Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Monday, August 17, 2009

SKRINKU ROSAK

Ingat nak mengarang di Blog hari ni, tapi disebabkan Skrin Komputer aku telah bertukar warna menjadi 'purple' di ulangi 'PURPLE', makan usaha untuk mengarang adalah terbantut. Ini adalah kerana skrin ini telah membuatkan mata ala ala coklat ku (ece ce ceh ... hehehe) berpinar-pinar, dan kini ianya telah menyerang kepala, membuatkan kepala ku ala ala pening gitu. Bila ler bos nak tukar Skrin baru, orang lain kat opis ni semua dah pakai 'Flat Screen', aku ler jugak yang masih pakai Skrin yang macam TB dulu dulu.










Tapi nak jugak cerita, last week adalah hari teramat buzy ku. Even hari ahad pun datang opis, ditemani oleh 2 orang anak anak manja yang tak leh berenggang dari ketiak wangi mak dia. Terlalu banyak tender yang tebal-tebal macam buku Law kat khutub khanah yang perlu di isi. Hari Sabtu lak kena attend meeting sampai pukul 1.45 ptg. Jeles seh tengok opis mate balik sharp pukul 1.00. Lepas tu aku stay sampai pukul 6.00 petang. Sebab ada surat ke DBKL dan tender yang meronta-ronta minta di isi. Tak termasuk perut aku jugak yang meronta-meronta mintak makan. Tapi tak ada apa-apa nak makan, nasib baik ada biskut kering, then minum ler air banyak-banyak kasi biskut kembang dalam perut. Hehehe boleh pakai ke teori ni ek. Kesian kat aku kan.















Ada lagi nak cerita nih, aku dan Kak Long dan terperangkap dengan cerita 'Nur Kasih' kat TV3, hari Jumaat pukul 9.00 malam. Memula aku macam tak kisah jer pasal cerita nih, tapi bila baca sinopsis kat paper, macam best lah pulak. So aku pun cari ler kat 'YOUTUBE'. Bayangkan dari Episod 1 hingga Episod 11 aku hanya tengok through 'YOUTUBE' jer, baru minggu lepas, Episod 12 aku tengok kat TB dengan Kak Long dan terus membuatkan Kak Long jatuh cinta dengan Adam dan Aidil. Sebenarnya kami dah jatuh cinta dengan cerita 'Nur Kasih'. Arahan Khabir Bhatia tak pernah mengecewakan. Best giler cerita nih, tak sabar nak tunggu hari Jumaat dan episod2 yang lain. Kan Kak Long kan...kan...kan. Tak leh tahan bila si Remy Ishak start berdialog dan merenung, tetiba aku dan kak long leh jadi cair, macam aiskrim di musim kemarau. Hahahaha....







Gini lah aku, memula tak nak up date bebanyak kat Blog, tetiba tangan tak leh stop menaip, walaupun mataku dah berpinar menatap skrin purple. Aku peminat purple, tapi aku menyampah bila skrin aku jadi purple. Hish... tak suker...tak suker.

Thursday, August 6, 2009

FAUZI NAWAWI IN THE HOUSE

Sedang aku sibuk buat kerja Opis, tetiba Ms Tan call suruh bukan pintu bawah nak masuk opis. Lepas bukak tu aku buat derk je lah, sambung kerja. Tak sangka pulak dia datang dengan Kak Nor. My boss ada joint venture bukak production house dengan Kak Nor ni. So one lot of this building Kak Nor guna untuk running the Production House. Cerita FARAH episod yang terbaru di TV3, adalah dishot kat opis Production House itu. Ada banyak lagi cerita yang diambil, tapi aku bukan ler ikut sangat drama-drama yang ada kat TB tu. Kalau kebetulan jer tengok.



Mesti ada bukti kan kan kan....
Sekali tengok mamat ni, "Eh, macam penah ku lihat muka ini tapi di mana ya?", bila dengar suara dia, so aku pun memberanikan lah tanya, "U Fauzi ker?" Memang betul pun. Lain kat dalam gambar, dia lebih cerah dan hensem kat luar. Dia dengan Kak Nor tinjau-tinjau opis aku nak buat set lokasi untuk drama arahan terbaru dia.

My assistant pun tak lepas peluang, menangis Lisdawati tengok.


So they decide untuk guna opis aku dan my room untuk buat lokasi tu nanti. Fulamak, ada gak orang nak ambik bilik aku buat set lokasi drama. Hehehehe... macam tak percaya. Pengambaraan akan di adakan pada hari Sabtu nanti, mungkin sampai malam kut. So nanti aku update lagi ek. Cam jakun jap aku jumpa artis. Siap ambik gambar lagi. Sempat suruh kirim salam kat Lisdawati tuh. Hahahaha... Adui la.....