Showing posts with label Maisarah. Show all posts
Showing posts with label Maisarah. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

CUTI CUTI MALAYSIA 2011 - EDISI LUMUT PERAK

Khamis, 03 Februari 2011



Pembukaan Cuti-cuti Malaysia untuk Tahun 2011 kami sekeluarga mulakan dengan percutian ke LUMUT, Perak. Abang Ngah dan Kak Ngah aku seperti biasa sebagai Ketua Rombongan dari awal bulan Januari lagi dah 'book' kan Hotel di Teluk Batik Resort untuk kami.

Pemandangan dari Tingkat 5 Balkoni Hotel ... full house hotel dan parking

Aku tak kisah pergi mana pun, bawak ler kemana sekali pun ... asal nama nyer bercuti, Acik tetap suka :) Yang kelat sikit dua orang anak dara aku. Yer lah ... tempat ni kan tepi laut yang dikatakan akan menghangitkan warna kulit mereka yang tak berapa nak cerah tu ... dah ler tak ada shopping centre beso beso macam One Utama ker KLCC yang sentiasa sejuk tu; noted yer kedua dua budak pompuan ni shopaholic. Yang sangat sangat teruja sudah semestinyer anak bujang aku dua orang tu ... dah siap masukkan baju mandi. Asalkan ada swimming pool dah cukup untuk budak lelaki ni untuk berkubang sehingga perit perit kulit.


Jeti ke Pulau Pangkor ... kami tak pergi Pulau pun. Cantik Jeti ni

Kami bertolak dari KL pukul 9.30 pagi ... budget sampai tempat nak jumpa abang ngah aku di Bidor dalam pukul 11.00 pagi. Tapi Ya Rabbi! ... jem giler Highway Plus, kereta jalan macam naik basikal. Basikal pun lagi laju kut. Ingatkan dia orang ni balik cuti awal-awal, tapi se'spesis' jer dengan kami yang tunggu raya cina baru nak jalan. Harapkan konon jalanraya dah lenggang ler. End up sampai Bidor pukul 12 lebih gitu. Nasib baik ketua rombongan pun sangkut dalam jem, kalau idak lagi lama tunggu kami. Hehehe. Merungut ketua rombongan sebab jem, kalau tahu kata dia ikut Sabak Bernam lagi dekat, aku mana tahu ikut kau jer Bro ... hehehe. Kami singgah makan tengahari kat Sungai Perak. Sedappppppp ... sebab dah lapo giler, walaupun banyak stok makanan dah abiskan masa tengah jem tuh.


Sampai Teluk Batik Resort dalam pukul 4 gitu, nasib baik Asar sekarang ni dah lewat. Boys apa lagi lepas solat jer terus carik swimming pool. Aktiviti hari ni hanya makan sahaja. Tapi masa nak pergi makan kat pekan Lumut tu ... sekali lagi Jem Giler nak keluar dari Teluk Batik. Punya lah banyak kereta. Kami tersangkut selama 1 jam nak keluar dari simpang Teluk Batik tu. Aku ingatkan ada 'Funfair' ker hapa kat Teluk Batik ni, tapi tak ada benda pun ... memang ini tempat tumpuan orang ramai abiskan cuti. Macam Teluk Kemang kat PD tu ler. Beratus-ratus kereta nak keluar serentak.

Hilman yang kemaruk nak ber'tenet', kat coffee house hotel ada wifi ... pakai PSP pun jadik!

Pose kekenyangan lepas breakfast percuma kat hotel




Maisarah tengah tahan perasaan tak dapat berkubang sebab allergic-nanti kegatalan


Hari ke 2 ... apalagi bebudak pepagi lepas makan, carik swimming pool lah lagi. Gitu ler orang orang tak kaya yang tak ada swimming pool kat rumah, jumpa pool kat Hotel adalah sedikit jakun jugak. Hehehehe... naik hangit muka Hilman, Aran tok sah cerita lah, dah tambah rentung. Tak ada ler nak pakai Sun-Block bagai. Anak lelaki hitam tak per, baru macho kan ... hikhikhik

Mak Tok tengah kusyuk makan sambil melayan cucunyer


Ketua Rombongan dan anak lelakinyer






Sarah dengan Pose ... Kenyang perut senang hati

Lunch kami di hari ke 2 hanya lah di KFC sahaja. Memang agenda jalan jalan carik makan serta nak merayau-rayau di pekan Lumut. Nampak lak KFC ... makanan yang tak perlu tunggu lama-lama dan siap untuk dimakan. Maklum ler bawak budak-budak, yang semuanya sentiasa lapar dan tak suka menunggu makananan. Jadinyer upacara makan KFC secara berjemaah. Sangat-sangat happy ... zasss kejap jer abis licin semua.



Sapa-sapa nak ke Pulau Pangkor - berikut adalah harga tiket yer, sila besokan gambar, tak pun besokan mata ... hehehe






Agenda seterusnya adalah berjalan-jalan di Lumut WaterFront dengan cuaca yang sangatler panasnyer. Lip lap lip lap matahari memancar atas kepala. Nasib baik tak pening kepala ... mana nak pening sebab dah nampak barang murah-murah yang setaraf Up-Town. Maklumler, kami ni mana penah pergi mana-mana up-town kat KL. Jadik bila nampak tempat tempat macam ni ... ehmm rasa sedikit teruja. Sedikit ker, anak-anak aku kalau boleh nak hangkut semua barang kat situ :D


Macam ada pesta ... semua pakat kerumun

Sunset ni jer yang cantik bagi aku di Pantai Teluk Batik

Balik Hotel petangnyer kami ke Pantai Teluk Batik, betul betul depan Hotel ... erk kena jalan 200 meter ke depan. Peliknyer aku tengok berjujut kereta parking. Memang excited nak tahu, apalah dia orang buat kat pantai ni, best sangat ker. Hmmmm ... memang ramai giler orang kat sini. Tak ubah macam Teluk Kemang ... tak ada tempat nak privacy langsung. Beratus-ratus orang kat pantai yang tak sampai pun 1 Kilometer panjang. Bayangkan ... punyerlah ramai. Dengan sampah sarap bersepah, kerusi rehat yang nak guna kena sewa ... berderet, dan dipenuhi orang. Terus terang kata ... ini bukan tempat aku. Aku tak leh la datang pantai macam ni. Masa ni aku terbayangkan Cherating ... dan Pulau Tioman. Pantai dan laut yang tercantik aku jumpa setakat ini. Kak Long tak leh stand for 2 minutes pun. Terus dia blah pergi carik air kat warung depan.

Hari ke 3 - mandi puas-puas yer anak anak ku kat Swimming Pool. Aku tak ikut sebab nak berkemas. Pukul 12.00 check-out. Ketua Rombongan nak singgah kedai-kedai jual T-Shirt, Keropok dan Cenderamata kat Pantai Teluk Batik. Sekali lagi kami ke sini, tapi tak pergi pantai. Sempat ambik gambo kat Dataran Teluk Batik dan makan tengahari kat sini. Makan memang sedap dan murah. As I said before, Ceh! nak speaking London konon... aku tak berkenan dengan pantai dia. Bertolak dah dekat pukul 2 ptg. Kami ikut Sabak Bernam kali ni, pun jem jugak banyak kereta. Tapi bergerak. Tapi aku dengar orang ikut PLUS hari yang sama dengan aku dari Jelapang Perak ker Kuala Lumpur pun ambik masa 10 jam nak sampai. Sampai rumah pukul 10 malam ... nak tahu sebab apa. Aku dah tertinggal kredit kad aku kat kaunter Petronas masa beli minyak. Aku tersedar lepas hampir 40 KM tinggalkan stesyen minyak kat pekan Lumut tu, terpaksa berpatah balik. Hehehehe ... nasib baik aku yang drive kalau tidak mahu berbakul-bakul kena marah. Memang terbukti ler .... terbukti aku dah tuo. Hukhukhuk ...

Wednesday, January 19, 2011

KALAU LISA SURIHANI ADA MIA SARAH ... AKU LAK ADA MAISARAH

Sedar tak sedar dah berhari-hari aku tak up-date blog. Giler buzy ... memang tak sempat. Nasib baik ler sebelum ni, aku dah ambik gambar dan put in draft siap-siap. Ceritera ni sebenarnya dah lama nak tulis tapi tak sempat :D


Kalau tengok ke tajuk bukan main gah lagi, tak mo kalah dengan Lisa Surirumah Surihani. Tak mo kalah jugak ler dengan Dato' Siti, ala yang baru baru ni muka dia terpampang beso kat Majalah URTV dengan Mia Sara. Pantang ler ada budak comel sikit, semua artis pakat berebut ambik gambar ... hehehehe. Aku pun nak jugak. Tapi ni anak sedara aku. Maisarah, dah beso dah kau yer. Dah masuk Tadika pulak tu. Umur baru 4 tahun plus. Seronok bukan main lagi dapat join Smart Reader. Hari pertama jer, dia belek berkali-kali stokin, skirt, beg, baju dia. Ulang tayang berkali-kali sampai ke malam. Sajer jer dia nak 'Show-Off' kat adik dia. Bangga ler tu ... hehehehe



Smart Reader kat Bukit Rahman Putra jer. Disebabkan dia tinggal dengan Mak Tok dan Tok Abah, jadinyer bapak aku ler yang kena hantar dia pergi dan balik sekolah. Kesian Tok Abah ... dah pencen-pencen ni kerja dia tukang ambik cucu cucu pergi dan balik sekolah. Termasuk ler anak-anak aku. Tapi rasanyer cara ni lebih bagus untuk keselamatan dan menghalang limpahan duit kepada Mak Cik Bas, baik kasik kat abah sendiri. Disamping tu, tak ada lah abah rasa bosan tak buat apa-apa kat rumah kan ... hehehe. Eh! panjang lak selingan. Nak cerita pasal Maisarah tercerita pasal Tok Abah lak :D

Mak aku cerita, punya nyer ler susah nak kejutkan budak kecik kenot ni bangun pagi. Lepas tu satu problem lagi dia tak moh mandi pagi ... hukhukhuk. Nak cuci muka jer, pakai bedak lepas tu ikat rambut lawa-lawa. Korang jangan ler terpedaya kalau nampak muka dia macam sweet dan fresh gitu ... tak mandi pagi sebenarnya ni ... hahahahaha. Nasib ler kau tak baca Blog Mak Lang kan Sarah ;D. Tunggu kau beso sikit, kau carik ler entry Mak Lang ni balik. Mesti kau suker :D



Aku dapat ambik gambar dia ni sebab Tok Abah tak dapat hantar dia satu pagi tu. Kereta Tok Abah kena hantar servis. Jadi nyer Mak Lang ler yang kena hantar Sarah ke sekolah. Punya lah baik giler duduk dalam kereta, diam ajer. Sebab apa nak tahu ... dia ni takut ngan Mak Lang dia. Kat rumah tu orang yang dia paling takut adalah Aku dengan Tok Abah. Sebab nyer kami ni garang macam Singa hehehehe. Suara memang boleh pecah gelas punyer lah kalau marah. Tapi kami baik ati ... kan Tok Abah kan kan kan.

Friday, May 7, 2010

ARAN DAN MAISARA

Semalam masa sampai rumah dari opis, Aran dan Hilman dah tunggu depan pintu nak sambut aku ... seronok nyer bila kepulangan di nanti. Terus peluk cium budak berdua ni, eh ..... rasa panas lak badan Aran, "Aran demam yer" .... "Ha ah, batuk dengan selsema jer" ... ish ni dah tahap demam la ni, tapi tak nak ngaku demam, sebabnyer dia tak nak makan ubat ler tu. Tak leh jadi ni, terus bagi makan ubat, pakai kan dia baju sejuk dan suruh dia tidur. Cian dia, baru jer 2 minggu lepas baik dari demam, dah demam balik. Nasib baik ubat ada lagi.

Eh! kali ni sessi bergambar Aran adalah dengan sepupu dia Maisara, budak kecik yang aku pernah ceritakan dulu, yang sibuk mintak permission dari aku nak kawin dengan Aran ... hahahahahaha ... gambar gambar adalah dikutip dari FB aku. Baru semalam Mak Maisara tag gambar ni bagi kat aku. Aku pun tak pernah tengok gambar gambar ni. Kira baru lah untuk aku, walau pun di ambil pada tahun 2008 ... giler bapak lama ... sungguh dah basi sebeno beno nyer :)

Raya masa tahun 2008, kat dapur umah Mak Tok

Genting Highlands 2008, dalam Ferris Wheel kecik

Sarah kalau bab pose depan kamera, kasik ler kat dia ... perasan artis minah kecik ni

Tapi sekarang budak berdua ni asyik nak bergaduh jer kerja nyer. Aran kata Sarah nakal ... Sarah kata Aran eksyen dan sombong ... ish macam macam . Tapi Aran masih tetap sabar melayan Sarah, walaupun Sarah amat lah 'gediks' nyer ;)

Saturday, October 10, 2009

KENEN KENEN


"Mak Lang, boleh tak Sarah nak kawin dengan Paan?" . Terpana aku bila tiba tiba Sarah tanya macam tu kat aku, nak tergelak pun ada jugak. Alahai Aran, kau tak sunat lagi dah ada budak pompuan offer nak kawin dengan kau yer. Bertuah sungguh anak mak. Bukan sekali ni jer dia pernah tanya aku macam tu, dah banyak kali dah. Tapi tiap kali dia tanya, tiap kali tu ler aku rasa nak gelak. Then aku cakap balik kat dia "Boleh, tapi Sarah kena jadi budak perempuan yang baik, dengar cakap orang tua-tua, belajar rajin-rajin". Amboi, bukan main suker dia bila aku kata "Boleh". Tapi kalau aku tanya Aran lak, "Aran, nak ke kat Sarah?", dia cepat cepat kata "Tak Nak! Sarah nakal". Alahai budak budak, aku tak 'take serious' pun, saje saje melayan dan menyakat dia orang, dengan budak kecik pun jadik gak aku nih.



Maisarah ni anak adik aku, sepupu Aran. Umur baru 3 tahun. Comei sangat (mati ler aku, puji anak sedara sendiri). Dan amat lah petah bila berkata-kata. Dia suker sangat melepak kat rumah aku. Walaupun aku ni garang mengalahkan ghimau bila dengan dia. Mana tak nyer, dia tak takut dengan orang lain langsung. Kalau dia start buat nakal, semua orang kat rumah Mak Tok atau di rumah aku akan jual nama aku kat dia, "Haaa, Mak Lang ada nih, Mak Lang tengok Sarah ni!!!", then dia akan cepat-cepat jadi budak baik ler konon. Dia cukup pandai bodek aku, sebabnyer dia suker kalau dapat ikut aku pergi shopping atau jalan-jalan.



Kalau pergi mana-mana mesti nak melekat jer dengan Aran. tengok ler muka Aran tu macam boring jer. Hahahaha ... tak larat dia nak melayan Sarah. Kalau tanya Sarah, mana hensem Aran ke Hilman? Mesti cepat jer dia jawap "Aran Hensem". Kita orang lepas tu pakat ramai-ramai gelakkan dia. Aran lak tersipu sipu malu ler konon. Aran sebenarnya suka gak melayan dia, 'compare to' Hilman yang buat tak peduli jer dengan Sarah. Itu ler kelebihan Aran kut, suka melayan orang especially 'babies', kekadang tu sampai kawan Hilman datang rumah pun dia yang lebih lebih melayan, abang dia entah kemana tah melayan diri sendiri. Kira nyer 'PR' dia best ler.

Ala, korang dulu dulu pun mesti macam Sarah kan. Kalau korang yang suker kat orang, atau mesti adik beradik sendiri kenen-kenen korang dengan budak lain. Selalu nyer budak ni adalah kawan sepermainan, tak pun sepupu sepapat atau kaum kerabat atau jiran sebelah rumah. Samada korang suker atau menyampah, mesti ada reaction dari ejek-ejekan oleh adik beradik sendiri lah selalu nyer. Itu waktu kecik, waktu sekolah pun mesti ada kan. Walau sebenarnya kita ni tak ada ler apa-apa perasaan walau sebesar hama pun. Kekadang tak kenal pun yang mana satu orang yang dikenenkan dengan kita.




Aku pun sama gak macam tu (waktu tu belum sekolah rendah pun lagi), tapi aku cukup ler menyampah kalau abang-abang aku start ejek aku dengan budak ni. Budak ni, sedara sendiri gak, tua setahun jer dari aku. Dulu-dulu kalau dia datang rumah dengan keluarga dia, aku akan masuk dalam bilik dan tak akan keluar selagi dia orang tak balik. Macam ler dia orang tu datang nak meminang aku...Hahahaha. Buruk nyer perangai. Dah nama nyer pun sedara kan, bila dah tua-tua gini, terserempak jugak dengan budak ni waktu ada 'family gathering'. Budak ni pun dah jadi bapak orang pun, kerja as Engineer kat Petronas. Malu jugak, tapi pandai-pandai ler cover....