Sunday, December 17, 2006

BIRTHDAY CUCU MAK PAH





Saturday 3rd week. Kerja hari ni, but ramai yang cuti. Aman sikit opis, tapi tak jugak aman, bila Bos awal pagi lagi nak suruh buat assignment yang berlambak dalam masa yang singkat. Aarrgghhhhh.....tension jap, tak sempat nak sarapan. 2 - 3 kali dia tepon suruh cepat, dah ler bagi last minute. Nak buat macammana kan 'Boss always right', Best ler sesapa yang jadi Bos sendiri tu, tak de orang nak marah. My keta buat hal lagi, temperature naik maksimum, baru jer minggu lepas tukar bateri, ingat fan tak jalan coz of this. Kali ni dia kata, tank air dah bocor dan kering sesangat, kena RM1000+++, aduh duit lagi, nasib baik ada penyelamat. Thanks Abang Achim tolong settlekan bill.
So lepas kerja, Abang Achim, Kak Kong & Aran datang, jumpa kat worksyop depan opis jer.Then to Selayang Mall, Abang beli seluar jalan-jalan untuk Aran, masuk kedai buku dengan Kak Long (tempat favourite Kak Long), beli story book untuk Kak Long (Dalam masa 4 jam dia dah habis baca 2 buku cerita dia, memang ulat buku minah ni!). Masuk Parkson, belikan Pencil Case Kak Long, Then teman kan Aran main-main kat level atas sekali, sambil nengok Hetty Sarlene buat show kat LG. Kul 5 off to Taman Selasih for Birthday Party.
Wah siap ada Tenda Pink lagi, bila sampai nampak makanan dah banyak, Aduh lapar ler pulak. But blum start lagi. Solat Asar jap, bila turun balik jer, persembahan Clown dah bermula. Best jugak, Clown tu buat silap mata dan buat lawak sekali. Sukernya bebudak tu, mak ngan bapak budak pun suker jugak. Dia orang sewa Clown nih for RM400++ per hour. Oppssss...lupa lak Birthday kali ini untuk Cucu Mak Pah ku, Mak Pah ni, anak sedara abah, kira Mak Pah ni, my sepupu ler, but umur dia lagi tua dari my abah.Birthday for Iqa - 9 Years and Iman - 6 Years, Kebetulan jatuh on Disember. Sambil-sambil tengok Clown, sambil-sambil snap gambar, sambil-sambil makan. Ada Satay, ada Spagehetti, Mee Kari, Pasta, Nugget, Sosej, Agar-agar, puding, karipap, nasi himpit, itu jer yang ingat.Kenyang giler ler pulak, tak makan semua pun, banyak makan satay jer.
About kut 7++ off back to Kuang, nak kejar sembahyang Maghrib.But before that kena hantar Abang Achim ambik balik keta yang tinggal kat Woksyop, sebab kita orang naik satu keta jer, lepas abang ambik keta, konvoi balik Sungai Buloh. Aran ikut Abah, Kak Long ikut Mak. Stop kat Petronas Selayang jap, paksa Kak Long gi beli Mineral Water. Sampai Kuang kul 8 mlm, sembahyang Maghrib & Isyak.....bukak komputer, ronda-ronda jap. Then termain game, terbabas-babas sampai kul 1.30 pagi. Best tul main Mystery Case of Hunstville, macam bebudak ler pulak...

No comments: