Showing posts with label Inas. Show all posts
Showing posts with label Inas. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

ABIS LER DAPUR AKU ...

Semalam anak sedara aku, Jaf Reen Narisha Inas (nama dalam IC tuh) datang bermalam di rumah aku. Inas memang pandai masak ... tak disangkal lagi. Walaupun badan dia kecik, suruh ler dia masak apa pun, semua jadik jer. Ada jer benda yang dia nak masak kalau masuk dapur aku. Dan semalam sebelum sampai umah, aku dah terima sms ... satu list barang yang dia nak mintak beli untuk masak. Sampai jer kat rumah, aku belum keluar keta lagi Inas dah sambut Mak Lang dia dengan sexcited ... hehehe... kau nak sambut Mak Lang ker nak sambut barang yang Mak Lang beli. Terus dia geledah plastik beg yang aku bawak. Waktu tu jugak dia start nak masak. Semangat sungguh... budak kecik ni. Anak-anak plus Mak Su yang memang tak pandai masak ni jadi lah tukang tengok dan tolong-tolong mana yang patut.



Inas tengah gigih memukul Whipped Cream ... nasib ler kau Inas, rumah Mak Lang ni pembancuh kek pun dah amat uzur, dah nak masuk kategori hantar muzium jer lagi. Tapi semangat juang yang tinggi punya pasal tak rasa penat pun kan ... hikhikhik. Entah bila ler nak beli Mixer baru Mak Lang kau nih. Asyik semedang budget larik jer.



Iqa punyer tangan tengah rancak nak memecahkan biskut Oreo. Siap pakai anak lesung lagik. Buat ler apa sahaja anak-anak ku, asalkan kau kemas balik dapur dan basuh semula barang-barang yang digunakan tu yer. Jangan kau tinggalkan ... memang saja nak bakar jiwa mak jer lah. Nasib baik bangun pagi ni mak tengok tersusun dan bersih jer dapur.


Ini ler hasilnyer ... kek keju oreo hasil kerja tangan Inas . Rasa boleh tahan. Cuma Mak Lang terkurang beli Cream Cheese dan Whipped Cream. Jadinyer tak lah berapa tebal dan beso. Tapi yummy ... sodap. Pandai Inas buat.


Semangat punyer pasal, siap boleh buat Kek Batik lak lepas tu ...


Mak Su sempat lagi enterframe ...



Tarra! Chef Inas yang didatangkan khas dari Bandar Tasik Putri dengan Kek Batik nyer. Yang ni Mak Lang tak sempat nak rasa ... sebab nak kena tunggu dia beku dulu. Inas ni sama jer baya dengan Kak Long ... sama-sama tengah tunggu result PMR. Tapi dah pandai masak macam-macam. Kalau bibik dia balik Indon hari tu, dia lah jadi tukang masak kat rumah, even kakak dia yang umur 17 tahun pun tak reti masak. Anak aku tok sah cerita lah, tahu masak maggi jer ... adalah mahir sikit masak kek coklat dengan Cookies dan Trifle... nanti belajar masak nasi minyak dengan lauk-lauk nyer sekali yer ;) sejuk perut mak ngandungkan korang ... hehehe

Saturday, November 14, 2009

CUP CAKES & SATAY NUGET

Beberapa hari yang lalu, budak ni sanggup ponteng sekolah datang rumah aku, sebab nak ajar Kak Long buat Cup Cakes. Hai, nasib ler periksa dah abis...
Ini ler anak sedara aku ... Inas. Kecik jer tapi cili api, terer masak jugak teror bercakap tak henti henti macam aku. Umur sebaya jer dengan Kak Long, 14 Tahun - beza sebulan jer tarikh lahir. Tapi saiz macam Hilman. Hehehehe.... Sanggup dia datang rumah Mak Lang sebab nak ajar Kak Long buat Cup Cakes. Kebetulan pulak, Kak Long tak tahu nak bawak apa untuk Surprise Birthday Party Mak Susu. Apalagi ... Inas ler jadi mangsa. Tapi Mak Lang tak sempat nak jumpa Inas hari tu sebab balik rumah lambat, dia dah balik ke rumah kat Tasik Puteri Rawang.



Ini ler hasilnyer. Abis ler bahan-bahan buat kek aku kat dapur dikerjakan Inas dan Kak Long sebab nak siapkan kek nih ha. Dah lah 'Piping Beg' pun dah abis, pewarna pun tak cukup. Kau main punggah jer apa yang boleh digunakan kat dapur Mak Lang yer Inas. Tapi ... hmmm... not bad, cantik jugak kek ni.



Macam macam rupa ada, walaupun tak cukup utensil nak mencantikkannya. Nanti cuti sekolah ni, datang lagi rumah Mak Lang yer, ajar Mak Lang pulak. Kali ni kita buat lawa-lawa. Mana tahu ada orang teringin boleh buat jual. Hahahaha... Aku dah bermimpi di siang hari.

Dan di pagi yang sama Kak Long nak hangkut cup cakes ke sekolah, aku lak prepare nugget dan small sausage ni, sebab Hilman ada majlis makan-makan untuk Pengawas kat sekolah dia. Sibuk betul pagi tu. Kesian lak kat Hilman kalau tak sediakan apa-apa untuk dia, sedangkan dia dah siap-siap ingatkan aku dari minggu lepas lagi dia nak bawak 'something'untuk majlis tu.

Nak bagi menarik lagi, aku pun cucuk ler kat lidi buat macam satay. Macam ler menarik sangat, rupa dah nak jual kat pasar malam jer. Aku rasa bebudak mesti suker makan macam ni, dan senang sikit nak makan. TAPI ... balik tu aku tanya Hilman laku tak satay nugget yang dibawak ke sekolah tu. Dia kata "Cikgu ambik, bawak makan untuk cikgu2 jer". Hish, aku banyak kali kena macam ni. Ada beberapa kali aku bekalkan Kak Long dan Iqa kek coklat ke sekolah masa ada makan-makan, PUN cikgu dia orang bawak bilik guru, tak agih agih pun kasi anak murid makan ....huk huk huk :( Ingat nak kasi anak aku makan sesama kawan, tapi cikgu pulak ambik makan sesama kawan. Hmmmm... agak nyer menarik sangat ker makanan aku tuh ... hahahaha...harus korang baling batu kat aku lepas ni. Ampun ;)