Boring sungguh. Tak der ke benda yang nak turun. Semuanya naik. Dan aku heran sungguh, kenapa Pak pak Menteri buat gitu, ada tak dia orang fikir pasal orang kat bawah ni, yang tak ler banyak duit sangat macam dia orang. Dia orang semua ada elaun, elaun rumah, elaun kenderaan, elaun kesihatan, elaun itu, elaun ini, lalu tol pun tak yah bayar. Dah nampak kan, yang kaya bertambah kaya, yang miskin akan bertambah miskin. Dan satu yang tak boleh nak kawal lepas ni, penyakit sosial akan terus bertambah. Contohnya kecurian, rompakan, kes ragut, kes ponteng sekolah, kes jual diri dan berderet-deret lagi ler lepas ni. Kita nanti dan saksikan. Tadi terjumpa artikel yang menarik ni, bagus jugak buat koleksi...
Salam bahagia, Terlebih dahulu dapat kiranya emel ini mendapat perhatian Datuk Seri Sammy Vellu supaya beliau mendengar keluhan kesah orang-orang yang terpaksa menanggung kenaikan tol di Lembah Kelang. Datuk Seri, Sebagai seorang yang berkereta, tidak kira kecil atau besar, kenaikan sehingga 60% adalah suatu beban di dalam kehidupan saya. Sekiranya saya tinggal di Seri Kembangan dan bekerja di Kelana Jaya, kenaikan 60 sen tol sungguh melampau. Saya masih ingat ketika harga minyak naik pada tahun ini, Datuk Seri memberi jaminan bahawa tidak akan ada kenaikan tol (untuk tahun ini).
Nah bila tahun berganti, segera tanpa bertangguh kementerian Datuk upkan bayaran tol. Datuk kiralah kesengsaraan kami yang bergaji kecil. Pakai kereta sebab tidak mahu berhujan dari naik motor di samping keperluan hidup yang sudah berumahtangga tapi kenaikan gaji walaupun ada sedikit namun sekadar puluh ringgit memang tidak cukup untuk menampung kos sedia ada. Mungkin Datuk boleh jawab, naik kenderaan awam lagi baik. Datuk sedaplah cakap, fikirlah logik atau tidak.
Hari ini saya membaca pernyataan Datuk di akhbar relevan kenaikan tol. "Samy Vellu bagaimanapun menegaskan, kadar tol lebuh raya di Malaysia masih antara yang paling rendah di dunia." Datuk bangga kadar tol adalah paling rendah di dunia tapi Datuk tahukah pendapatan kita pun tak setinggi mana. Duit habis di tengah jalan raya saja kalau bekerja di Lembah Kelang. Kalau ketika harga minyak dunia naik, lalu kerajaan pun menaikkan harga minyak kepada pengguna awam dengan alasan harga minyak dunia telah naik, tetapi apakala harga minyak dunia turun, pihak kerajaan tidak pula menurunkan harga minyak sebaliknya memberi alasan tunggu sehingga harga minyak turun kepada 50. Tolong fikirkan golongan bawahan. Kalau tak bawah pun, golongan atas sikit dari bawah.
Tempohari kadar elektrik naik, alasannya penyelenggaraan yang tinggi, air naik, minyak naik, tol naik, bla bla bla naik. Gaji tanak naik ker...? Harga barang kasi rendah lah sikit, bagilah kita bernafas di bumi bertuah ni. Nak makan pun tercekik kalau nak kira berapa baki duit sampai hujung bulan. Datuk Seri, Buat istana negara harga RM400 juta alasannya sebab istana yang ada kat situlah balairung seri, kat situ lah dewan makan, kat situlah tempat mesyuarat, bla bla bla... pun tak logik juga. Datuk Seri senanglah sebab duit Datuk Seri tak keluar untuk bayar tol.
Kami ni dah la bayar cukai banyak cukai, semuanya dibelanjakan sewenang-wenangnya. Alasan utama, untuk keselesaan rakyat juga. Kalau Lebuhraya KL-Johor tu, asyik jem aja di Seremban, entah bila nak selesanya tak tahulah. Jalan dah elok, ditarkan lagi. Tu jalan kat KL-Kuantan yang teruk tu tidak pula Kementerian Datuk membaikpulih keadaan. Kalau tidak pun, berilah juga perhatian kepada jalan-jalan negeri/jalan kampung yang perlukan pertolongan. Tolonglah Datuk Seri, saya tak de duit nak simpan ni. Tolong pertimbangkan kembali kenaikan tol ni.
Sekian. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment