AHAD, 24 JANUARI 2010
Macam dah tak ada tempat lain kan kita orang nak pergi :) ... lagi pun ini lah tempat yang paling dekat dengan tempat 'tuition' Kak Long. Sementara nak tunggu Kak Long habis study ... nak balik Kuang malas. Lepak lepak jer lah sambil pecah pecah kan lemak tepu kat badan kalau pun boleh pecah. Lepas 'drop' Kak Long kami cari breakfast di Area Desa Jaya/Taman Ehsan. Apalagi, sebelum pecah lemak kena tambah lemak dulu dengan memakan nasi lemak di warung tepi jalan. Sedap nasi lemak dia, rasa macam tak cukup lak sepinggan. Buruk lantak betul kan...hahahaha.

Nasi lemak tepi jalan pun jadik - asalkan bersih dan sedap ;)
Iqa tak abis abis nak cover jerawat dia hehehe
Masa pergi FRIM 2 minggu yang lalu, kami tak dapat naik Canopy. Sebabnyer waktu tu aku tak tahu nak kena beli tiket kat kaunter bawah. So, kali ni dah pandai kan, jadi kenalah beli tiket dulu kat One Stop Centre/Souvenir Shop. Harga tiket RM5 untuk warganegara dewasa dan RM1 untuk budak sekolah. Iqa tak ikut, dia jadi jaga kereta. Bersemangat bukan main kita orang ni. Kalau ikut katalog yang dibekalkan, 'Canopy' ni panjang dia 200m dan 30 m tinggi, telah dibina sejak tahun 1992 lagi.

Starting Point
Memula nak naik kena melalui 'Rover Track' sepanjang 900m dulu. Okay jer jalan dia, tak lah susah nak daki. Tapi start mencabar bila sampai kat starting point. Pendakian amat amat curam walaupun ada disediakan track untuk mendaki.

Aku asyik kena tinggal jer dengan Hilman. Kuat tul semangat budak nih, ingat gumuk gumuk tak larat nak panjat bukit tapi aku silap ... hehehehe... banyak tul tenaga dia. Canopy Walk Trail menuju ke Pondok nak naik ke Canopy adalah sejauh 500m.

Ramai Mat Salleh dan Minah Salleh naik ke sini. Dia orang siap bawak baby dan anak anak kecik lagi. Aku lah kalau macam dia orang, mesti kena marah dengan mak aku. Mak aku selalu kata "mana boleh bawak baby masuk hutan, takut nanti kena sampuk" :). Masa sampai kat Pondok Canopy tu, kami di beri penerangan oleh pegawai yang menjaga kat situ. Apa yang perlu buat dan tidak boleh dibuat semasa berjalan di Canopy tu. Ada lah dua tiga orang yang tak tahu sebelum naik Canopy ni nak kena beli tiket, kena turun semula dan tak boleh teruskan perjalanan. Macam kita orang kena hari tu la, ingatkan naik 'Canopy' ni free jer ;) Kesian gak, jauh tu nak turun balik.

Masa berjalan di 'Canopy' tak boleh jalan dekat-dekat. Kena jalan dalam jarak 3 meter antara satu sama lain, sebab nak kasi balance. Mencabar tak mencabar tu, anak anak aku kena jalan sorang sorang. Tapi tak sangka Hilman dan Aran berjaya mengatasi perasaan gayat dan takut dia orang. Sorang-sorang lak tu menapak atas 'Canopy ' Walk yang hanya dibuat oleh tangga aluminium dan papan sahaja.
Gambar ni aku Goggle, menyesal lak tak ambik gambar macam nih
Dikiri kanan perjalanan lak di sokong oleh tali dan net yang macam net badminton tu. Memang tinggi, sayup jer pandang pokok pokok kat bawah.'Canopy Walk' ni disambung dari pokok ke pokok yang dikira paling tinggi kat kawasan ni. Dan ada 3 Platform Perhentian antara pokok ke pokok tu.

Platform Pertama - tengok tu, sayup aku kat belakang ditinggalkan Hilman dan Aran.

Platform ke 2 - sedang memerhatikan Kuala Lumpur dari dalam hutan

Platform ke 3 - Aran dan Mak nyer rasa macam tak nak turun dari sini.
Kat Platform ni boleh lepak lepak sambil tengok keadaan sekitar hutan yang memang cantik, dengan udara yang segar dan nyaman. Platform kedua bersaiz agak besar, boleh nampak pemandangan Kuala Lumpur. Tapi sayang masa kami pergi tu, udara di ibu kota adalah berjerubu so pemandangan tak lah clear sangat.

Kuala Lumpur yang berjerubu

Hilman menuju Check Point Akhir
Sekejap jer dah sampai ke Check Point akhir. Memang tak puas lah naik 'Canopy Walk' ni. Walaupun nak sampai ke tempat ni agak mencabar, tapi berbaloi lah. Masa jalan turun semula ke bawah, kami jumpa air terjun lagi.

Memang kat sini banyak air terjun yang cantik cantik. Sempat lah main main air. Waktu tu dah pukul 11.15 pagi. Kalau tak kenangkan nak ambik Kak Long, harus lama lagi kita orang kat atas tu :) ... silap silap Hilman dan Aran boleh siap berendam lagi.

Laluan 'Canopy Walk' dari bawah
Korang ... sapa sapa yang tak sampai lagi tu, meh ler datang sini. Tapi yang suka adventure lah, kalau yang macam anak dara aku yang tak suka berpeluh dan penat, elok pergi shopping centre je lah. Tak perlu jauh jauh untuk melalui perjalanan yang menyeronokkan ni, dekat jer. Tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak, disamping banyak yang anak anak kita boleh belajar disini. Ingat lepas ni nak naik 'Canopy Walk' yang terpanjang di dunia lak ... mana lagi kalau tak di Taman Negara Pahang. InsyaAllah kalau berkesempatan ;)

Budak comel ni jumpa kat Air Terjun masa turun dari 'Canopy Walk'.
Cantik nyer mata dia. Umur Baby Girl ni baru 5 bulan






















