Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

ABIS LER DAPUR AKU ...

Semalam anak sedara aku, Jaf Reen Narisha Inas (nama dalam IC tuh) datang bermalam di rumah aku. Inas memang pandai masak ... tak disangkal lagi. Walaupun badan dia kecik, suruh ler dia masak apa pun, semua jadik jer. Ada jer benda yang dia nak masak kalau masuk dapur aku. Dan semalam sebelum sampai umah, aku dah terima sms ... satu list barang yang dia nak mintak beli untuk masak. Sampai jer kat rumah, aku belum keluar keta lagi Inas dah sambut Mak Lang dia dengan sexcited ... hehehe... kau nak sambut Mak Lang ker nak sambut barang yang Mak Lang beli. Terus dia geledah plastik beg yang aku bawak. Waktu tu jugak dia start nak masak. Semangat sungguh... budak kecik ni. Anak-anak plus Mak Su yang memang tak pandai masak ni jadi lah tukang tengok dan tolong-tolong mana yang patut.



Inas tengah gigih memukul Whipped Cream ... nasib ler kau Inas, rumah Mak Lang ni pembancuh kek pun dah amat uzur, dah nak masuk kategori hantar muzium jer lagi. Tapi semangat juang yang tinggi punya pasal tak rasa penat pun kan ... hikhikhik. Entah bila ler nak beli Mixer baru Mak Lang kau nih. Asyik semedang budget larik jer.



Iqa punyer tangan tengah rancak nak memecahkan biskut Oreo. Siap pakai anak lesung lagik. Buat ler apa sahaja anak-anak ku, asalkan kau kemas balik dapur dan basuh semula barang-barang yang digunakan tu yer. Jangan kau tinggalkan ... memang saja nak bakar jiwa mak jer lah. Nasib baik bangun pagi ni mak tengok tersusun dan bersih jer dapur.


Ini ler hasilnyer ... kek keju oreo hasil kerja tangan Inas . Rasa boleh tahan. Cuma Mak Lang terkurang beli Cream Cheese dan Whipped Cream. Jadinyer tak lah berapa tebal dan beso. Tapi yummy ... sodap. Pandai Inas buat.


Semangat punyer pasal, siap boleh buat Kek Batik lak lepas tu ...


Mak Su sempat lagi enterframe ...



Tarra! Chef Inas yang didatangkan khas dari Bandar Tasik Putri dengan Kek Batik nyer. Yang ni Mak Lang tak sempat nak rasa ... sebab nak kena tunggu dia beku dulu. Inas ni sama jer baya dengan Kak Long ... sama-sama tengah tunggu result PMR. Tapi dah pandai masak macam-macam. Kalau bibik dia balik Indon hari tu, dia lah jadi tukang masak kat rumah, even kakak dia yang umur 17 tahun pun tak reti masak. Anak aku tok sah cerita lah, tahu masak maggi jer ... adalah mahir sikit masak kek coklat dengan Cookies dan Trifle... nanti belajar masak nasi minyak dengan lauk-lauk nyer sekali yer ;) sejuk perut mak ngandungkan korang ... hehehe

Monday, November 22, 2010

MANTIN - JUMPA KAWAN LAMA

AHAD, 20 November 2010

Aku bangun awal, sebelum subuh dah bangun. Buat kerja dobi mendobi ... lipat kain, basuh kain, kemas kain. Sambil-sambil tunggu Subuh. Nikmat bangun pagi, tenang jer ... tak ada hiruk pikuk, tak ada pergaduhan, tak ada yang terkorban... oppsss yang nih tipu. Sementara anak-anak tak bangun lagi ni memang best buat kerja. Sempat bakar kek lagi, buah tangan untuk kawan yang dah lama tak jumpa. Excited giler sebab lama dah tak jumpa. Seawal pukul 11.30 pagi dah keluar rumah. Singgah hantar kek kat A'abdah (kawan sekolah di CBN), singgah McD Bukit Rahman Putra dulu, melayan nafsu serakah Kak Long then baru bertolak masuk PLUS Highway.



Dah janji nak jumpa another kawan, Feri @ Farizal di R&R Dengkil dan berkonvoi sama-sama ker MANTIN. This is my roomate masa study di ITM dulu. Sekarang nih H&R Manager di Gardenia, kilang roti tu. Asal Pasir Mas Kelantan, dah lama bermastautin di Shah Alam. Tapi masih takut nak redah jalan kat Kuala Lumpur sorang-sorang ... hikhikhik


Sampai Mantin dah pukul 1.30 macam gitu. Aku tak pernah sampai sini, main redah jer ikut signboard kat tepi jalan tu. Kami ikut Nilai 3 ... dekat jer ghupernyer, rumah dia dengan Nilai. Tapi tak singgah pun Nilai 1, 2 dan 3 ... sebab poket dah nipis .... hehehehe. Yang kat atas tu ler 'My Long Lost Friend' ... Rozilin, aku panggil dia Gee @ Ucu. Kawan masa sama study kat ITM Dungun dulu. Bukan kawan sebilik, tapi dia selalu jadi setinggan kat bilik aku yang sentiasa Havoc ... hahahahaha. Lama dah aku tak jumpa minah nih, adalah dekat 17 tahun kut.



Ucu ada 3 orang anak, yang paling tua tengah nak tempuh SPM di Sek Agama Labu. Yang bertudung hitam tu No. 2 ... Mimi. Dan Amar berbaju merah baru 4 tahun. Best nyer ada anak-anak kecik macam Feri dan Ucu ... seronok tu melayan kerenah dia orang ni.


Kami dijamu dengan Nasi Beryani, yang dikawinkan dengan ayam masak merah, kari daging dan acar rampai. Phew! dah ler sampai time makan tengahari pulak, memang kenalah dengan selera kita orang nih. Thumbs Up ler Gee, pandai sungguh kau masak... sedap sangat. Boleh buat bisnes macam nih. Kita orang semua dengan tidak malunyer makan bertambah-tambah. Sepatutnya ada dua tiga orang lagi geng janji nak datang, tapi last minute, kensel. Along tak sihat, Angah lak suspek Denggi, Yong ada kenduri kawin kat Penang, Baa ada kenduri kat Melaka, Zia ... anak nyer ada match bola, Imah pulak ada hal. Yang jadik aku dengan Feri jer lah. Bila ler nak dapat kita berkumpul semua nih.


Gee siap buat desert kuih sagu yang ada kaler-kaler nih. Katanye cilok resepi dari Channel AFC kat Astro. Sodap ... tengok jer lah gambar sebelum dan selepas tu. Hampir licin kita orang kerjakan. Berborak tak hengat dunia, dari bersila, naik duduk kat kerusi. Abis ler bukak semua cerita-cerita lama, kisah masa study, masa kerja dan masa-masa yang ditinggalkan dulu-dulu. Bandingkan pulak body yang dah tak serupa dulu ... hahahahaha. Kisah anak-anak yang semakin membesar. Dari Waktu Zohor sampai lewat Asar baru reti nak balik. Pandailah anak-anak aku duk diam-diam, sebab dah kena sogok dengan cerita 'Lagenda Budak Setan' semua jadi baik jer tengok DVD... hehehehe.


Seronok nyer dapat jumpa korang, dapat lepaskan rindu dendam gelora di jiwa. Harap lepas nih boleh lah kita selalu-selalu jumpa yer. Jangan lah pulak nak kena tunggu 17 tahun akan datang. Masa-masa time anak-anak kita nak kawin baru dapat jumpa ... hehehe mintak dijauhkan ... Semoga kita selalu bergather-gather lepas nih yer :) Sayang korang muah muah muah

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2010


Sessi Pagi @ KUANG

Pagi raya yang indah. Buka pintu anjung depan rumah, aku disambut dengan suasana berkabus tebal keliling bukit kat rumah kita orang ni. Best ... rasa feel macam kat Cameron Highlands pulak gitu. Syahdu ... buka pintu rumah besar-besar, tarik nafas panjang-panjang. SubhanAllah! cantik dan damai dan menyejukkan sungguh bumi ciptaan tuhan ni. Rasa macam tak nak buat apa-apa... Just nak menghayati keindahan alam di pagi raya ni. Sila-sila saksikan lah.

Macam berada kat puncak bukit jer ...

Depan rumah aku ala-ala macam duduk kat Resort ... nikmatnyer

Kuang Resort gitu ... Kuang Kuang Kuang

Dush! Dush! Dush! ... tetiba rasa macam kena tumbuk. Banyak ler aku punya menghayati keindahan alam. Walhal, kerja-kerja nak kena buat ada satu list yang amat panjang. Bila tido tak hengat dunia. Dah bangun baru sedar diri. Daging tak keluar lagi, baju raya anak tak gosok lagi, puding tak masak lagi ... anak-anak burung dah merengek lapar lak tuh. Nasib baik malam tadi dah 'marinate' ayam. Masa tu lah kelam kabut nak gosok baju dan samping anak, nasib baik baju aku dah siap gosok. Mandi dan bersiap terus pergi Masjid Al-Hikmah Kuang ... Solat Raya Beb! Tak ada makna nyer raya kalau tak pergi solat raya ;D kecuali datang bulan.


Mengambil gambar secara berjemaah adalah wajib sebelum solat raya berjemaah


Yang ni pulak upacara menunggu secara berjemaah selepas solat
Tunggu orang dewasa keluar lepas bersalaman dengan orang kampung
Terasa macam wakil rakyat pulak, masa ni ler nak nampak muka orang kampung



Satu lagi acara wajib di Raya Haji. Ambik gambo dengan lembu , Aran siap kata,"Mak, ambik gambar Aran dengan lembu ni sebelum dia dikorbankan". Ikut kata Abah tadi, Masjid Kuang korban 8 ekor lembu jer. Jap lagi nak suruh Hilman dan Aran pi ambik daging korban. Kupon dan ada kat tangan dah ;D



Balik rumah jer terus jalankan operasi. Dah janji dengan Mak Tok nak gorengkan ayam untuk lawan dengan nasi tomato dia. Aku masak luar rumah, maklumler rumah tak ada dapur basah untuk mengelak dari berkecah dan dapur berminyak, ini ler caranyer. Kek Coklat ... dah siap dah, aku dah suruh Kak Long dan kawannya Shafikah buat semalam. So, kali ni giliran Aran pergi hantar kek kat keluarga Pak Haji sebelah rumah. Aku tahu keluarga Pak Haji paling suka makan kek coklat aku. Ceh! perasan giler!

Dan seperti biasa adat di kampung..
Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa.
Pak Haji balas dengan Nasi Beryani Ayam.
Phew! suka anak-anak burung yang kelaparan :)
Rezeki ... Alhamdullilah

Sementara nak tunggu mak dia yang tak profesional ni masak...
boleh ler alas perut dengan Nasi Beryani ni dulu.


Sambil goreng ayam, kerah anak-anak dara...
Kak Long dan Iqa buat Trifle dan Spaghetti.
Kelakar sungguh, pagi raya tu ler banyak benda nak buat.



Kalau kat rumah orang lain dah siap semua dah ... tunggu makan jer .... kita orang baru nak bersilat :D Boleh harap lah jugak ... nasib baik ada anak-anak ini. Mendengar kata jugak lah. Anak bujang, Hilman dan Aran tolong kemas rumah dan buang sampah. Best jugak main kerah-kerah ni .. hehehehehe... Bak kata Aran kat aku ... "Yes Jenderal!"


Sempat lah siap dua bekas Trifle.
Yang bulat nak kasi Mak Tok, done by Kak Long
Yang bekas panjang nak kasi Nenek Klang, done by Iqa



Dan sempat jugak tu siap Spaghetti untuk dijamu pada tetamu yang datang ;)
Hokey nak pi solat Zuhur dulu ... Jap lagi banyak agenda nih
Nak sambut Birthday Sarah dan Yayah kat rumah Mak Tok
Dan Birthday Huda kat rumah Nenek Klang
Mahu melotop perut nih .... hikhikhik

Wednesday, April 28, 2010

DOMINOMANIA

SABTU, 24 APRIL 2010





Acik kerja hari ni :) Anak anak pulak semua sekolah. Siap siap sekolah ganti untuk cuti Hari Raya akan datang. So tak rasa macam 'weekend' pun. Cuma yang beza nyer aku balik cepat dan boleh pergi hambik 'buah hati' kat sekolah. Kan main senyum sampai telinga buah hati aku ni, sebab mak dia ambik hari ni. Dah janji dengan anak-anak untuk balik Klang hari ni. Kak Long dapat sms dari cousin dia AIN, minta balik segera sebab dah rindu dan anak benda nak diskus. Kertas kerja untuk submit kat sekolah nanti. Satu Malaysia buat tajuk yang sama ... hehehe, pasal perayaan yang di sambut di Malaysia.




Sampai umah jer, tak bukak tudung kepala (bukan tudung saji yer kawan kawan), terus collect anak anak, tutup tingkap pintu semua ... off to Klang. Anak anak aku seperti biasa, start masuk keta jer akan start merengek kelaparan. Macam la aku ada kuasa Doraemon boleh kasi keluar makanan dari poket. Tapi dah niat dari opis nak belanja 'Domino Pizza' kat dia orang, siap aku Google lagi kat mana tempat terdekat nak carik on the way to Klang. Bila aku kata nak belanja Pizza, lagi tambah lapar dia orang. Mengada-ngada sungguh. Kebetulan memang lalu Bukit Jelutong, maka kita orang yang tak pernah masuk kat BJ ni pun macam orang Jakun. Cantik giler rumah rumah kat BJ. Siap berangan Kak Long, nanti nak beli rumah kat situ, aku siap kata "Bagus gak, dekat sikit dengan Kuang" hehehehe ...




Pusing punya pusing punya pusing, akhir nyer jumpa jugak Outlet Domino Pizza kat Bukit Jelutong. Kedai dia besar dan cantik serta ramai orang jugak. Tapi tunggu tak lama. 15 minit jer. Aku ada coupon, so dapat save about RM30 hengget. Beli banyak kotak jugak lah, sebab nak bawak balik Klang. Masuk keta jer, anak anak aku yang macam jerung kelaparan siap tanya "Mak! boleh makan ker tak?" dan mak nyer yang baik hati ;) ece ce ceh ... "Boleh, makan lah sayang sayang mak semua". Sedap ... sebab panas lagi kan. Kecoh giler dia orang ni. Macam tak penah jumpa Pizza... hahahaha.




Makan dalam keta jer, ngam ngam abis makan sampai umah Mak Klang. Nasib baik dah makan siap siap, kalau idak buat malu jer. Sendiri bawak Pizza umah nenek, sendirik abiskan. So bila sampai tu maintain ler nampak macam tak kebulur sangat kan. Hahahahaha.... nenek suka a Domino punya Garlic Bread Stik. Pengumuman untuk ALIA: rugi, sapa suruh tak balik umah nenek, Sarah dengan Ain perabih kan ... hehehehe... nanti Auntie beli lagik yer, khas untuk Alia dan budak budak kenot yang tak sempat nak makan :D



Friday, October 2, 2009

SARAPAN LAUK ORANG KAWIN




Kan semalam baru lepas Jamuan Hari Raya. Kan semalam banyak 'tapau' lauk pauk dan kuih. Kan semalam gigih menghangkut segala makanan ke rumah ku syurga ku. Kan semalam penat sangat sampai leguh kaki lutut (tahu aku dah tua tak yah ingatkan) serta kebuntuan otak dan fikiran ... dan kepenatan itu telah membawa ke hari ini.



Alhamdullilah tak yah buat 'breakfast'. Just panas-panaskan nasi dan lauk jer. Aran seperti biasa, turun dari katil jer akan menuju ke dapur dan selamba bertanya "Mak masak apa? Sedap aaa bau". Dia tak tahu mak dia punyerlah malas giler subuh subuh sepiee ni. Dan sebagai ibu yang prihatin dan tak nak menipu anak yang disayangi (chewah), aku pun menjawab manja (ada ker jawab manja?) "Semalam kan kat opis mak ada makan-makan, mak panaskan lauk semalam, kita sarapan lauk orang kawin ek". Aran dengan tak sabar nyer memanjat meja nak tengok makanan seraya berkata "Hmmm... sedapnyer, tak sabar Aran nak makan" dan di waktu dia menyebut itu, aku pun berperasaan bangga dan terharu. Perasan terlebih, macam ler aku yang masak lauk lauk itu, walhal aku tukang perangat jer. Terharu lak bukan nyer apa, sebab anak-anak aku tak kisah makan lauk semalam dan bekas sisa sentuhan orang. Hua hua hua (ini bunyi nangis yer, kalau terharu sila lah nangis bersama-sama) ... MAK SAYANG SEMUA ANAK ANAK MAK, yang tak demanding dan cerewat. Amin.





Lihat lah mereka makan dengan berseleranya. Alhamdullilah, Syukur pada Allah yang tak putus-putus memberikan rezeki pada kami sekeluarga. Aran berkata lagi, "Nanti kalau ada lebih, mak simpan yer nasi dgn lauk ni, nanti balik sekolah Aran nak makan lagi" ... dan aku pun terkedu sebab ....



v


v


v


v


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


v




v


v

v

v
v
v
v
v
v
v


Mak ingat

mak nak makan kasi habis jer semua nasi dan lauk

senang sikit nak basuh - cit alasan tak leh blah sungguh

(tapi tak terluahkan, hanya di dalam hati)

Namun aku tetap simpan untuk Aran jugak ;)

Thursday, October 1, 2009

MAKAN MAKAN DI OPIS SEMPENA RAYA



Hari ni memang aku tak buat kerja opis langsung. Sebabnyer sibuk nguruskan majlis 'Open Office' sempena Hari Raya. Mengemas susun atur kedudukan makanan, keluar pergi cari kek dan ais batu, isi makanan untuk hidangan, basuh pinggan ... aduh penatnyer la acik.



Macam-macam makanan ada. Main Dish adalah Nasi Minyak berlaukkan Ayam Masak Merah, Rendang Daging, dalca, acar buah, kurma ayam, popodom. Also featuring by satay berkuah kacang, nasi himpit serta lemang dan laksa asam. Pencuci mulut adalah kuih koci yang marvellous, brownies from secret recipe, buah kurma, agar-agar dan buah-buahan.


Air pula adalah air sirap yang paling sedap dalam dunia (sebab ayang sepiah buat), nescaffe panas serta air yang berkotak dalam pelbagai rasa dan warna tak lupa air mineral water yang tak laku langsung.



Katering datang seawal pukul 11 pagi, so tak lah kelam kabut mengemas macam last year. Tetamu dari department lain datang pukul 12.00 tengahari. Selepas ucapan aluan dan bacaan doa dari penganjur Tuan Hj. Mokhtar, maka upacara makan makan pun bermula. Seronok sangat tengok dia orang makan dengan enjoy nyer dan bertambah-tambah. Hilang penat buat preparation.

Tapi yang seronok nyer adalah bila adanya team work dalam department, yang tak kedekut tenaga dan kederat untuk sentiasa memastikan makanan dan air cukup, pinggan, sudu, garfu dan cawan mencukupi. Paling best, bila part nak tutup kedai, acara bungkus membungkus makanan berlangsung dengan penuh kemeriah dan keriuhan. Semua orang bekerjasama untuk 'menapau'. Harap semua puashati.




Tetiba aku rasa 'Post' aku kali ni pendek yang amat. Penat nyer seluruh anggota badanku hari ni, dan kepenatan itu dah menular ke otak dan segala saraf yang ada. Buntu aaa tak reti nak tulis hapa. Selalu aku buntu macam mana nak stop tulis. Dah terbalik lak hari ni.... Layan gambo jer lah ek.