
Dengan bersemangatnya aku nak kasi tahu dunia yang AKU KERJA HARI NI, sementelah harus menghantar Kak Long ke Perfection Tuition Centre. Memang hujung minggu tak ada 'can' ler aku nak bangun lambat, sebab kelas Kak Long pada Sabtu dan Ahad mula pukul 9.00 pagi. Aku lari kejap pukul 11.30 pagi dari opis ke Kepong ambik Kak Long balik, then kembali semula ke opis dengan Kak Long. Nasib baik lah dekat. Lepas kerja aku dah janji dengan 'Cik Kiah' nak tukar kasut dia, dah haus dan botak tapak nyer. Takut lak dia merajuk kalau tak tunaikan janji, takut lak nak bawak jauh jauh 'Cik Kiah' Sayang ni. Kalau journey jauh, aku bawak 'Cik Siti' En. Hashim jer, tak berani nak ambik risiko. Apalagi di musim hujan ni.
Kasut Lama dah kena tanggal
First time aku tukar tayar kat kedai ni, ianya menjadi pilihan sebab dekat dengan 'The Store'. So sambil menunggu tu kan boleh ler merayau rayau cuci mata. Memula niat tu, memang lah tak nak beli apa apa dan hanya sekadar ingin 'Membeli belah Tingkap' sahaja. TAPI bila Kak Long merayu dan merengek, kata nak beli itu ini dengan muka seposen dia yang lagi men'gedik'kan itu, aku memang kalah. Tak tahu ler aku macam mana nak keraskan hati dengan budak sorang ni.
Poster Maskot 'Michelin' yang comei
Lepas satu jam merayau dan balik semula kat kedai tayar tu, keta tak siap lagi. Nasib baik ler ada bilik menunggu yang berhawa dingin dengan sofa yang empuk kat situ. Sambil berborak dengan Kak Long di temani Poster Besar Mamat Comel kat atas tu. Aku siap cakap kat Kak Long "Comel ler gambar maskot 'MICHELIN' (jenama tayar) ni, kalau mak badan ketul ketul dari kaki sampai leher macam maskot ni pun comel jugak kan Kak Long" ... tetiba terasa lah pulak ai kan "Eh, memang badan mak dah berketul ketul dan berlipat kat perut pun macam tu, tinggal tak sampai leher dan tak ada kat kaki jer" ...hamboi gelak beso Kak Long.
'Buruh Kerahan'ku sedang gigih membasuh anjung rumah
Sebelum keluar rumah pagi tadi, aku dah pesan kat Jejaka Hensem yang kena tinggal kat rumah untuk bersihkan keliling rumah. Sebabnya upacara pemotongan rumput, baru beberapa hari lepas berlaku. Jadi banyak ler reja reja rumput yang bersepah kat keliling rumah. Suruh basuh anjung rumah sekali, sebab banyak sedara 'BATMAN' yang suka bebenor jadikan anjung rumah aku toilet dia masa bertenggek kat situ.
Muka-muka teruja nak main air. "Okay mari kita posing dulu..." kata Supervisor
Hilman dengan Aran nampak nyer menerima tugas itu dengan senang hati sambil di'supervisor' kan oleh Iqa. Suker la tu, sebab dapat main air kan. Mak tahu sangat lah korang nih... tak per, asalkan anjung rumah kita bersih.

Iris ... anak Abang Long aku
Penat seharian tak terasa bila budak 'comel' ni datang rumah. Kebetulan, aku mintak bapak budak 'comel' ni tolong pasangkan 'Modem Wireless' yang dibeli oleh En. Hashim tapi tak sempat nak pasang. Aku tak reti pasang sebeno nyer, harapkan aku yang buta 'I.T.' ni kan sampai bila bila pun memang tak terpasang, alamat aku simpankan ajer ler dalam kotak macam 'Brand New'.
Laptop baru 'Mak Su', Ayah Long test tenet dengan 'Wireless Modem' kat rumah
Suker bebudak bila Ayah Long sukses pasang Modem. Apalagi Iqa, dengan ghairah nyer tak sabar sabar bukak Laptop dia yang dah sebulan diperam, sejak Modem lama tu rosak. Lega aku, kurang sikit keributan dan pengaduan untuk merebut pakai PC yang satu ni. Boleh ler aku merapu lagi tanpa gangguan ;)