Tuesday, January 23, 2007

WEEKEND DI TIARA BEACH RESORT, PD

Lama betul tak meng-update, sibuk bebeno seiring dengan Blogskin ni. Last Friday, 19hb Januari 2007 dah plan nak gi Port Dickson dengan abang 'sayang'. Dah Plan 2-3 hari before. Ini semua gara-gara Aran yang pandai sangat bodek abah dia. Gini ler lebih kurang dialog bodek dia.

Aran : Abah, nanti boleh tak Abah datang sekolah Aran mintak cuti dengan cikgu Aran. Aran nak gi Hotel ler...

Bukan tu aje, nak kuatkan lagi bodek dia, siap buka album gambar yang lama, waktu pergi Desa Water Park, then tunjuk kat Abah dia, tunjuk kat mak dia.

Aran : Mak cuba teka kat mana ni, best kan kalau dapat pergi sini. Jom lar mak.

Mak : Tanya ler Boss. (Sambil tersenyum dan berkata dalam hati - pandai nyer nak bodek orang)

Then 2 hari lepas tu, abang pun SMS, said nak bawak anak-anak gi WaterPark. Aku SMS balik "tak nak ler gi Desa WaterPark lagi kalau boleh, dah selalu sangat gi situ". Then abang said dia dah call Tiara Beach Resort for reservation, so bertolak on Friday, supaya anak-anak boleh main air puas-puas. sebab kalau check in on 12.00 noon Saturday, dapat main air kejap sangat.

So, pada hari Jumaat tu balik awal ler juga, compare tu hari biasa. Sampai rumah jer, abang yang dah memang balik awal, tengah asyik sibuk dgn handphone dia. Rupa-rupanya one of the Buruh Asing kat tempat kerja dia dah kena Fatal Accident. Alahai waktu gini ler pulak nak kena pun. So, by pukul 7 petang lepas kelam kabut berkemas apa yang patut, bertolak ke Kapar, Kelang. Gi tengok tempat kejadian. Waktu tu hujan ler pulak. Waktu ni Muhammad Hilman dah bising kelaparan. Mamat ni tak boleh lapar sikit. Lupa lak tu nak bawak bekal. Singgah Pekan Kapar Sembahyang Maghrib, then straight went to Hospital Tengku Ampuan Rahimah, abang pergi tengok mangsa yang nak buat post mortem, dan jumpa orang yang incharge waktu kejadian. Budak-budak dah tido dalam keta. Lepas tu pergi Mc D Sri Andalas beli Prosperity Burger and Mc Value meal, makan dalam kereta jer sementara tunggu abang wait for kawan dia bawa report. Bertolak ke PD dalam pukul 10+ malam, selamat sampai kat PD nearly 12 midnight. Before that singgah Lobi Resort, abang nak photocopy report dia, sebab dia kena turun KL balik uruskan hal kemalangan.

Not bad apartment dia, ada dua bilik, satu bilik tu katil master, satu bilik lagi single bed ada 2. Ada 2 toilet, master bedroom attach bathroom. Ruang tamu with meja makan 4 seater and mini bar with kitchen cabinet. Okay lah. So tengah malam tengok pool dia dari bilik, anak-anak dah teruja tak sabar nak tunggu siang. Aku penat sangat, lepas sembahyang Isyak, terus tido. Lagi kesian kat abang, macam tak boleh tido jer, risau pasal kemalangan dan nak jumpa orang TNB esok.




Saturday, 20th January 2007, bersamaan 1 Muharram. Selamat Tahun Baru Hijrah. Abang seawal kul 4.30 pagi dah bangun. Dia keluar awal nak balik KL sebab nak balik rumah kami dulu, ada kerja. Maka aku pun bangun awal ler jugak, ingat ker aku sorang je yang bangun, budak lelaki 2 orang tu pun bangun jugak. Tak sabar nak mandi pool. Bising betul kalau budak 2 orang ni dah bangun. Abang keluar about kul 5 pagi. Aku ingat nak puasa hari ni. So dengan sisa-sisa Mc D tu ler aku bersahur, ada sikit Nugget dan Fries. Okay gak. Abang sms about kul 6+ abang dah nak sampai umah dah, cepat jugak.


So pagi sabtu tu, tinggal ler aku dan anak-anak. Semua sibuk lapar. We have our breakfast kat Cafe Resort, then balik bilik, tukar baju mandi then pergi pool. Dari pukul 8 pagi sampai ler pukul 12 tengahari. Dah naik hangit muka anak-anak ku. Yang memang dah hangit tak ler ketara sangat, Hehehe.... Naik bilik, mandi then semua orang terbungkang, tidur. Pukul 3 petang baru bangun. Solat, waktu tu perut dah lapar balik. Ingat nak tunggu abang balik dari KL, bila call abang baru nak turun PD balik. So beli ler Maggi Hot Cup sementara nak tunggu abang balik. Lepas solat Asar turun mandi lagi. About 5pm+ abang sampai. Kesian tengok muka abang, nampak sangat kepenatan. Kesian Aran jugak, sebab dia kecik, selalu kena tinggal dengan kakak dan abang dia. Bila dah boring tu dia pun start ler ajak naik basikal. So sewa basikal yang ada 2 seater tu. 10 Ringgit for 1/2 hour. Best jugak naik basikal, keliling resort yang besar tu, sebab lama dah tak naik basikal. Then pukul 7+ naik bilik. Lepas buka puasa, minum air dengan Maggi Hot Cup jer(Alhamdullilah, berjaya aku habiskan puasa hari ni). After solat maghrib keluar cari makan kat Batu 4 Port Dickson. Pergi satu kedai makan ni, jumpa dengan banyak motor besar, rupanya all the bikers makan kat situ jugak. Waktu ni, makanan tak sampai lagi, mata Aran dah tak boleh bukak dah. Dia sempat makan sikit jer. Lepas makan balik bilik. Semua orang tido. Tinggal aku dengan Kak Long tengok Cerekarama kat TV3 , best gak cerita ni, dah lama tak tengok Sofea Jean Hisham berlakun. Then tido about 12+

Ahad, 21 January 2007. Bangun lewat dari semalam. Lepas mandi dan bersiap, keluar resort cari breakfast kat luar. Pergi Pekan Batu 4 lagi. Makan nasi lemak, then bebudak minta abah dia beli pelampung ler, google ler, penutup kepala ler. Lepas tu singgah pantai berhampiran main ombak. Best sangat, sebab pagi pagi ni tak der orang dan air tengah pasang ditambah pulak dengan angin yang sepoi sepoi bahasa. Nyaman nyer......Then balik resort, tukar swim suit, mandi lagi kat pool. Tapi hari ni punya ler ramai orang. About pukul 12+ baru naik bilik. Waktu pukul 11+ tu , tiba-tiba jer kat pool dah susut orang. Ghupa-ghupa nyer semua orang nak check out before 12. Tapi kita orang keluar check out pukul 1 lebih. Lepas berkemas dan bersiap. Off to KL, sampai Seremban isi minyak, then abang suruh aku drive sebab dia penat dan nak tido. Bestnyer diberikan kepercayaan. Jarang dapat drive jauh-jauh ni. Sampai kat Nilai, hujan lebat sangat. Then lepas tol Sungai Besi, singgah Mc D Drive Thru kat Stesyen Minyak Petronas, beli Prosperity Burger lagi. Kita orang satu family memang suker banget dengan Prosperity yang datang setahun sekali ni. Tak jemu makan. Bak kata Kak Long, hari hari pun tak per. Then sampai rumah about pukul 3 petang. Sempat ler berkemas dan berehat untuk sambung kerja esok. Gitu ler cerita nyer










Terima Kasih a LOT to Abang, sebab bawak kita orang pergi bercuti. Semua orang happy. Tapi kesian kat abang, sebab banyak kerja. Kita orang Suker Banget....harap this coming Chinesse New Year dapat pergi mana-mana lagi. Chewah.....




No comments: