Showing posts with label Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

KAYAP @ HERPES





Itu lah nama nyer ... aku tak pernah sangka aku akan dianugerahkan sakit bernama Herpes ni. Semua nyer bermula Hari Jumaat, 1 June 2012 masa tengah buat kerja mengadap komputer. Tetiba belakang belah atas kiri aku rasa sengal, macam salah urat. Ahhhh ... sudah. Aku memang jarang sakit badan, sementelah aku tak suka berurut badan. Alahai ! adakah ini tanda-tanda penuaan. Huwa !!! Redha ... redha :) Aku terus kan kerja jugak. Balik dari opis aku suruh Hilman tolong. "Man, tolong urut belakang mak, rasa sengal dan lenguh sangat". Dengan rela hati dia urut, sebab kan mamat ni sorang jer yang bertangan lebar dan kuat tenaganya, ikut aku kut ... tangan dia berat. Sedap kalau urut orang. Tapi tak jugak lah kurang sengal aku. So apalagi, carik YOKO YOKO jer lah. Sikit sikit tenyeh Yoko Yoko (selalunyer Kak Long yang selalu perabihkan yokoyoko ni sebab dia selalu lenguh lenguh). Dan malam pun tidur berteman kan Yoko Yoko.



Hari Sabtu, 2 June 2012 ... bangun tidur makin tambah sengal. Eh! aku tido salah bantal kah? Tapi malas nak layan lenguh lenguh ni. Sebab hari ni aku ada perjalanan jauh nak dibuat. Ada kenduri kawin kat Taiping. Siap bawak bekal beli Yoko Yoko baru, sebab semalam punyer dah abih. Siap beli koyok lagi, mana tahu drive jauh nanti takut lenguh lak kan. Perjalanan dari Sg Buloh start pukul 10 pagi dan sampai Taiping pukul 2.30 petang. Jalan ke utara Jem giler ... sampai aku pun redah jer emergency lane bila kesabaran dah abih. Kalau idak tak tahu sampai pukul berapa. Tido di Bukit Merah LakeTown Resort ... ambil kesempatan bawak anak anak Cuti Cuti Malaysia. Bilik aku dah book sebulan yang lalu dah. Nasib baik awal, memang tak ada kosong langsung.

Hari Ahad, 3 June 2012 .... sengal dan lenguh bertambah. Tapi seperti biasa buat tak tahu sahaja kecuali tenyeh dengan YokoYoko jer. Tapi sempat lah duk kat kerusi urut yang bayar sehinggit untuk urutan 3 minit tu. Mana lah nak kurang. Boleh lagi beriang gumbira dengan keluarga berpusing kat  Lake Town Resort tu. Then dalam pukul 3 tolak balik ke Kuala Lumpur ... Jem Giler jugak. Tak per lah sekurang-kurangnyer merasa sengsaranyer orang lain nak balik kampung sambut raya. Hanya singgah di R&R Sg. Perak untuk Solat Jamak dan makan. Sampai KL pukul 7.30 malam. Kali ni memang tak tahan sakit badan giler. Terus telan Panadol Extend dan tido.


Ini bukan aku ... tapi tempat sama macam aku kena

Hari Isnin, 4 June 2012 ... bangun awal solat dan bersiap nak pi kerja. Masa mengelap bawah ketiak lepas mandi tu ... Allah rasa pedih sangat. Apasal pulak lah ni, ada semut atau serangga ker gigit aku. Dah bertompok-tompok merah bawah ketiak. Pedih tok sah nak cakap. So ambik keputusan pergi Putra Medical Centre. Jumpa doktor .... dia kata macam bintik Herpes(nama saintifik), atau Kayap untuk nama kampung dia. Aku dengar nama pun punyerlah suspen. Menda pulak nih, nama pun macam menakutkan jer. Aku tanya dia, serius tak? Doktor kata tak serius tapi ia akan berlarutan paling minima 2 minggu. Itu baru sikit jer tu dia kata. Herpes ni adalah sejenis virus yang menyerang urat saraf dalam badan kita. So kalau macam aku start kat bawah ketiak dia akan pergi sampai ke siku dan merebak ke setengah dari belakang kita. Arghhhhhhhhh .... stresssssss nyer.  Doktor kasik Pil Anti Viral, Ubat Tahan Sakit (walau masa tu aku tak sakit sangat - heran gak apasal dia kasik) dan ubat sapu. Aku ingat nak mintak Time Slip, tapi Doktor punyer lah baik kasik aku MC. Dan MC tu aku tak bawak berehat pun, tapi bawak anak-anak aku pi carik uniform untuk raya. Hehehehe ... 


Gambar Ehsan dari Pak Cik Google

Sesuatu yang sangat mengharukan ... anak-anak aku semua concern giler pasal sakit aku. Sebab aku kata, "Mak Tok penah cerita ... Kayap ni boleh bawak maut" ... semua dah suspen giler. Tu yang sampai time makan ubat jer, semua duk pakat ingatkan aku ... Hilman sanggup suruh aku berhenti kat Stesyen Minyak dan turun pergi beli air sebab masa shopping tu dah terlewat makan ubat. Kak Long duk asyik SMS tanya "Mak, dah makan ubat ker?" Aran siap buat timer kat phone dia pukul 2 pagi sebab takut aku tak bangun untuk makan ubat" ... Iqa pulak dengan rela hati letak ubat kat tempat yang tak sampai dek tangan sendiri. Tanpa rasa takut benda ini berjangkit ker hapa. Terima Kasih lah sayang sayang mak semua. Sob Sob Sob ... 


Thank You Pak Cik Google ... sama tempat dengan kayap yang aku kena
Memang dia akan pergi takat sampai tengah tulang belakang tu jer

Hari Selasa 5 June 2012 ... baru aku tahu kenapa doktor kasik ubat tahan sakit. Pedih, perit, bisa, sengal dan pening pening lalat tak tercerita. Aku gagahkan diri masuk opis. Masa ni Kayap tu dah makin banyak keluar (mungkin sebab makan ubat doktor kut). Tak boleh kena baju sikit .. pedih. Aku start Google carik apa benda lah Kayap ni .... aku jumpa laman web ni. Sangat sangat berguna dan buat aku faham apa benda lah Kayap ni. Aku print nak kasik anak anak baca, supaya dia orang tak adalah suspen sangat. Dan aku jumpa laman web ini jugak. Alahai belakang opis aku jer lokasi nak rawat kayap ni. Apakah ini petunjuk Allah yang sayang kan aku ... Rawatan moden cuba, rawatan tradisional pun apa salahnyer cuba jugak kan.


Ini kes Kayap yang ada nanah. Sangat bahaya sebab dia akan serang saraf mata.

Hari Rabu 6 June 2012 - pukul 10 pagi. Aku betul betul tak tahan sakit. Bisa giler ... so aku call akak yang belakang opis aku. Alhamdullilah ... dia free dan suruh aku datang. Dia suruh bawak air mineral 2 liter tu sebanyak 2 botol. Dengan bertemankan P.A. aku, Yati ... jumpalah rumah akak tu. Sangat baik dan ramah. Dia hembus 3 kali kat tempat kayap aku tu dan air yang diberi tadi dia baca-baca dan masukkan kunyit serta beras. Dia suruh aku stop makan ubat doktor dan minum air yang dia buat tu serta lap tempat kayap tu dengan air yang sama. Akak tu kata Kayap aku ni Kayap Semut ... tak serius sangat. Dia ada jumpa macam-macam kayap yang lebih teruk lagi dari aku. Dia suruh aku pantang makan macam orang kena demam campak. Penyakit ni lebih kurang sama, sebab dia serang nerves (saraf) tapi Kayap tidak berjangkit seperti 'Campak'. Serius ... lepas kena hembus dan dia kasik minum air tu aku rasa kurang sengal dan bisa.


Kayap kat tangan ... macam ni ler rupa bila dia nak kering

Dan Alhamdullilah 2 hari lepas tu kayap aku mati. Dia kering dan berkuping-kuping jadi nyer. But bila malam-malam tidur tu terasa-rasa macam orang cubit jer tempat sakit tu. Mungkin kesan pengecutan dari kayap tu kut. Siksa gak nak tidur malam. Mak dan opis mate aku masih suruh aku berpantang. Ish ramai nyer sayang kat aku ... hehehehe. Syukur walaupun hingga kini aku masih belum sembuh sepenuhnya. Kak Long dan Hilman kata, "tu lah mak kata nak kurus nak kurus, tapi tak kurus gak, Allah mendengar kehendak mak, tu dia turunkan sakit ni, supaya mak kena pantang makan" Hehehehhe ... pandai nyer korang kan. Tapi masalahnyer bila pantang makan ni, mak tetap lah jugak makan banyak. Macam mana tu .......

Tuesday, January 26, 2010

MASA MASA MENGANTUK



Tak tahu lah orang lain. Tapi aku ada satu masalah. Mengantuk giler tak tertahan tahan. Dan waktu klimaks paling mengantuk adalah dari 8.30 malam ke pukul 10.00 malam. Dah lepas jer pukul 10.oo malam ke atas, mata aku pulak tak leh nak tidur. Merajuk ler tuh wahai mata. Sejak dari zaman study kat ITM lagi. Sampai ler sekarang. Waktu kat ITM Dungun dulu, ada kelas yang start pukul 8.oo malam sampai pukul 10.00 malam. Ya Allah! memang tak larat nak bukak mata masa tu, kalau boleh tak nak datang kelas.

Lebih memburukkan keadaan kalau dapat Lecturer yang boring giler dan tak happening langsung. Lepas tu kan untuk menghilangkan rasa mengantuk tu aku siap main tukar tukar nota dengan Best Friend aku Angah. Selalu nyer nota mengutuk Lecturer dan kawan kawan kat keliling ... hahaha (Mizadgreat, nasib baik kau tak jadi lecturer aku zaman tu). Aku ingat lagi, paling boring adalah Lecturer Taxation aku. Dan nota kutukan dewata dengan Best Friend aku tu masih aku simpan sampai hari ni. Bila baca balik memang boleh buat gelak golek golek lah. Teringat masa dulu. Nakal nyer kami, jangan ler anak aku nakal macam nih.



Aran tengah tido atas riba Abang Man ... so sweet


Sekarang ni pulak, time mengantuk aku masih tetap tak berubah. Walhal masa puncak tu ler banyak kerja yang aku nak buat. Nak basuk kain, nak lipat kain, gosok baju, layan anak study ... kekadang semua buat separuh jalan, sebab nyer nak layan mata zzzzzzzzzzzz............... Anak anak bila tengok mak dia zzzzzzzz ... dia pun follow jugak ler. Ditakdirkan aku kena stayback kerja sampai malam kat opis, aku akan pastikan aku kena minum Nescaffe satu mug dulu. Ini jer lah ubat aku untuk menghalang dari mengantuk. Sure pukul 2 pagi pun aku boleh terang mata tak tido. Berkesan betul....

Okay lah nak pergi tidur, esok kena bangun awal nak masak sarapan. Tata titi tutu ...

Wednesday, November 4, 2009

ARAN DEMAM

RABU, 04 NOVEMBER 2009



Alahai, risau nyer. Anak bongsu ku ni demam lah pulak. Baru jer terima call dari Kak Long said "Aran deman, badan dia panas". Dia tak merengek pun, dia diam jer. Bila Kak Long rasa badan dia panas, terus Kak Long call aku. Nak suruh Kak Long kasi ubat, dia tidur lah pulak. Kak Long tak sampai hati nak kejutkan. Kenapa sayang mak ni demam tetiba nih? Pagi tadi waktu salam dan peluk cium dia, aku tak lak rasa panas. Ni yang mak risau ni, periksa tinggal satu hari jer lagi. Esok last day lak tu. Jap lagi kalau panas sangat, mak bawak pergi klinik yer. Semoga Aran cepat sembuh. Amin.

Wednesday, August 19, 2009

PESTA TOPENG MUKA


Bahana wabak Influenza A (H1N1), lagi best disebut Selsema Babi, sedang melanda dunia. Dan menurut laporan WHO, 5 Juta penduduk Malaysia akan dijangkiti wabak ini. Na'uzubillah, dijauhkanlah hendaknya untuk menjadi sebahagian dari 5 Juta itu. Tak Glamer pun kalau terlibat, mengerikan adalah. Bak kata iklan kat radio tu, 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT' so aku rasa itu lah yang sepatutnya. Biarlah ianya bermula dari rumah, means dari diri kita sendiri dan orang yang terdekat, means anak-anak dan kaum keluarga.

Aran dengan gambar bendera yang dikaler sendiri
Dah lama dah beli topeng muka ni, seawal 2 minggu lepas lagi, tapi anak-anak aku ni kan semua nak kontrol ayu dan handsome, tak mau pakai, entah kemana-mana dicampakkan topeng tu. Hangat-hangat taik ayam jer, memula berkobar-kobar suruh emak belikan. Then bila angka kematian semakin meningkat, dan bila kat sekolah dah ada yang kena Selsema Babi, baru ler Paranoid nak pakai topeng. Sekolah Hilman dan Aran, dah mula edarkan topeng untuk semua murid, dia orang pakat suka lah sebab semua pakai topeng dekat sekolah beramai-ramai, tak ada lah rasa janggal sangat. Anak pompuan aku pulak bila dah dengar ada orang kena jangkit kat sekolah, baru lah nak pakai, itu pun Iqa nak kontrol ayu lagi, nak pakai saputangan jer, "manyak degil la ini worang, dalam kepala batu besar jugak ada duduk" (sila ikut dialog M.Zain dalam cerita Seniman Bujang Lapok yer anak-anak)

Kak Long dengan Topeng Oren nya


And for me, aku start pakai semalam, sebab terpaksa berurusan dengan 'Front Liner' sewaktu berurusan di PKK dan LPKP Putrajaya. Aku tahu ramai yang memandang heran, sebab tak ramai orang keliling yang pakai topeng, TAPI -- ado aku kisah. Lantak ler orang nak kata apa, asalkan aku tak kacau dia orang, dan aku rasa lebih selamat dan selesa berkeadaan seperti bini zorro (yang mengandung 5 bulan...hahahah) yang pakai topeng menutup hidung dan muka, bukan menutup keliling mata. Tiap tiap hari bila balik rumah, topik topeng muka ni memang hangat diperbincangkan. Ada ker anak-anak pompuan aku suruh beli topeng yang kaler PINK, diulangi PINK...nak pakai topeng pun nak melawa, adoyai. Apasal tak suruh beli yang ada gambar kartun ker, gambar bunga ker, gambar mulut ker. Difikir fikirkan tak lama lagi topeng muka ni dah jadi macam pampers kut, yang ada macam macam gambar dan warna, siap indicator lagi kalau kotor sangat, kaler kartun akan jadi lebih cerah. Mana tahu kan...hmmmmm


Aku pun dah beli Sanitizer untuk basuh tangan bila nak masuk rumah selepas melakukan apa-apa je lah aktiviti kat luar. Dan aku dan anak-anak juga akan mengurangkan aktiviti luar rumah. Yang ini paling aku suka, sebab ianya dapat mengurangkan pengaliran wang yang memang tak banyak pun dalam simpanan. Hahahaha....Selamat aku. Duduk jer ler diam-diam kat rumah.


Oh ya, entry sebelum ni kan ada cerita pasal skrin komputer aku yang purple tu, ghupa-ghupanya 'card reader' dia jer yang rosak, cit cit cit. So aku pakai ler balik skrin aku yang gedabak nih. Ingat ingat dapat ler akak ni ha pakai Flat Screen..... hishs punah segala harapan ku yang menggunung tinggi, harapan tu dah jadi flat sekarang ni. Hua hua hua.... :(

Wednesday, August 5, 2009

WABAK SELSEMA BABI (H1N1)

Sehingga ke hari ini dah meragut 9 kematian. Dan sebagai seorang ibu, laporan ini amat-amat menakutkan aku. Aku ingat nak bawak anak-anak pergi ambil suntikan Antivirus H1N1, tapi aku call Putra Medical Centre, dia orang kata, selagi tak terkena wabak ni, memang tak akan dapat Antivirus ni. Jadi nyer macam mana, dah lah wabak ni amat mudah menular. Nak suruh anak-anak pakai penutup muka sepanjang masa kat sekolah atau bila keluar rumah, confirm tak mau punya. Hish...risau nyer.

Last 3 day ago, Kak Long cerita, ada senior sekolah dia yang study di MRSM yang kena kuarantin disebabkan oleh wabak ni, datang ler melawat-lawat kawan ler kunun kat sekolah, siap salam Kak Long dua tiga kali lagi. Yang Kak Long ni tak tahu, layan jer dia, sehingga dia naik heran bila kawan-kawan baik senior yang menjauhkan diri. Baru ler dia tahu, sebenarnya senior ni balik sebab sekolah tutup coz of H1N1. Kira nyer kena self quarantine ler, tapi dia lak senang-senang pergi sekolah lama, jumpa semua orang. Dia sepatutnya duk rumah diam-diam. Start dari situ Kak Long pulak 'Paranoid', takut jangkit kena H1N1 nih, siap ajak aku pergi spital check dia, kalau dia dah kena. Adui lah ....

Hari ni aku baca paper kat ruang forum, ada kisah pasal H1N1 lagi menakutkan aku. Cuba ler korang baca benda yang aku dah edit nih :


BAGAIMANA CARA DAPAT RAWATAN TERBAIK H1N1?

Apabila membaca dalam akhbar menyuruh ibubapa lebih peka tentang Virus H1N1, itulah tindakan yang diambil oleh saya dan suami.

Apabila anak saya mula menghadapi selsema pada hari Khamis hingga Sabtu lepas, diikuti dengan batuk serta demam, kami membawanya ke Hospital Besar Ipoh. Cukup menderita kerana terpaksa menunggu selama 2 jam 5 minit hanya untuk mendaftar sebagai pesakit luar. Yang menjadi persoalannya ialah tempoh masa lebih dari 2 jam tetapi rawatan hanya lebih kurang 5 minit sekadar memeriksa yang perlu seperti di klinik swasta yang biasa

Apabila ditanya adakah anak saya menunjukkan tanda penyakit H1N1, doktor bertugas memberitahu bahawa melihat keadaan anak saya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit H1N1. Jadi pada dasarnya kata doktor berkenaan, saya tak perlu risau. Apabila saya bertanyakan tak perlukah diambil sampel darah atau air liur, saya diberitahu bahawa anak saya demam, batuk dan selsema tidaklah teruk, jadi tak perlu.

Begitu juga dengan saya yang hanya mengalami 'sedikit' demam dan sakit tekak sahaja. Jadi saya bertanya, masa bilakah pihak hospital akan mengambil sampel sedemikian, jawapannya ialah apabila pesakit itu menunjukkan tanda-tanda kritikal seperti sesak nafas dan demam pada suhu yang tinggi.

Sungguh menakjubkan, sudah ada tanda-tanda nazak baru nak buat semua ujian. Patutlah jumlah korban H1N1 sudah bertambah. Seperkara lagi, doktor itu ada bertanya, samada saya ada membuat sebarang 'contact' dengan pesakit H1N1? Apabila saya jawab tidak, dia kata saya tak perlu risau. Apabila saya beritahu bahawa anak saya telah pulang bercuti kerana IPTA nya dikuarantin, dia dengan sinis pula bertanya, adakah anak saya dijangkiti penyakit H1N1?

Saya pula membalas dengan menjawab, "doktor tak tahu ke yang penyakit ini boleh merebak dengan begitu mudah. Melalui udara pun kita boleh mendapatnya walaupun kita tidak bersentuhan dengan pesakit H1N1". Jawapan saya itu mungkin menyakiti harinya dan selepas itu dia tidak lagi melayan saya apabila saya cuba berbual atau bertanya lebih lanjut. Jadi janganlah salahkan pesakit atau waris mereka kerana tidak pergi mendapatkan rawatan lebih awal kalau pihak hospital atau doktor sendiri mengambil cara mudah untuk merawat pesakit.

Sepatutnya ujian diambil tanpa perlu menunggu pesakit menjadi kritikal. Keadaan ini pada saya amat mengelirukan. Saya berharap pihak Kementerian Kesihatan mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam menangani penularan penyakit H1N1 ini. Janganlah suruh orang ramai mengambil sikap atau langkah berjaga-jaga, padahal apalah kuasa kami kalau penularan virus ini melalui udara yang mana semua manusia bebas bernafas melapaskannya dimana-mana sahaja

TAK FAHAM- Ipoh, Perak

Friday, July 31, 2009

CUBA JADI RAJIN



Salam Jumaat, Penghulu segala hari ... jadi rajin? Rajin untuk menulis Blog yang dah start bersawang. Penyakit malas up-date blog dah macam nak sebati dalam diri. Tapi aku tak nak blog aku mati. Aku sayang blog ni, sebab ia umpama buku catatan hidup ku. Kalau aku lupa, masa bila aku buat benda ni atau benda tu @ bila masa aku pergi sana, pergi sini, aku akan buka balik blog ni. Tapi... itu lah, malas aku tahap dewa. Sebenarnya aku dah draft beberapa catatan tapi tak sempat nak habiskan. Dan terperuk lah kat 'Draft' cuma.



SOOOOOOOOOOOOOO ..... aku ingat aku nak rajin balik update blog. Dan harapan aku semoga aku akan terus RAJINNNNNNNNNNNNNN...



Bukan hanya rajin baca blog orang lain jer. Hehehehe...
Gambar yang tertera ni, masa pergi SSF Home Deco, kat Sri Damansara. Aku pun tak ingat bulan berapa peristiwa ini berlangsung. Tapi ini lah ubat stress aku.... Berkunjung ker tempat hiasan dalaman yang lawa lawa. Lepas tu berangan, kalau ler rumah aku macam ni.
Setakat berangan jer lah. Tapi kalau anganan jadi kenyataan, SubhanAllah .... AMIN. Bersyukur sangat, sangat, sangat, sangat, sangat...
Kegilaan dan keterujaan aku adalah ... suka sangat tengok rumah cantik, kemas, bersih, wangi.(chewah! macam kriteria lelaki idaman lak, hahaha), walaupun rumah aku tak lah berapa nak cantik. Tapi bersyukur sangat dengan pemberian NYA.
Jadinya kalau tengah stress atau bosan giler, selalu ler aku hangkut anak anak pergi SSF ke, Fella ke atau Ikea ker paling paling tidak cari rumah contoh yang dihias cantik kat dalamnyer pun jadik lah. Aduh, bila berada kat tempat-tempat macam ni rasa HEAVEN sangat sangat.
Memang syurga dunia pun kan. Memang best, sampai anak-anak aku lak naik bosan nak layan kerenah mak dia.


Kegilaan aku terhadap seni hiasan dalaman ni dah lama dikesani wujud dalam diri. Sejak kecik lagi kut. Kalau dapat pergi rumah orang yang dihias cantik, rasa tak nak keluar. Then perasan, kalau ler besar nanti rumah aku cantik macam tu.
Lagi satu aku tak suka sepah, kalau pergi rumah orang yang bersepah, aku akan berangan kalau dapat kemas rumah dia, yang ni letak kat sini, yang tu letak kat sana. Berangan je lah kerja aku. Sebab tu, seawal Majalah Anjung Seri berada di Pasaran, aku ler antara orang yang beli majalah ni, dengan harga about RM6.00++ dulu sampai sekarang ni dah jadi RM10.00 hengget.


Cantiknyer kan kan kan.....


Yang kat atas ni, budak budak yang jadi mangsa selalu kena marah dengan mak sebab selalu menyepah rumah. Lebih lebih lagi budak pompuan yang berdiri tu, yang bernama Nur Haziqah tu, kalau satu hari mak tak jerit sebut nama Iqa suruh kutip barang merata tak sah. Tapi mak sayang korang, kalau tanpa anak-anak mak tak berseri lah rumah kita ...