok, cian Mak Tok duduk umah jer tak gi mana-mana, dah ler aku tak ada masa nak layan Mak aku ni, asyik balik lambat jer. Nasib baik dia selalu ditemani oleh cucu cucu yang selalu buat havoc yang membingitkan rumah dia.



Sampai jer mula mula kita orang masuk satu kedai ni, nama dia Romantika. Heaven kau kedai ni, bagi aku ler yang suka barangan 'Household'. Banyak barang perhiasan rumah ala-ala English Style yang murah giler. Sampai rasa semua nak borong. Nasib baik budget ciput jer bawak. Boleh dekat 1 jam lebih jer kat dalam ni. Semua barang kita orang belek. Mak aku dah start giler rambang mata rasa kalau boleh nak beli semua. Bayangkan pinggan mangkuk yang Hand Painted ada yang harga sehengget jer. Mug lawa dan murah murah. Pinggan hidang cantik cantik dan besar dengan kaler yang menawan ... ece ce ceh... harga 10 hengget jer. Mak aku ajak datang lagi bulan depan. Hahahaha ... sebagai membalas keboringan anak anak lelaki aku yang terpaksa melayan nafsu serakah mak dan mak tok nyer, aku suruh dia orang pilih pinggan sarapan untuk diri sendiri. Suker ler dia orang ... sebab nanti sarapan dapat guna pinggan lawa. Ala murah jer, ada yang sehengget ada yang 3 henggat sebijik.




Lepas minum hilang penat shopping kat kedai barangan rumah tu, kita orang sambung main BOWLING. Ramai pulak orang hari ni, ghupa ghupa nyer ada Tournament. Membaling bola bowling sampai rasa lenguh tangan. Padahal main 2 game jer. Mula-mula tu score tinggi ler jugak, tapi bila dah penat tu ... asyik ke longkang je lah. Tapi sangat menyeronokkan. Tergelak-gelak tengok bola orang masuk longkang, lepas tu bola sendiri pun masuk longkang. Iqa memula tak nak main, sebab malu ramai orang ... lepas tu join lah jugak sikit. Mak dia pulak, asyik ler nak hambik gambor je lah kerja nya.








Lepas main bowling, makan aiskrim kat Mc D terus balik. Lama gak la kat Selayang Mall ni, dari pukul 11.40 sampai pukul 4.00 petang tu. Ini ler ubat stress aku yang paling mujarab sekali lepas kerja bagai nak gila selama seminggu ni. Memang lupa segala masalah bila dapat habiskan masa bersama sama anak anak tersayang, dan dapat membahagiakan emak yang tercinta ;)








Tuesday, February 24, 2009

BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS


DAY 1

Kami sekeluarga bertolak dari rumah ke Cameron pada hari Jumaat, pukul 3.00 petang. Sebabnya nak tunggu anak-anak balik sekolah, nasib semua sekolah pagi. Then tunggu Tok Abah pergi solat Jumaat dulu. Perjalanan lancar, tak ada jem, tak hujan. Sempat berhenti kat R&R Tapah, beli petrol dan melonggarkan segala urat urat di badan sambil makan aiskrim. Then sambung jalan. Kami keluar kat Simpang Pulai, tak lalu ler nak naik ikut Tapah dengan jalan bagai ular kena palu. Ikut Simpang Pulai, tak terasa sangat, dan jalannya lebar. Yang kelakarnya, masa lalu kat Gua Tempurung tu, anak-anak + mak dia tak putus baca Surah Kursi, sebab orang kata tempat tu keras, sebenarnya seminggu yang lalu dapat email pasal ada banyak hantu kat kawasan ni. Hehehe......


Pemandangan ikut Simpang Pulai ni pun cantik, sejuk jer, tak yah bukak aircond, bukak tingkap jer. Nyaman je cuaca dia. Kami sampai kat Simpang antara jalan nak ke Gua Musang dan Kg. Raja, Cameron dalam pukul 6.30 ptg. Jauh jugak ler dari Kg. Raja nak gi Tanah Rata, tapi seronok dapat tengok batas batas sayur dan pokok pokok bunga yang cantik-cantik. Tak terasa perjalanan yang panjang. Sampai kat Heritage dalam pukul 7.15 malam. Waktu tu yang dah sampai Ayah Ngah and famili serta Tok Abah and famili, so kami keluarga ketiga yang sampai, tunggu Ayah Long jer, rupa-rupanya dia orang bertolak dari KL pukul 6.30 ptg sebab Kak Long ada kerja nak buat. Dia orang sampai Heritage pukul 11.00 malam. Ini baru empat keta, yang tak datang famili Ayah Cik dengan Ayah Su. Tapi dah cukup kecoh dan riuh. Semua sekali 21 orang.


Sampai jer kat sana, menu yang pertama, Mak Tok masak ayam sambal, ayam masak lemak dengan Ikan masak kicap. Kak Ngah yang dah sampai awal, siap dah masak nasi, dan sempat beli sayur buat ulam, plus sambal belacan. Sedap sangat. Then kemas-kemas apa yang patut. Ada Astro lagi kat Apartment ni. Hilman siap bawak PSP dengan PS2. Nasib baik dapat 2 apartment, so ada dua set of TV, satu buat main game, satu buat tengok Astro. Lepas habis kemas, tengok tv dengan mak & abah sambil tunggu Ayah Long sampai. Tido dekat pukul 12.30. Tapi memula tu tak leh tido, sebab tido sebelah bilik anak anak dara, punya ler memekak. Sampai kena call Kak Long, suruh senyap sikit. Seronok sungguh dia orang jumpa sepupu sepapat.


Dah lama tak outing together-gether dengan kaum keluarga. Planning nak bercuti ke Cameron Highlands ni dari awal tahun lagi. Sebabnya SIL gue yang kerja kat MBSB tu boleh sewa apartment kat sana. Dah dapat green light dari dia awal bulan ni, dia siap sewa 2 buah apartment lagi di HERITAGE, Tanah Rata. Last sekali datang stay kat Heritage 10 tahun dulu, waktu tu anak baru 3. Usia Hilman tak sampai setahun, sekarang ni Hilman dah 10 tahun, lama tu. Tapi Heritage masih tak berubah, masih macam tu, cuma apartment dia dah tukar sofa baru.

DAY 2

Bangun tak ler awal sangat, sebab cuti solat. Bangun jer, rendam mee and potong bahan nak buat mee hon. Maid Ayah Long pun bangun sekali, dia buat english breakfast. So kami sharing dapur. Cakap pasal Maid Ayah Long, aku sempat bergosip dengan dia orang, aku kata, maid dia tak layak jadi maid... sebab apa tau, sebab dia lawa sesangat. Dengan kulit putih bersih, rambut lembut dan cantik. Tapi yang best dia tersangat pandai buat kerja dan jaga budak. itu yang respek tu. Dia buat kerja dapur laju betul dan kemas dapur cantik jer lepas masak, tak bersepah pun. Reti cakap orang putih lak tu.


Kat daput apartment sebelah, Mak Ngah a.k.a. Kak Yan buat nasi lemak. Then kami pakat angkut meja dari apartment sebelah bawa ke apartment kami, sambung meja, sebab ramai orang lah kan dan makanan pun banyak. Memang datang sini kerja makan je lah, banyak jugak stok makanan. Orang ni bawak sikit, orang tu bawak sikit. Penuh dapur dan peti ais dengan stok makanan kita orang. Sampai ke balik pun tak habis, terpaksa bawak balik rumah. Hehehe.... Maggi pek besar yang aku bawak pun tak bersentuh. Lepas makan dan berkemas, destinasi pertama kami adalah 'Cactus Valley' kat Brinchang. Kalau aku ler pegi dengan famili, memang aku tak tahu mana nak pergi. Nasib baik ada Tourist Guide iaitu Ayah Ngah dan Mak Ngah, yang dah biasa. Sebab 'Cactus Valley' ni tersorok kebelakang sikit, padahal betul-betul kat belakang Pekan Brinchang berhampiran tapak pasar tani.


Memula nak sampai tu, nengok dari bawah bukit, aik macam tak ada benda yang menarik. Kami park keta kat lot lot kedai di Brinchang. Ialah, tempat dia macam colourless dari bawah, ada la gerai-gerai jual souveniers kat bawah. Dah ler tu nak kena lalu lorong macam kat Kg. Cina jer.... then nak kena naik bukit, punya lah tinggi bukit dia, semput gue yang debab ni. Kesian lak tengok Kak Long yang sarat mengandung panjat bukit, tapi dia suka, dia kata boleh exercise. Sesampai kat atas bukit tu, Cheh... punya la banyak tempat parking kosong kat atas tu. Buat karan jer, nak menapak. Ayah Ngah kata, selalu memang parking dia penuh, so dia tak nak 'take risk' sebab tu parking jauh. Tapi okay lah, setelah mentenkedarah sarapan yang banyak pagi tadi, boleh ler bagi semua orang exercise.

Wah....indah sekali kat atas ni, dengan tumbuh tumbuhan yang beraneka warna. Syurga dunia betul lah kat atas ni. Tak sia sia gue menapak naik bukit bagai nak rak. Geram-geram nya tengok bunga dan kaktus. Kami semua sibuk memborong kaktus. Naik atas sikit, ada ladang strawberry dan ladang salad kat atas. Dia tanam secara hidroponik. Seronok giler tengok, macam orang jakun. Ye lah pulak, jarang nampak bebenda macam ni kan. Dengan dikelilingi tumbuhan yang berbagai warna diiringi tiupan angin yang sejuk macam dalam air-cond. Rasa macam tak nak balik. Then kat hujung ladang strawberry dan sayur tu, ada gift shop dan cafe.

Ni nak cerita ni, kat cafe tu, semua makanan berasas kan strawberry dan sayur. Kita orang yang macam tak tahu lapar ni, buat cafe tu macam rumah kita orang, sebab tak berapa ramai orang sangat, memang tepat datang cuti waktu ni. Ala-ala kantin sekolah jer cafe dia. Nak beli, bawak duit, oder terus dapat. Makanan dia, aduh delicious dan yummy amat-amat. Beli satu nak dua, beli dua nak tiga.... hehehe dah melampau ler tu. Kak Long a.ka. Auntie Ema kata 'Waffle' dia lagi sedap dari kat 'Waffle' di OU.......Sila-sila ler tengok gambar ni ye....

Lama ler jugak kat atas ni, ada la dekat 2 jam. Perut dah kenyang. Turun bawah balik. Memula tu nak jalan lagi. Sebab mata masing-masing dah ngantuk sebab perut dah kenyang...maka destinasi seterusnya adalah balik ke apartment je.... Hahahaha... Waktu ni aku balik solat dan titun. Bangun titun, solat Asar, then Kak Yan ajak pergi pasar malam. Memula nak naik satu keta je, sebab ingat tak ada yang nak ikut. Aleh aleh kanak-kanak remaja semua nak ikut. Jadi ler 2 keta. Kak Yan bawak satu, aku bawak satu. Pasar malam kat Brinchang, best sangat. Best sebab benda yang tak ada kat pasar malam biasa tapi ada kat sini. Apa lagi tak best nya, kita orang jalan reramai. Havoc giler, macam pasar malam tu kita orang yang punya. (Cakap stail Jin 'Ahmad Albab' dalam cite P.Ramlee). Kat sini dia punya Cendawan Gorang sedap giler... Kita orang beli tak sempat nak balik keta dah habis. Siti Nurhaliza kalau datang sini mesti suka, sebab strawberry celup coklat, merata-rata, dah ler murah lak tu.

Balik semula ke Apartment sewaktu Azan Maghrib berkumandang. Solat Maghrib, then prepare untuk SteamBoat malam ni. Itu ler diner kita orang. Best sangat, macam macam jenis steambot yang Kak Yan masak dalam sup tom yam. Kekenyangan sampai tak habis. Hehehe.... Lepas tu layan tengok movie kat Astro ramai-ramai sampai pukul 12 malam. Bebudak lelaki Ayah Long layan main game "Risk : Star Wars". Ala-ala game Monopoly. Tau ler Ayah Long tu peminat fanatik Star Wars sejak zaman remaja lagi. Lepas solat Isyak terus kebabom. Best tido kat sini, sejuk jer, macam sentiasa ada air-cond. Aku sibuk kata kat dia orang. Kalau KL sejuk macam ni, best giler, rupanya abang ngah aku pun cakap gitu kat isteri dia.Hehehe.....Tapi betul best, bolah jimat letrik sebab tak yah pakai kipas dan pasang air-cond. Then kulit mesti lawa jer, sebab banyak makan sayur. Agak nya ada ker opis aku nak bukak cawangan kat Cameron ni ek ... dalam mimpi kamu ler acik. Hehehe
DAY 3
Hari ni pukul 6.30 pagi dah bangun. solat subuh dan start masak spagetti. Tak ada orang kacau sebab semua bangun lewat. Dalam pukul 8 dah boleh makan. Anak anak semua mandi awal hari ni sebab dah warning, kalau nak makan spagetti mak kena mandi dulu. Lagi pun hari ni hari terakhir kat sini. Kena rebus spagetti dua kali. Acik suka sebab masakan acik laku. Kejap jer habis. Ngam ngam simpan sepinggan untuk abang ngah aku yang lewat bangun. Kesian Mak Tok, dia tak leh makan kuah spaggeti sebab ada daging lembu. So dia makan spagetti dengan kuah sup tom yam steambot malam tadi. Kak Ngah buat sandwich sampai dua buku roti besar. Then semalam petang, maid abang long masak nasi himpit dan kari daging seperiuk besar, so pagi ni ada balance. Ditambah dengan strawberry yang dibeli kat pasar malam semalam. Aku bawak whip cream dari KL. So laku sungguh strawberry itu. Mewah makan betul kat sini. Syiok, lupa diet jap. Diet ker aku, tak kurus kurus pun....hehehehe...


Lepas makan semua orang kena berkemas sebab Kak Ngah nak kena serah kunci sebelum pukul 12.00 tengahari. Then lepas pack balik semua barang masuk keta, kami semua bertolah ke Ladang Teh. Kali ni tak masuk ke Boh Plantation sebab semua tak larat jauh sangat. Best jugak ladang teh kat tepi jalan ni. Lalu diperkenalkan anak-anak dengan pokok teh yang tak lah secantik mana, tapi kalau tengok ladang teh dari kejauhan memang cantik. Lepak kat Cafe yang ada kat situ, macam-macam jenis teh ada sambil memakan nasi lemak bungkus yang amat sedap sekali. Lepas tu kami singgah pulak kat 'SMOKEHOUSE', kalau datang Cameron tak sah kalau tak singgah kat sini untuk 'Photoshot'. Then kami semua naik balik ke Kea Farm, yang ni kami tiga kereta jer, sebab mak tok dan tok abah nak balik awal. Memborong lah kami dengan segala sayur mayur dan bunga bungaan yang cantik sangat. Then beli T-shirt untuk anak-anak dan ayah dia orang sebagai tanda kenangan. Lepas ke Kea Farm kami pun bertolak balik ke K.Lumpur, ikut jalan ke Simpang Pulai. Waktu turun ni hujan boleh lah tahan lebat di iringi dengan kabus tebal. Alhamdullilah selamat sampai ke rumah lebih kurang pukul 6.oo petang.
Best sangat percutian dengan keluarga ramai-ramai macam ni, harus buat lagi. Anak-anak pun happy giler sebab dapat kumpul dengan sepupu yang tak lah berapa kerat sangat disamping berjalan dan yang paling best aktiviti menghabiskan makanan beramai-ramai. Semoga dapat melalui aktiviti macam ni lagi. Amin.