Tahun ni sekolah start on 3 Januari 2007. Hmmm, for Kak Long and Iqa tak der masalah sebab yuran dah settle semalam. Hari ni just pergi sekolah macam biasa. Oh ya, Kak Long first time pakai tudung pergi sekolah, terkial-kial jugak ler. Iqa macam biasa, control lawa jer. Abang Achim hantar budak dua orang ni to school as usual. By 8, pergi Takis Pekan Kuang, daftarkan Muhammad Farhan. Bukan main suka lagi anak bongsu ku ini, tak sabar-sabar nak gi sekolah. Dia baru 5 years, Ok lah tu, dah tak yah pakai pampers, dah pandai pergi toilet sendiri. Macam kakak and abang dia pun start gi sekolah umur 5 tahun. Same school, same place...Alhamdullilah takat ni dapat jugak membanggakan mak dan abah. But hari ni just sessi membayar yuran. Esok baru start belajar.
By 1.00 pm, hantar Muhammad Hilman lak pergi Sek. Keb Kuang. Tahun ni dapat masuk kelas 2A sebab good result last year. Harapan mak semoga anak mak terus cemerlang. Buktikan 'Benih yang baik, walau jatuh kat mana-mana pun mampu hidup dengan cemerlang' Sebenarnya, 2 years ago, frust giler sebab tak dapat setempatkan Hilman dengan kakak-kakak dia kat Sek. Bukit Rahman Putra, dia orang reject anak ku yang sorang ni. So mak pun cakap kat Man, 'Tak pe lah Man, Dia orang tak tahu betapa ruginya dia orang tak ambik Man, Buktikan Man, kat sekolah mana-mana pun Man boleh berjaya'. Iye lah, SK Kuang ni sekolah Kampung, compare to SK Bukit Rahman Putra, yang terpilih menjadi Best School in Selangor.
So semalam tak kerja ler, but bagus ler jugak. Dah settle semua perkara sekolah. Transport pun settle. Thanks a Lot to Tok Abah, sebab sudi jadi penghantar dan pengambil anak-anak ku and Mak Atok sebab sudi sediakan makan tengahari untuk anak-anak ku. Kalau tidak teruk jugak nak bayar Bas Sekolah...+ nak masak awal pagi untuk Lunch :)
3 comments:
Salam...
Acik, wah bestnyer dapat anak yang terer2 :)
Hai Mrs Taz...Alhamdullilah, setakat ni okay ler. Tak tahu ler masa depan. Tapi bebudak ni nak kena motivate selalu, kalau tidak selalu lupa...
jgn kata budak2, i yg dewasa ni pun nak selalu di motivate kan ehehe
Post a Comment