Friday, December 29, 2006

MY BIRTHDAY 28 DECEMBER 2006

SYUKUR...pada mu ALLAH, kerana aku masih bernafas sehingga saat ini. Melalui hidup dengan segala nikmat MU. Aku sedar semakin bertambah usiaku, semakin pendek umurku kesana menemui MU. Dan aku harapkan sisa hidup ku yang ada ini membuatkan aku lebih dekat pada mu ALLAH. Mengingati MU setiap detik waktu yang kulalui...tidak leka dengan duniawi yang penuh kepuraan ini. Dan semoga aku sentiasa didalam rahmat dan perlindungan MU selalu.
SYUKUR...juga padamu SUAMI ku, kerana aku masih ada dirimu saat ini. Melalui susah, senang, kepedihan, kebahagiaan, kesakitan, kedukaan hidup sejak aku mengenalimu. Satu masa yang bukan singkat kita lalui. Aku sedar aku tak seperti yang diharapkan, aku bukan insan sempurna...tapi aku cuba menjadi sebaik mungkin. Dan semoga kasih sayang kita kan kekal abadi biar apa pun yang berlaku.
SYUKUR...pada anak-anak ku, sumber ilhamku. Kerana kalianlah yang membuatkan hidupku tambah bahagia dan bermakna. Mak rasa bertuah dikurniakan anak-anak seperti kalian. Semoga hidup kita kan lebih ceria dan bahagia. Doa mak semoga kalian menjadi umat ALLAH yang bertanggungjawab, mendengar kata dan berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat.
SYUKUR...pada abah dan mak, yang sentiasa ada di waktu aku dalam kesusahan. Sentiasa ada untuk mendengar keluh kesahku. Bahagia di waktu aku bahagia, dan berduka bila aku juga berduka. Aku bertuah menjadi anak mu mak dan abah. Bertuah sangat....tak terbalas segala apa yang kalian berikan pada ku selama ini.

2 comments:

Mrs Taz said...

HAPPY BIRTHDAY to Acik
Semoga Acik bertambah bahagia disamping orang2 yang tercinta dan di berkati Allah swt.senantiasa..Jom kita celebrate birthday kita nak? :)

Naddy said...

Acik.... happy birthday :) wish u the best of health, wealth & happiness in the world... been nice knowing you thru kak zia...

take care... nanti kita gi minum2 ek.... minum coffee je ekekeke