Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Laut mengimbau sayu
Ombak ombak ini hatiku
Berhasrat tiada sepi
Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang
Hujan memberi lagu
Angin menampar
Setiap ruang waktu
berhiba awan pilu
Aku antara insan beribu
Airmataku antara laut lepas
Laguku hilang di angin menderu
Pecah di pantai terhempas
Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hatiku terjun ke air
Mencari tempat tempat bagiku
Aku sorang pelarian
Tiap kali ke Pulau Pinang, lagu Harmoni nyanyian arwah Zubir Ali ni pasti terngiang-ngiang dikepala aku. Macam tetiba ada orang tekan punat 'PLAY' tu. Lagu ni salah satu lagu feberet aku masa Tingkatan 1, tahun 1982 yang lalu. Masa ni aku peminat tegar kumpulan Harmoni. Hafal semua lagu dalam Album 'Penantian' tu. 'Airport Polonia', 'Penantian' dan 'Doa' antaranya (yang sekarang telah dinyanyikan dgn berbagai versi). Ingat lagi masa tu, abis aku lenjan kaset abang ngah aku. Dia lah yang kenalkan aku dengan lagu-lagu puisi dari Harmoni serta Kembara, tak lupa pada Alleycats jugak. Abang aku peminat setia Ogy Ahmad Daud masa tu. Ogy pulak aduhai sangat sangat cantik dan comel. Opsssssssss .... sori dah terbabas. Nak cerita lain dan melalut ke lain lak. Hehehehe.
Kami keluar dari tol Hospital Sg. Buloh (lagi dekat dari rumah aku) menghala ke utara dalam pukul 10.00 pagi gitu. Baru lepas hujan ... nyamannnnnnnnnn gitu :). Perjalanan lancar, kita orang hanya singgah kat R&R Tapah sebab nak isi minyak dan beli air, bekal makanan aku tapau dari rumah. Sempat lah buat burger sorang satu. serta dah siap siap beli keropok, coklat dan kacang. Nak menghala ke Tol Juru jalan sangat sesak, banyak sangat keta. Tapi nasib baik lah bergerak dengan perlahan. Nak masuk Tol kat Jambatan Pulau Pinang pun jem jugak. Tapi tak lah teruk sangat. Kami selamat sampai dalam pukul 2 ++ petang gitu.Sempat lah solat zuhur kat Apartment. Dan lelapkan mata 2-3 round sementara tunggu rombongan Tok Abah sampai. Hehehehehe
Jambatan Ke2 dalam pembinaan
Rasa nak berhenti jer kat tengah-tengah jambatan ni, tapi takut kena halau lak ... hehehe
Sebeno-benonyer aku datang sini berkonvoi naik 2 keta. Patutnyer 3 keta, tapi Abang Ngah tarik diri sebab baru menghadapi kematian ibu mertuanyer seminggu yang lalu. Satu lagi tu keta Tok Abah dengan Mak Tok, Mak Su, Iman dan Inas. Tapi dia orang tak lalu Lebuhraya... Abah aku a.k.a. Tok Abah lebih suker ikut jalan lama. Tak boring katanyer, sebab dapat jumpa pekan-pekan kecil boleh singgah minum minum kopi dan banyak masjid boleh singgah untuk solat. And end up dia orang sampai Penang dah dekat pukul 7 petang.
Pemandangan bandar Pulau Pinang dari atas Jambatan Pulau Pinang
As usual pergi Penang umpama balik kampung bagi aku. Ini lah salah satu tempat feberet aku. Dolu dolu memang selalu datang sini. Abah aku ler yang kenalkan tempat ni, dan aku terus rasa jatuh cinta. Then masa study aku penah datang sini dengan Along (BFF) sebab ikut sorang kakak senior balik kampung. Masa tengah kerja dan masa lepas kawin dan masa ada anak. Memang pukul rata suker sangatlah datang sini. Kalau lah aku tak ada rezeki kat KL ni memang Penang ler destinasi aku. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab dia pesat membangun kut lebih kurang macam KL, then dia ada banyak shopping centre dan lagi satu dia ada banyak makanan menarik kut ... hehehe aku kan suker makan ;)
Sesampai jer Pulau Pinang, tempat dituju adalah Krystal Suites Apartment. Aku dah book tempat ni sejak 2 bulan yang lalu lagi through phone jer. Dan seperti biasa aku tak reti nak book on-line ni. Konfiden kureng, takut salah tekan ... hehehe. Ini kali kedua kita orang duk tempat ni, tahun lepas kali pertama tapi waktu tu abah anak-anak yang tolong 'booked' kan online. Memang best Apartment ni, bagi aku lah. Sebab dia sangat besar dan dia ada dua bilik yang sangat besar. Ada Hall yang besar dan dining yang besar. Besar bagi pandangan mata aku lah. Tapi yang tak bestnyer dia hanya ada satu bilik ayor jer. Dan tak berapa nak besor. Hehehehe ... Setiap perkara mesti ada pro dan kontra kan. Terima lah seadanya. Tapi banyak best ler dari tak best kan, so nak cerita apa lagi kan. Lagipun harga dia pun sangat sangat lah berpatutan.
Siap ada meja tulis lagi, yang ni Tok Abah mesti suker. Sebab dia memang suker jer menulis entah hapa-hapa kat dalam Diary dia setiap hari. Jadi meja ni khas untuk Tok Abah ;) Apartment ni terletak kat area Bayan Lepas. Dia bukan belah yang ada pantai-pantai cantik tu. Maksud aku kat area Tanjung Bungah dan Batu Feringgi. Tak kisah lah tu, anak aku bukan suker sangat pergi pantai, takut gelap katanyer. Especially Kak Long ...hmmm. Yang pentingnyer dari Apartment ker Queensbay Mall adalah tak sampai 5 minit, kalau naik keta lah kan. Sebab hapa ini penting, anak-anak aku lagi suker pergi shopping, dan Queensbay Mall antara shopping centre terbesar kat Pulau Pinang.
Sementara nak tunggu Tok Abah dan Mak Tok sampai, kami pergi Domino Pizza yang ada betul-betul kat bawah bangunan ni. Sementara aku kerah Hilman carik air kat 7Eleven yang jugak kat bawah bangunan ni. Senangkan, segala-galanyer berdekatan. Nak keluar carik makan naik keta, takut rombongan Tok Abah datang tak leh nak masuk apartment lak.
Ini pulak aktiviti lepas solat Asar. Boleh lah lagi pergi mandi kat Pool sementara rombongan satu lagi tak sampai sampai. Hehehe. Yang nak pi mandi pun budak 2 orang ni jer. Iqa nak ikut, tapi terbatal bla bla bla .... hehehe masalah orang pompuan. Seronok ler lepas rindu nak mandi kolam kan, tu ler pasal kat rumah kat tak ada kolam renang, kolah ada ler. Banyaknyer gambo Aran, sebab Hilman mengelak dari ambik gambo. Sebab dia mandi tak pakai baju ... hehehe.
Mak Tok dan Inas .... yang maintain comel lah kunun ;)
Mak Tok datang kendiannyer, siap bawak bekal lagi. Mak Tok ingat nak makan masa singgah kat mana-mana dalam perjalanan nanti, tapi tak sempat. Jadinyer makan malam kami adalah juadah dari air tangah ibu/nenek tercinta. Memang menjilat jarilah kaedahnyer. Tak yah keluar malam-malam carik makan kan.Kebetulan ada Microwave kat dalam apartment tu, so kita orang just panas-panaskan mana-mana yang patut jer.
Iqa - posing 'peace' lagik
Mak Su dan Hilman, tak macam anak sedara dengan mak cik jer
Hilman tak abis abis dengan Ribena dia ...
Anak sedara aku Iman dan adiknyer Inas
Lepas makan malam dan solat maghrib, kita orang pergi Queensbay Mall. Dengan tujuan nak carik stok makanan. Biasalah bawak rombongan anak anak remaja persekolahan ni kan sentiasa jer lah lapar. Walaupun tak lapo sangat sebenonyer, tapi mulut tu rasa nak mengunyah jer. Masa ni Tok Abah dan Mak Tok tak ikut, kesian dia orang. Biarlah berehat dulu sebab ke Penang drive jauh-jauh. Jadi kami ker Mall konvoi 2 keta. Nasib Mak Su dah terer drive. Memula tu ingat nak tengok wayang, but tiket terlalu lewat malam lah pulak. Aran reject, sebab dia takut tertidur. Maka kami belilah tiket jugak, tapi untuk malam esoknyer lah.
Dan kami sempat lagi ker Gurney Drive lepas ke Queensbay. Nak tengok orang Penang sambut 'Christmas Eve' di malam 25 December lah konon. Mana lah tahu ada Firework kan. Tapi tak ada pun ... huhuhuu. Aku sebeno-benonyer bukanlah tahu sangat jalan-jalan kat Penang ni, apatah lagi memalam tak ada matahari ni kan. Tapi aku betul-betul berterima kasih kat GPS yang ada dalam keta ni. Dia lah yang banyak tunjuk jalan. Kalau idak sesat barat ler aku.Eh! luper lah pulak, cerita kejadian berjalan ke Penang ni berlangsung pada cuti sekolah 24 -26, Disember 2011 yang lalu. Aku baru sempat nak up-date. Itu pun lepas di desak oleh Muhammad Hilman, "Mak bila nak cerita dalam Blog pasal pergi Penang" ... hehehe. Sori ler mak kau ni kan sebok mengalahkan PM. Perdana Menteri pun tak sibuk macam mak kau. Hehehehehe ... dah tu PM kan ramai assistant. Mak pulak semua kena buat sendiri. Eh! dah meraban lagi ...Sowi.
p/s : nanti lepas ni aku cerita kami pergi mana kat Penang yer ;)
5 comments:
Wahhhhh nampak sangat2 enjoy ekkkk.best!
IXORAROXI - memang enjoy sakan. Release tension kerja :)
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085321606847 TRIMAH KASIH
terima kasih atas perkongsian ni.
saja jalan2 blogwalking cari ilham sebab hujung bulan ni akan ke Pulau Pinang, ada majlis ahli keluarga terdekat
Jemput ke blog saya sis
Salam perkenalan :)
Post a Comment