Monday, August 25, 2008

CATATAN DI HUJUNG MINGGU

Salam.


Hujung minggu yang sibuk banget. Kena kerja hari Sabtu. Then anak-anak ajak balik Kelang, sebab nak jumpa sepupu sepupu dia, sejak cuti sekolah ni belum la jumpa lagi. Lepas kerja, balik umah kejap then terus balik Kelang. Arrive about 5.30 ptg. Mak dengan Joyah tengah sibuk masak untuk kenduri malam nanti kat rumah Awe (Arwah Nenek Hashim). Malam ni ada Tahlil dan Bacaan Yasin dengan adik beradik Mak semua. Aku dengan anak-anak tak bawak baju kurung. Maka aku pinjamlah baju dari butik Mak dan anak dara ku pinjam baju Mak Yah dia. Okay lah tu. Hilman pakai baju tido je (sempoi) entah ketayap sapa lak dia jumpa lepas tu, main sarung jer. Arwah Atuk punya kut. Aran pakai baju jalan je. Hehehe. Lepas maghrib baru bertolak ke rumah Awe (Arwah Nenek Hashim), tak jauh pun, tak sampai 5 minit naik kereta.



Waktu sampai tu, tak start lagi. Tapi pak sedara dan mak sedara Hashim dah ramai sampai. Lepak-lepak jap, meja penuh dengan makanan. Dia orang buat secara 'Pot-Luck', orang ni bawak sikit, orang tu bawak sikit. Memang banyak sungguh makanan. Siap ada buah Pulasan lagi. Biar lah gambar ni menceritakan segalanya



Then sambil-sambil mengemas pinggan mangkuk, boleh lagi jeling kat TV, ada final Piala Malaysia, Selangor VS Kedah. Frust giler, Selangor kalah lagi 3-1. Biler ler nak menang macam dulu dulu tahun 90an. Teringat dengan perut yang membuyung pergi Stadium Shah Alam tengok bola, then siap bawak baby lagi gi stadium lepas tu. Kerja giler sungguhkan.
Balik about pukul 10.30 malam. Itu pun dia orang advice suruh tido rumah Mak Klang, sebab dah malam. Tapi anak dara ku insist nak balik, but bujang kecik dua orang tu tak nak balik, tak puas nak main dengan sepupunya. Sampai rumah dalam pukul 11.00 +++ , tersengguk sengguk dalam keta
.






Friday, August 22, 2008

KOLAR BIRU

SALAM JUMAAT



12.30 Tengahari, baru sampai opis. Jauh perjalanan hari ni. Ke Shah Alam, pergi ofis Main Con., then ke PKNS (bukan gi soping ek) nak pergi beli tender. Tender yang nak dibeli habislah pulak. Terlanjur kat PKNS, teringat 'I-Kad' Sumi (my maid) yang buat awal bulan ni, nasib baik dah siap, so boleh ler collect sekali.



Then turun bawah singgah kedai beli paper. Cari cari dompet dalam beg, ALAMAK.... dah tak ada. Rasa nak nangis, tak ingat apa-apa dah, ingatkan kad pengenalan dengan lesen keta jer, dengan kad kredit. Duit bukan pun banyak kat dalam tu. Menggelabah giler masa tu, mak cik tuan punya kedai pun tumpang menggelabah sama. Dia kata, cuba tepon rumah dulu.
Alahai, baiknya mak cik tu. Tak kan hilang kat Imigresen tadi kut.



Memang ler aku tak peluk beg aku yang besar tadi tu, just letak sebelah jer. Huwaaaa........ nangis dalam hati. Then teringat, eh...ada kat dalam keta kut, kat tepi pintu. Sebab pagi tadi waktu hantar Iqa sekolah, bawa dompet dengan kunci keta jer, then dompet tu tak letak balik dalam beg. Hendaknya betul ler. Punya la, akak pecut nak pergi kat keta. Alhamddullilah, ternyata Allah masih sayangkan hamba Nya. Ada pun.



Tak jadi beli paper, terus bertolak ke Jalan Raja Abddulah, Kg. Baru. Singgah beli Tender kat DBKL. Then baru ler sampai opis.



Actually semalam bukak KGMMS, then terbaca ler Sketsa pasal Merdeka by UJANG. Menarik sangat. Baca ler.....



Atuk Merdeka ------------


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?


Atukku, Aku ingin menjadi kayu.Jika kau menjadi kayu, Jadilah kayu golf, Disebut kayu tetapi besi, Diulit Dato'', tauke dan menteri, Jangan kau menjadi kayu tunggul.


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?


Atukku, Aku ingin menjadi pagar.Jika kau menjadi pagar, Jadilah pagar karan, Dipicit suis power berjalan, Dirempuh diusik, boleh pengsan, Jangan kau jadi pagar makan padi.


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?


Atukku, Aku ingin menjadi mangkuk.Jika kau menjadi mangkuk, Jadilah mangkuk purba zaman batu, Buruan ahli arkeologi setiap waktu, Membawa bukti tamadun dan ilmu, Jangan kau menjadi mangkuk hayun.


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?


Atukku, Aku ingin menjadi bintang.Jika kau menjadi bintang, Jadilah bintang di langit, Tiada boleh ditukar wang ringgit, Tidak boleh dijolok dikait, Jangan kau menjadi bintang tiga.


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?


Atukku, Aku ingin menjadi seluar dalam.Jika kau menjadi seluar dalam, Jadilah seluar dalam Superman, Sarung di luar nampak gentleman, Tiada manusia memberi komen, Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.


Cucuku, Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?


Atukku, Aku ingin MERDEKA.Jika kau ingin MERDEKA , Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat, untuk membeli kayu, untuk membeli pagar, untuk membeli mangkuk, untuk membeli bintang, untuk membeli seluar dalam, untuk membeli MERDEKA.


MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!! -


Ujang 1978

Thursday, August 21, 2008

KEMBALI DARI KEMBARA YANG PANJANG



Salam,



Lama nyer tak balik rumah, bukan tak jumpa jalan pulang, yang dah sure berlalang tinggi. Tapi kesibukan yang menghambat diri, sampai diri terhambat amatlah jauh nyer .... (Alasan ler tu, malas sebeno beno nya). Duk aje lah asyik baca Blog orang.






Memang bersawang, berhabuk, berdebu dan segala macam sampah dah penuh. Yang kelakarnya, sampai nak meng 'up-date' ni pun kena call Kak Long kat rumah.







Aku : Kak Long, macam mana nak up-date Blog mak ni, mak tak boleh nak masuk la.... mak dah lupa macam mana nak masuk...


Kak Long : Mak bukak ler Blogger.com .... nanti up-date ler kat situ. Dah lama mak tak buat Blog, bukak Blog baru jer le.


Aku : Sayang ler Kak Long, Layout yang Iqa but ni mak suker. Oklah, Thanks....Bye



Gitu ler lebih kurang dialog aku dengan anak sulung yang tercinta.



Jadinyer, mulai hari ini aku pun berazam untuk menghidupkan balik Blog aku yang dah nyawa-nyawa ikan ni kembali. Semoga aku tak lupa dengan Azam aku ni, jangan hangat hangat taik ayam udah ler kan.



Jap lagi nak kena ambil Iqa dari sekolah, Mak Tok dan Tok Abah, tak ada sebab balik Kelantan. Jadinya kena ler aku jadi Drebar, then nak hantar Kak Long pulak ker rumah Best Friend dia 'Susu', dia kata nak buat Folio Geografi. Buat Folio ker hapa ni Kak Long, jangan main main sepahkan rumah orang aaaaa........


INI LER 'PORT' ARKID VIDEO GAME



Yang dua orang jejaka hensem ku tu, duk jer ler kat umah, sebab dia orang ni cuti cuti sekolah buat 'Arked Video Game' macam kat Pertama Complex kat rumah. Dengan PS2, PSP, Computer dan segala macam game. Tak per lah, biar kengkawan datang umah, jangan dia merayau meraban entah kemana, biar depan mata, senang nak jaga.......




Tuesday, July 10, 2007

MAYBE YOU DON'T KNOW
HOW MUCH YOU MEAN TO ME
IF YOU DID
I KNOW YOU NEVER EVER MAKE
ME FEEL THIS WAY
MAYBE YOU DON'T KNOW
HOW MUCH I CARE FOR YOU
IF YOU DID
I KNOW YOU WOULDN'T MAKE
ME HURT THIS WAY
NOW I REALIZE YOU MAY NOT FEEL THE SAME FOR ME
OR ARE YOU TRYING TO HIDE HOW MUCH YOU CARE
HAVE YOU THOUGHT ABOUT
HOW HARD THIS IS FOR ME
TO LIVE IN THIS ONE SIDED LOVE AFFAIR
MAY BE YOU DON'T KNOW
HOW MUCH I FEEL FOR YOU
IF YOU DID I KNOW YOU WOULDN'T MAKE
ME HURT THIS WAY
FOR YOU HAVE TO KNOW I CARE
COZ EVERYTHING I EVER SAID OR DONE
SHOULD LET YOU KNOW THAT YOU'RE THE ONE
NOW YOU HAVE TO KNOW
YOU MORE THAN JUST A FRIEND TO ME
ARE YOU USING ME OR ARE YOU JUST DON'T AWARE
CAN'T YOU SEE
THAT THIS IS HARD FOR ME
TO LIVE IN THIS ONE SIDED LOVE AFFAIR
NOW YOU KNOW THAT IN YOUR HEART
YOU FEEL THE SAME FOR ME
OR ARE YOU JUST TRYING TO HIDE HOW MUCH YOU CARE
LET ME IN YOU HEART OR JUST LET ME BE
BUT COULDN'T ENTER THIS ONE SIDED LOVE AFFAIR...

# SUKA GILER LAGU RAY PARKER JR NI WAKTU UMUR 17 TAHUN. LIRIK ADA TUKAR SIKIT

Tuesday, June 26, 2007

23rd JUN 2007 - REUNION DIA 87 - 90 +++

KENANGAN TERINDAH

BUKAN SESUATU YANG MUDAH

MAHU BERKUMPUL

MAHU BERJUMPA

MAHU MENGENAL SEMULA

SETELAH 17 TAHUN TERPISAHNYA KITA


WALAU BERBEZA KELIHATAN

WALAU MAKIN LEBAR DARI PENGLIHATAN

WALAU MAKIN MATANG DI FIKIRAN

WALAU MAMPU MENGEKALKAN BENTUK BADAN


SESUATU YANG TAK DISANGKA

KITA MASIH BISA BERSAMA

KERJA DIMANA

ANAK DAH BERAPA

TINGGAL DIMANA


TAK SANGKA RUPANYA

KITA SEMUA BERADA DI LEMBAH KLANG

WALAUPUN TAK PERNAH BERSUA

AGAKNYA BESAR LAGI BUMI KUALA LUMPUR INI


APA-APA PUN

SUKA SANGAT DAPAT BERJUMPA

HARAP AKAN ADA PERTEMUAN KEDUA

KETIGA, DAN SETERUSNYA

HARAP TAK AKAN PUTUS DISINI SAHAJA...



Monday, June 11, 2007

INA BERTUNANG




SABTU, 09 JUN 2007
Pagi-pagi lagi dah bangun, nak siapkan kek untuk majlis pertunangan Ina (anak Cik Sharifah). Malam tadi baru siapkan 4 biji, ada 2 lagi nak buatkan. Tak sempat nak buat malam tadi semua, sebab Fazli dan Awin buat BBQ, sempena Awin nak bertolak ke Arab Saudi this coming Sunday. Sambil-sambil bakar kek tu, sempat ler lagi buat Mee Hoon as sarapan pagi. So lepas siap bakar kek, kena pergi kedai barangan buat kek lak, sebab semalam lupa nak beli Cooking Choc. Keluar dgn Iqa, but before that singgah beli paper dan nasi untuk Inam (takut dia tak makan mee) Inam is my weekly maid. Dia datang kemas-kemas rumah dan apa-apa yang patut. After pergi Cooking Choc., singgah lak kedai buku, coz Iqa nak beli cover untuk assignment sekolak dia. (Hmmm...sekolah rendah dah ada assingment, waktu aku dulu time umur Iqa, tak tahu menatangnya assingment nih, dah masuk IPT baru tau).

Sampai umah terus kerjakan kek. Maka siap ler kek ku. 5 biji nak buat jamu makan, lagi sebiji nak buat hantaran. Lepas hantar kek umah cik Sharifah tu lepak jap sampai la kul 1.30 tengahari. Abang kena pergi AMCorp Mall by pukul 2 petang sebab ada perjumpaan utk Alumni UITM Dia 87-80. So tak leh join. And by pukul 2 dah sampai kat rumah mak sedara Ina, sebelah rumah je. Tapi rombongan pengantin datang dah dekat pukul 4 petang. Perut anak-anak dah nyanyi lagi rock. Bila time makan lak, hujan yang selebat-lebatnya. Aduh....nak ambik makanan pun kena redah hujan, sebab khemah kat luar. Tapi makanan dia sedap sekali. Lepas hujan, berhenti dalam pukul 6 baru dapat balik, itu pun masih Gerimis di Lautan. Penat giler....

Tuesday, May 29, 2007

KE MELAKA




Sabtu, 26 Mei 2007, pagi-pagi lagi dah bangun. Sebab hari ni nak ke Melaka. Ada anak sepupu kawin di Merlimau. But before enter Plus Highway dari Sg Besi ke Tol Jasin singgah makan kat Restoran Yusof Sg. Buloh dulu, buat bekal. Perjalanan lancar. Tapi Air-Cond dalam kereta yang tak lancar. Anak-anak dah seperti biasa, asyik le memekak jer. Sorang panas ler, sorang tanya lambat lagi ke mak, sorang nak air. Sampai Tol Jasin, Abah, Mak, Abang Long, Kak Long, Mak Su & Aisa dah tunggu. So, after that berkonvoi ler ke rumah orang kawin.

Sampai, parking betul-betul depan Balai Polis Merlimau. Cuaca, aduh panas banget. Nasib baik air yang dihidangkan sejuk, menyegarkan dan sedap sangat. Lauk dia pun best, siap ada ayam golek macam kat Kenny Rogers Roster tu. Lepas makan, lepak kat umah pengantin jap, borak-borak dengan Mak Long. Then jumpa Mak Ngah and family kat situ. Lepas pengantin datang, kita orang pun bertolak ke Bandar Melaka.

Singgah kat umah Angah. Dia punya baby, cute sangat, kulit bersih. Tapi cian Angah, anak dia asyik nak melalak jer. Jumpa dengan Baa kat umah Angah. Mengandung 4 Bulan dah Baa. Lepas cit cat cit cat....dan lepas tengah muka boring Kak Long dengan Iqa, petanda kena balik le tu. So bertolak dari rumah Angah lebih kurang pukul 4 petang. Seperti biasa kalau tak menyinggah kat kedai buat bekal tak sah, maka hubby ku yang baik hati dengan anak-anak dia pun singgah ler Seben Leben (ikut pelat Aran "Seven Eleven'). Then me sudah nampak satu McD Drive In kat sebelah Taman Buaya, tetiba teringat Vanilla Shake, tapi tak kan beli Vanilla Shake jer kan, anak-anak pun siap ler dengan order masing-masing.


Sampai umah pukul 6.30 petang, sempat lagi ler solat Asar. My kepala punya le pening, rasa nak kerat kepala sekejap. Hehehe....ada ker, sebab panas sangat kut. Itu ler dia, biasa duk dalam opis jer, ber'air- con'. Lepas mandi baru lega. Malam pulak My Abang Ngah datang. But mak dan abah pulak tak balik lagi dari Melaka. Sori ler, wa tak masak apa-apa, tak larat pun, nasib baik Kak Yan kata'dah makan tadi'. Phew....