Friday, February 10, 2012

WAR MUSEUM PULAU PINANG

Hari kedua di Pulau Pinang ... lauk Mak Tok dan nasi serta maggi cup dan roti masih ada lagi dalam stok. Itu lah yang kita orang pulun pagi tu. Malas nak keluar carik makan. Lagi pun microwave ada. Masuk jer kat dalam tu dan panaskan. Semudah A.B.C ... hehehe. Eh! macam iklan microwave jer lah pulak. Maka perjalanan hari ini adalah ke 'War Museum'. Hilman dengan Aran sangat teruja nak datang sini. Ini kali ke 2 lawatan untuk budak 2 orang ni. Masa tahun lepas kami sampai, punyerlah jauh kita orang redah. Segala pekan pekan kecik, dengan lalu kata tengah tengah landasan Lapangan Terbang Bayan Lepas lagi. Ghuper-ghupernyer tak lah jauh sangat pun dari Apartment kami, takat 10 minit perjalanan jer. Hehehehe... nasib baik pakai GPS kali ni, kalau tidak segala ceruk kampung dan lapangan terbang di lalui lagi.





Kami sampai lebih kurang pukul 10 lebih gitu. Memang tak ramai orang yang melawat tempat ni, mungkin dia orang tak tahu kut. Atau orang lebih suker pergi Beach kat Batu Feringgi kot. Sangat senang nak cari. Terletak kat atas bukit di Batu Maung. Kat kaki bukit ni dah penuh dengan pembangunan. Tapi bila naik jer kat kawasan atas bukit ni memang 'Back to Nature' lah. Hutan yang tak lah tebal sangat, tapi ke'aslian'nya masih tak terusik. Bak kata nyonya yang jaga kawasan ni, 'When you enter War Museum means you enter MALAYA', "kami akan bawak anda semua ke zaman sewaktu perang dunia Ke 2 dahulu" .... teruja tak teruja tak :) Sapa yang masuk sini lagi teruja.



Tengoklah muka-muka kita orang yang sangat teruja, termasuk Tok Abah tersayang. Maklumlah Tok Abah kat bekas Army. So kenangan lalu tu mengimbau lah jugak, walau Tok Abah tak masuk Sojar lagi masa Perang Dunia Ke-2 tu. Hehehe .. jangan tanya kenapa tak nampak Kak Long masa gambo kat Penang ni especially masa kat War Museum ni. Seperti biasa, anak aku yang sorang ni kan memang lah tak adventure langsung. Dan tak suker panjat memanjat dan masuk kubu dan kolong semua. Tak macam mak dia, nasiblah aku dah tuo, kalau idak mahu aku nak panjat Gunung Kinabalu ... hahaha statement perasan.  Dia nak temankan Mak Tok, sebab Mak Tok tak larat nak panjat bukit semua. Tahu lah kan, Kak Long kan cucu kesayangan Mak Tok. Lagi pun tahun lepas dia kata dia dah masuk.



Meh aku cerita sejarah War Museum ni. Terletak di kawasan tenggara (South-East) Pulau Pinang. Merupakan salah satu Kubu Tentera yang kuat, ianya dibina pada 1930an oleh pihak British untuk melindungi pulau dari musuh. Kubu ini berkeluasan 20 ekar dan diwaktu kini dipanggil Bukit Batu Maung. Pihak kejuruteraan tentera British dengan menggunakan tenaga buruh tempatan telah memecahkan beberapa kawasan dan menggali di persekitan bukit untuk membina kubu dengan terowong bawah tanah, bilik kawalan perisikan, pusat logistik, dewan, pejabat, lapangan menembak, kuarters tentera, rumah masak dan klinik perubatan.






Gambar kat atas ni adalah terowong yang masih terdapat kat situ. Masih asli sejak tahun 1930an dulu. Okay, tak yah pergi Vietnam nak masuk terowong. Tapi for sure lah terowong kat Vietnam tu lagi best kan. Seram dan suspen gak menyusuri Terowong yang ada kat situ. Orang yang jaga kat situ siap kasik lampu picit kecik lagi masa nak masuk ni. Terowong ni digunakan pada masa dulu untuk elakkan diri masa ada bom-bom kat luar sana. Memang best sangat-sangat. Tapi tak lah berapa panjang pun terowong nyer. Kat hujung terowong ni ada satu corong menuju ke atas bukit. Ya Rabbi ... bebudak ni suker giler. Rasa macam nak masuk main 'Police and Thief' kat sini.


Jadinyer, aku lah peneman  ayahanda tercinta a.k.a Tok Abah memanjat tangga naik bukit nak jumpa bebudak tu.




Ini lah corong tu, dalam ketinggian lebih kurang rumah 3 tingkat. Aku dah naik tahun lepas, aku sorang-sorang naik, bebudak tak berani. Jadinyer tahun ni kasik anak-anak aku pulak naik. Aku temankan Tok Abah. Kalau ikut ati memang nak join jer bebudak tu.







Tak tahu dah nak cerita apa, tengok jer lah gambo-gambo yang ada ni, dan bebudak yang sangat excited dengan keadaan kat Muzium Tentera nih. So ... apa lagi, kalau datang Pulau Pinang jangan luper datang ke sini. Oppssss  terasa macam baru dilantik menjadi Duta Muzium Perang lah pulak. Dan kalau datang sini, datang ramai-ramai. Lagi best bawak budak-budak bawah umur 20 tahun atau 10 tahun, sebab nanti kita pun boleh jadi bebudak balik. Hehehe ....








No comments: