Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

BACAAN KAD


Semalam masa duk berpoya poya di Digital Centre kat BREM MALL, aku telah merembat 'Card Reader' @ Bacaan Kad yang kat atas ni hah. Aku selalu ada masalah bila nak 'up-load' gambar kat Blog sebab kabel kamera entah kemana-mana anak-anak aku humban. Jadi nyer meng'upload' gambar adalah menjadi lebih muda selepas ini :) Acik suker. Murah jer, kat stiker 'card reader' tulis 29 hengget. Aku mintak kurang memula tu 18 hengget ... hik hik hik ... lepas tu up sikit naik 20 hengget tak lepas jugak. Hmmm ... okaylah last kopek mintak 23 hengget ... baru lepas. Ni kalau ada Kak Long sebelah aku ni mesti dah dia membebel kat aku "Mak, cukup lah tu banyak sangat kurang tu" ... sampai aku pun konfius, bila pulak orang kedai tu lantik anak aku jadi jurujual. Kak Long boleh kesian kat jurujual tu pulak sebab aku kurangkan harga banyak sangat :( Hish Kak Long ni memang tak membantu langsung taw, nasib baik hari tu aku tak bawak dia. Tapi tak adalah turun banyak mana pun, takat 6 hengget jer.... Hmmmm ... kena asah lagi skill tawar menawar nih.

p/s: baru belajar nak letak 'watermark' ... sebab gambar aku sebelum ini telah diciluk oleh seorang cikgu untuk di pakai dalam slide show dia... hikhikhik.. Nazri, kalau awak tak kasik tahu tentang ini, sure auntie tak tahu tentang pen'ciluk'an itu. Dalam ati rasa bangga gak, tak sangka ada orang ilmiah yang terkenal baca blog aku ... hehehehehe

Wednesday, August 19, 2009

PESTA TOPENG MUKA


Bahana wabak Influenza A (H1N1), lagi best disebut Selsema Babi, sedang melanda dunia. Dan menurut laporan WHO, 5 Juta penduduk Malaysia akan dijangkiti wabak ini. Na'uzubillah, dijauhkanlah hendaknya untuk menjadi sebahagian dari 5 Juta itu. Tak Glamer pun kalau terlibat, mengerikan adalah. Bak kata iklan kat radio tu, 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT' so aku rasa itu lah yang sepatutnya. Biarlah ianya bermula dari rumah, means dari diri kita sendiri dan orang yang terdekat, means anak-anak dan kaum keluarga.

Aran dengan gambar bendera yang dikaler sendiri
Dah lama dah beli topeng muka ni, seawal 2 minggu lepas lagi, tapi anak-anak aku ni kan semua nak kontrol ayu dan handsome, tak mau pakai, entah kemana-mana dicampakkan topeng tu. Hangat-hangat taik ayam jer, memula berkobar-kobar suruh emak belikan. Then bila angka kematian semakin meningkat, dan bila kat sekolah dah ada yang kena Selsema Babi, baru ler Paranoid nak pakai topeng. Sekolah Hilman dan Aran, dah mula edarkan topeng untuk semua murid, dia orang pakat suka lah sebab semua pakai topeng dekat sekolah beramai-ramai, tak ada lah rasa janggal sangat. Anak pompuan aku pulak bila dah dengar ada orang kena jangkit kat sekolah, baru lah nak pakai, itu pun Iqa nak kontrol ayu lagi, nak pakai saputangan jer, "manyak degil la ini worang, dalam kepala batu besar jugak ada duduk" (sila ikut dialog M.Zain dalam cerita Seniman Bujang Lapok yer anak-anak)

Kak Long dengan Topeng Oren nya


And for me, aku start pakai semalam, sebab terpaksa berurusan dengan 'Front Liner' sewaktu berurusan di PKK dan LPKP Putrajaya. Aku tahu ramai yang memandang heran, sebab tak ramai orang keliling yang pakai topeng, TAPI -- ado aku kisah. Lantak ler orang nak kata apa, asalkan aku tak kacau dia orang, dan aku rasa lebih selamat dan selesa berkeadaan seperti bini zorro (yang mengandung 5 bulan...hahahah) yang pakai topeng menutup hidung dan muka, bukan menutup keliling mata. Tiap tiap hari bila balik rumah, topik topeng muka ni memang hangat diperbincangkan. Ada ker anak-anak pompuan aku suruh beli topeng yang kaler PINK, diulangi PINK...nak pakai topeng pun nak melawa, adoyai. Apasal tak suruh beli yang ada gambar kartun ker, gambar bunga ker, gambar mulut ker. Difikir fikirkan tak lama lagi topeng muka ni dah jadi macam pampers kut, yang ada macam macam gambar dan warna, siap indicator lagi kalau kotor sangat, kaler kartun akan jadi lebih cerah. Mana tahu kan...hmmmmm


Aku pun dah beli Sanitizer untuk basuh tangan bila nak masuk rumah selepas melakukan apa-apa je lah aktiviti kat luar. Dan aku dan anak-anak juga akan mengurangkan aktiviti luar rumah. Yang ini paling aku suka, sebab ianya dapat mengurangkan pengaliran wang yang memang tak banyak pun dalam simpanan. Hahahaha....Selamat aku. Duduk jer ler diam-diam kat rumah.


Oh ya, entry sebelum ni kan ada cerita pasal skrin komputer aku yang purple tu, ghupa-ghupanya 'card reader' dia jer yang rosak, cit cit cit. So aku pakai ler balik skrin aku yang gedabak nih. Ingat ingat dapat ler akak ni ha pakai Flat Screen..... hishs punah segala harapan ku yang menggunung tinggi, harapan tu dah jadi flat sekarang ni. Hua hua hua.... :(

Monday, August 17, 2009

SKRINKU ROSAK

Ingat nak mengarang di Blog hari ni, tapi disebabkan Skrin Komputer aku telah bertukar warna menjadi 'purple' di ulangi 'PURPLE', makan usaha untuk mengarang adalah terbantut. Ini adalah kerana skrin ini telah membuatkan mata ala ala coklat ku (ece ce ceh ... hehehe) berpinar-pinar, dan kini ianya telah menyerang kepala, membuatkan kepala ku ala ala pening gitu. Bila ler bos nak tukar Skrin baru, orang lain kat opis ni semua dah pakai 'Flat Screen', aku ler jugak yang masih pakai Skrin yang macam TB dulu dulu.










Tapi nak jugak cerita, last week adalah hari teramat buzy ku. Even hari ahad pun datang opis, ditemani oleh 2 orang anak anak manja yang tak leh berenggang dari ketiak wangi mak dia. Terlalu banyak tender yang tebal-tebal macam buku Law kat khutub khanah yang perlu di isi. Hari Sabtu lak kena attend meeting sampai pukul 1.45 ptg. Jeles seh tengok opis mate balik sharp pukul 1.00. Lepas tu aku stay sampai pukul 6.00 petang. Sebab ada surat ke DBKL dan tender yang meronta-ronta minta di isi. Tak termasuk perut aku jugak yang meronta-meronta mintak makan. Tapi tak ada apa-apa nak makan, nasib baik ada biskut kering, then minum ler air banyak-banyak kasi biskut kembang dalam perut. Hehehe boleh pakai ke teori ni ek. Kesian kat aku kan.















Ada lagi nak cerita nih, aku dan Kak Long dan terperangkap dengan cerita 'Nur Kasih' kat TV3, hari Jumaat pukul 9.00 malam. Memula aku macam tak kisah jer pasal cerita nih, tapi bila baca sinopsis kat paper, macam best lah pulak. So aku pun cari ler kat 'YOUTUBE'. Bayangkan dari Episod 1 hingga Episod 11 aku hanya tengok through 'YOUTUBE' jer, baru minggu lepas, Episod 12 aku tengok kat TB dengan Kak Long dan terus membuatkan Kak Long jatuh cinta dengan Adam dan Aidil. Sebenarnya kami dah jatuh cinta dengan cerita 'Nur Kasih'. Arahan Khabir Bhatia tak pernah mengecewakan. Best giler cerita nih, tak sabar nak tunggu hari Jumaat dan episod2 yang lain. Kan Kak Long kan...kan...kan. Tak leh tahan bila si Remy Ishak start berdialog dan merenung, tetiba aku dan kak long leh jadi cair, macam aiskrim di musim kemarau. Hahahaha....







Gini lah aku, memula tak nak up date bebanyak kat Blog, tetiba tangan tak leh stop menaip, walaupun mataku dah berpinar menatap skrin purple. Aku peminat purple, tapi aku menyampah bila skrin aku jadi purple. Hish... tak suker...tak suker.