Wednesday, February 11, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN NUR FARHANAH



11 Februari 1995, 14 tahun yang lalu, lebih kurang pukul 11.oo pagi ++ dekat PUSRAWI, Sungai Buloh, Selangor. Kak Long dilahirkan. Masih mak ingat lagi, hari tu hari Sabtu. Susah jugak nak keluarkan Kak Long dari perut mak, maklumlah anak sulong, mak tak ada pengalaman, hanya berpandukan buku jer. Nyaris nak kena hantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Giler hapa, dah lah sabtu, nak masuk tengahari pulak tu, bayang kan kesesakan Sg Buloh nak ke Kuala Lumpur. Macam tahu pulak dengan keadaan, baby keluar awal setelah diberi amaran. Phew..... lewat keluar tu bukan apa, dah doktor bagi epidural, so mak dia pun relax ler, rasa tak sakit sangat, tahu-tahu doktor kata takut baby lemas.




Anak mak keluar sehat, berat 3.3Kg. Wah berat tu, dan panjang jugak. Waktu mula-mula doktor suruh camkan jantina pompuan ke lelaki, mak pun dah tak larat nak cam. Siap mak kata "Tak pasti ler doktor" huahuahua...mak dah penat sangat waktu tu. Mengigil gigil badan sebab dah habis perah tenaga, ditambah pulak dengan air-cond yang sejuk giler kat labour room tu. Tapi yang mak tahu, mak nangis sebab mak dah berjaya jadi Ibu......




Kak Long... memang advance. Cepat dalam segala hal sampai mak pun terkejut. Dia dah boleh jalan waktu umur 11 Bulan ++. Dah boleh cakap waktu waktu umur 12 Bulan, dan boleh baca Al-Fatihah waktu umur 14 Bulan ++. Cerita feberet dia waktu tu A.L.O.N.G = ALONG. Yang ada Siti Sifir tu. Dia pandai ajuk berlakun stail 'Pak Uda' Pi Mai Pi Mai Tang Tu berjalan. Kelakar, kelakar.... kuat makan jugak. Batu dengan kayu pun dia nak makan, bukan reti hapa pun. Comel sangat waktu tu. Tapi kesian waktu umur tak sampai setahun sebulan dah dapat adik. Tak puas bermanja, dah kena share abah dengan mak dengan baby lain. Sebab tu Kak Long advance, umur 4++ tahun dah pandai baca, umur 6 tahun dah pandai minta belikan berbagai buku cerita. Tahun 4 dah start baca novel mak, dalam masa 2 hari boleh habis. Mak tak habis baca, kak long dah habis dulu. Sampai kan boleh buat sinopsis dekat mak. Dan selalunya mak akan kata "Jangan cerita".




Kak Long selalu membanggakan mak dan abah, setiap tahun ada jer hadiah kecemerlangan yang Kak Long dapat. Dan setiap tahun mesti muka mak ada kat dewan sekolah, tengok Kak Long terima hadiah. Kekalkan kecemerlangan itu yer sayang......




Cepat nya Kak Long membesar, sekejap jer dah 14 tahun. Macam tak percaya. Kak Long lah anak mak, Kak Long juga sahabat baik mak, yang boleh mak cerita segala-galanya, suka dan duka mak. Mak tahu Kak Long lah orang yang paling memahami mak. Tahu perasaan mak. Faham dengan perangai mak. Sebabnya Kak Long memang cepat dewasa dari sepatutnya. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan Kak Long untuk mak. Menjadi tulang belakang mak, dan mendengar keluh kesah mak selama ini...






Doa mak semoga Kak Long menjadi anak yang soleh dan mendengar kata, berjaya dalam pelajaran dan hidup. Tak lupa diri biar pun dilambung arus duniawi. Semoga Kak Long sentiasa ada disisi mak, waktu susah dan senang, sebagaimana yang pernah kita lalui sebelumnya. Penuhi impian mak tok yang tak dapat mak penuhi. Mak percaya Kak Long boleh. Dan sentiasa ingat Mak sayangkan Kak Long ...... Selamat Hari Jadi Sayang

4 comments:

Mrs Taz said...

HAPPY BIRTHDAY ANA,

Semoga menjadik anak yang solehah dan kebanggaan ayah dan ibu ... :)

My Life My World said...

Amin, terima kasih Zia

IXORAROXI said...

Happy birthday FARHANA...moga jadi anak solehah, kebangaan mak dan abah.amin!
anak perempuan ni memang best eikk...yelah boleh jadi kawan pot pet :D

azieazah said...

Selamat Ulangtahun buat KAK LONG.. Semoga menjadi anak yang cemerlang dan terus membanggakan ayah ibu..