Friday, December 30, 2011

DI HARI LAHIR KU ...

RABU, 28 Disember 2011



Aku tidur agak lambat pada malam Selasa tu. Aik!!! Apasal tak ada apa apa surprise macam tahun lalu. Anak aku dah tukar strategi ker. Tapi aku yakin ada sesuatu. Sebab aku ternampak Aran bertanyakan Kak Long, tanpa dia orang sedari aku kat belakang jer, "Kak Long malam ni ker?" ... Kak Long hanya angguk. Aku dah nak tergelak dah masa tu. Tapi dah pukul 12 lebih dah ni, apasal tak ada apa apa. Hanya wish dan polok polok dari Kak Long dengan Hilman jer. Lagi dua orang tu dah tidur. Aku pujuk ati, tak jadik kut sebab tak cukup Korum ... hahahaha. Tak per tak per .... SMS pertama dapat dari ANIM kawan Hilman, tepat pukul 12 malam. Thanks anakanda. SMS kedua pukul 5.47 pagi dari Abah anak anak aku kat Bintulu. Tapi aku tak sedar sebab lena tidur ... hehehehe. Sowiiiiiii ...


Paper Bag tu dari anak-anak, kotak depan tu Abah dia belikan.
Apa ada kat dalam ni yer ;)

Bangun pagi buru-buru nak pergi kerja. Timah masak Nasi Lemak special untuk breakfast sebab hari jadi aku. Tu pun tak sempat nak makan dengan anak-anak pagi ni , aku bungkus jer. Dia orang merungut kata, "ingat nak sarapan pagi dengan mak sempena Hari Jadi Mak". Alahai sorry lah sayang sayang mak, waktu tu jam dah pukul 8.40 pagi. Memang lambat giler aku hari ni. Sampai opis kerja dah menanti, iyerlah cuti 4 hari. Bertimbun ler kerja. Ada tender lak tu tutup on 29 Dec. Dan aku cuti lagi sehari sebab ada orientasi Hilman kat SMK Bukit Rahman Putra. So nak tak nak aku kena jugak siapkan 2 buku tender ... siap bungkus sekali malam tu.


Jeng Jeng Jeng ... Kotak Silver ada Perfume
(dah lama aku tak beli perfume mahal)
Paper Bag ada Birthday Card dan 'Jacket' untuk buku ...
anak-anak aku tahu mak dia ulat buku


Dan akhirnya aku keluar dari pejabat pukul 11 malam. Anak kat rumah dah asyik call tanya nak balik pukul berapa. Aku pecut ler, nasib baik tak banyak keta. Sampai kat rumah pukul 11.45 malam. Buka pintu ada hadiah atas meja ... hehehe. Korang ni tak surprise langsung tahun ni yer. Semua anak-anak serbu aku. Aran dengan muka kelat-kelat sebab menahan mengantuk. Kesian dia.


Kak Long sempat buat Kek Keju Oreo kegemaran aku lagi. Terima Kasih Kak Long. Yeeee ... mak ada kek hari jadi :) Siap potong kek dan bukak hadiah lah tengahmalam tu. Nasib baik masih di harijadi mak kan. Terima kasih anak-anak mak ... mak sangat-sangat terharu dengan kesungguhan korang. Mak sayang anak anak mak lebih dari yang anak anak mak tahu. Koranglah nyawa mak, semangat mak, hidup mak. Mak tak tahu kalau korang tak ada mak akan macam mana nanti ... ALLAH terimakasih atas anugerah yang tak terhingga ini.

Kad Ucapan dari anak-anak yang membuatkan aku gelak beso tengah malam tu
dan terharu serta bersyukur ....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Meh kita skodeng dia orang tulis hapa ...


IQA


ARAN a.k.a PAAN


KAK LONG


HILMAN


Alhamdullilah, syukur pada ALLAH kerana memanjangkan usia ku sehingga mampu melewati 43 tahun ini. Syukur pada ALLAH kerana menyihatkan jasad dan mewaraskan akal. Semoga aku akan terus sihat agar dapat aku menjaga anak-anak dengan sempurna. Semoga ALLAH sentiasa ada melindungi, merahmati dan menyayangi aku. Mendorong aku ke jalan yang diredhai NYA, dan semoga aku tak tersesat di jalan menuju Akhirat. Amin Amin Amin

10 comments:

Mrs Taz said...

suka perkataan "Super Mak" sama dlm blog zia kan? hehe memang tepat sangat . ehem2! 5.45 pagi tu .. hihihi cayala Achim ;)

Dr. Rodzila Rodi said...

happy birthday akak..
kenapa tak show SMS yang pukul 5.47am tu?hehe..
semoga panjang umur, rezeki yang melimpah-limpah, kesihatan yang berpanjangan..dan kurankan kesibukan keje..
wahh..lepas ni pegi keje..WANGIIII jaa..

akush-kush tu sangat tomeiii...

tahniah sebab jadik SUPERMAK yang bukan seperti SUPERMAN..
adore u, sis..

azieazah said...

Hahahah HILMAN takda idea nak tulis apa? hehehe kelakar tapi jujur.

Selamat Ulangtahun Kelahiran to FAIROS. Semoga terus sihat ceria gembira dan tabah seperti sedia ada.

Best nya sambutan tahun ini. Wpun macam tak surprise, tapi sangat sweet!

tahniah! Anak-anak ACIK sangat best!

anymz said...

tahniah kerana menjadi Super Mak pada anak ya cik..hehe

My Life My World said...

Mrs Taz - Semoga terus menjadi 'SUPERMAK" Amin :)

My Life My World said...

Dr. Rodzila Rodi - Terima Kasih Zila for ingatan. Amin Amin Amin untuk doanya. Wangi sentiasa hendaknyer walaupun tak pakai minyak wangi ... hehehe

Akush-kush buat akak gelak beso malam tu.

My Life My World said...

azieazah - Budak lelaki dah beso memang fellingless sikit. Tapi itu ler dia, nak gak tulis kan. Hahahaha.

Amin untuk doa akak.

My Life My World said...

anymz - terima kasih Kak Anim.

IXORAROXI said...

Saya tertinggal entri ni..happy belated birthday Fairos..moga happy selalu ya

My Life My World said...

Ixoraroxi - tak per Ix. Terima kasih for wish and doa. AMIN :)