Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

Saturday, November 30, 2013

LAGU KEGEMARAN AKU DAN HILMAN

Hari ini anak-anak semua datang opis aku ... sebab petang ni kami nak pergi celebrate Birthday Iris, sepupu dia orang , anak Abang Long aku. Sebab malas nak balik rumah lepas kerja jadi korang ikut jer lah mak datang opis hari ini, tak larat mak nak berulang dua tiga kali. Lagi pun rumah Ayah Long kat Menjalara tu tak lah jauh sangat dari opis aku kat Segambut ni.

Tengah-tengah bersiap nak solat Zohor, balik PC kat meja ada lagu ni kat YOUTUBE .... rupa-rupanya Muhammad Hilman dan pergi carik lagu ni. Sempat lagi tu. Dia kata' "mak start lah lagu tu ..... 




"Hilman dah carik untuk mak" ... errr lagu apa pulak? Hehehehe ..."Ha'ah la Man, mak suka sangat lagu ni." dan disambut, "Hilman pun suka lagu ni, rasa macam suara Faizal Tahir sedap sangat masa nyanyi lagu ni". Okay lah Man ... Jom kita dengar sambil Karok bersama-sama (dia memang selalu berduet dengan aku dalam kereta bila ada lagu yang kami suka). Dia paling banyak persamaan dengan aku ... ishhhh anak mak lah pulak kan ;)



Monday, October 21, 2013

SEGMEN : LAGU FAVOURITE

Petang tadi masa balik dari office, bukak Klasik Nasional. Aku dah jadi suka pulak Klasik Nasional ni, mahu mahu lagi ada segmen ADILA (Aku Dia Dan Lagu) memang best betul rancangan ni. Suka dengar cerita-cerita yang dihantar oleh pendengar dan dibaca oleh Juruhebah yang sungguh sedap dan sangat-sangat pandai beremosi. Ada cerita lucu, ada cerita sedih dan ada jugak cerita yang boleh bawak pengajaran. Teringat masa sekolah-sekolah dulu, ada satu rancangan di radio namanye MEMORI. Lebih kurang sama dengan ADILA, tapi MEMORI diperdengarkan hari Sabtu malam Minggu, dari pukul 11.00 malam sampai pukul 2 pagi. Lagi lah syahdu, sebab malam sunyi dan tenang. Kalau dengar cerita-cerita kat Memori tu dan tak nangis memang tak sah. Huhuhuhu tapi selalu miss jugak sebab aku ni jenis tidur cepat.

Klasik Nasional ... kelakar betul lah bila dikenangkan, dah jadi favorite channel aku pulak. Adakah aku memang sudah tua sampai tak boleh nak terima siaran ERA dan Hot FM lagik. Memang pun ... telinga ni dah tak boleh dengar lagu rancak-rancak lagi, nak kena dengar lagu slow dan tenang jer. Yang lagi best sekarang ni, aku dah start suka lagu Keroncong pulak tu. Hahahaha ... macam tak percaya. Dulu-dulu cukup menyampah dengar Keroncong. Kalau anak-anak aku dengar, memang masing-masing ambik earphone jer lah cucuk kat handphone masing-masing. Bernanah telinga dia orang kut. Paling best lagu Rafeah Buang yang ini ... aku siap boleh berkaraoke lagik masa dengar lagu ni, terer tu ... tetiba boleh hafal  lirik. Aduyai ... alamat apakah ini. Alamat dah tua lah kan, itu sebetulnya. 



Abah aku ler ni, hari tu dia naik kereta aku, dia siap pergi carik channel Klasik Nasional, lepas tu siap save lagikan. Lepas tu aku pulak selalu jer tertekan , Lepas tu macam ...Eh! sedap pulak lagu kat Channel ni. membuatkan aku teringat zaman kanak-kanak, remaja dan muda belia dulu. Best sungguh bila teringat zaman dulu-dulu, sebab rasa muda jer. Terima kasih abah sebab save kan Channel Klasik Nasional untuk Kak Cik. Tadi semasa balik dari opis Klasik Nasional ada pasang lagu feberet aku (ni cerita sebenonyer, kat atas tu dah melalut sampai mana tah) ... giler rindu dengan lagu ni. Macam .... ahhhhhhh bestnyer lagu ni, dan tanpa sedar memusing tombol nak kasik kuat volume. Nak tahu lagu apa ..... tajuk lagu 'Senja Berulang Senja'. Lagu ni adalah sajak ciptaan 'Zaihasra' punyalah minat lagu ni, sampai aku hafal nama penyajak tu. Penyanyi dia Arwah Sudirman Haji Arshad. Aku memang peminat fanatik Sudirman macam orang lain fanatik kat Elvis Presley ... eh ada kena mengena ker  :) :



Lepas tu terdengar pulak lagu ni, Hati Yang Rapuh by Rahimah Rahim. Teringat cerita Hati Bukan Kristal Tahun 1991 ... baru lepas grad. Teringat lagik ... teringat kat Lakunan Erma Fatima yang jadi Perempuan Simpanan A. Rahim, teringat kat Zaitun Sameon yang jadi perempuan lurus bendul teringat kat Julia Rais yang very the vogue (semua orang nak jadi Julia Rais masa ni dengan rambut kerinting maggi nyer) dan teringat juga kat Ridzuan Hashim yang memang hensem giler masa tu dan tak sangka jadi Ketua Gangstar yang botak licin sekarang ni. 




Udah-udah ler tu yer, kang tak pasal-pasal segala lagu aku letak kat sini. 
Al-Fatihah untuk Arwah Datuk Sudirman Haji Arshad 
serta Arwah Datin Rafeah Buang. Juga Arwah A. Rahim. 
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di sana. 
AMIN

Saturday, February 4, 2012

SEPANJANG JALAN KE PULAU PINANG



Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Laut mengimbau sayu
Ombak ombak ini hatiku
Berhasrat tiada sepi

Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang
Hujan memberi lagu
Angin menampar
Setiap ruang waktu
berhiba awan pilu

Aku antara insan beribu
Airmataku antara laut lepas
Laguku hilang di angin menderu
Pecah di pantai terhempas 

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hatiku terjun ke air
Mencari tempat tempat bagiku
Aku sorang pelarian



Tiap kali ke Pulau Pinang, lagu Harmoni nyanyian arwah Zubir Ali ni pasti terngiang-ngiang dikepala aku. Macam tetiba ada orang tekan punat 'PLAY' tu. Lagu ni salah satu lagu feberet aku masa Tingkatan 1, tahun 1982 yang lalu. Masa ni aku peminat tegar kumpulan Harmoni. Hafal semua lagu dalam Album 'Penantian' tu. 'Airport Polonia', 'Penantian' dan 'Doa' antaranya (yang sekarang telah dinyanyikan dgn berbagai versi). Ingat lagi masa tu, abis aku lenjan kaset abang ngah aku. Dia lah yang kenalkan aku dengan lagu-lagu puisi dari Harmoni serta Kembara, tak lupa pada Alleycats jugak. Abang aku peminat setia Ogy Ahmad Daud masa tu. Ogy pulak aduhai sangat sangat cantik dan comel. Opsssssssss .... sori dah terbabas. Nak cerita lain dan melalut ke lain lak. Hehehehe.



Kami keluar dari tol Hospital Sg. Buloh (lagi dekat dari rumah aku) menghala ke utara dalam pukul 10.00 pagi gitu. Baru lepas hujan ... nyamannnnnnnnnn gitu :). Perjalanan lancar, kita orang hanya singgah kat R&R Tapah sebab nak isi minyak dan beli air, bekal makanan aku tapau dari rumah. Sempat lah buat burger sorang satu. serta dah siap siap beli keropok, coklat dan kacang. Nak menghala ke Tol Juru jalan sangat sesak, banyak sangat keta. Tapi nasib baik lah bergerak dengan perlahan. Nak masuk Tol kat Jambatan Pulau Pinang pun jem jugak. Tapi tak lah teruk sangat. Kami selamat sampai dalam pukul 2 ++ petang gitu.Sempat lah solat zuhur kat Apartment. Dan lelapkan mata 2-3 round sementara tunggu rombongan Tok Abah sampai. Hehehehehe

Jambatan Ke2 dalam pembinaan




Rasa nak berhenti jer kat tengah-tengah jambatan ni, tapi takut kena halau lak ... hehehe

Sebeno-benonyer aku datang sini berkonvoi naik 2 keta. Patutnyer 3 keta, tapi Abang Ngah tarik diri sebab baru menghadapi kematian ibu mertuanyer seminggu yang lalu. Satu lagi tu keta Tok Abah dengan Mak Tok, Mak Su, Iman dan Inas. Tapi dia orang tak lalu Lebuhraya... Abah aku a.k.a. Tok Abah lebih suker ikut jalan lama. Tak boring katanyer, sebab dapat jumpa pekan-pekan kecil boleh singgah minum minum kopi dan  banyak masjid boleh singgah untuk solat. And end up dia orang sampai Penang dah dekat pukul 7 petang.

Pemandangan bandar Pulau Pinang dari atas Jambatan Pulau Pinang


As usual pergi Penang umpama balik kampung bagi aku. Ini lah salah satu tempat feberet aku. Dolu dolu memang selalu datang sini. Abah aku ler yang kenalkan tempat ni, dan aku terus rasa jatuh cinta. Then masa study aku penah datang sini dengan Along (BFF) sebab ikut sorang kakak senior balik kampung. Masa tengah kerja dan masa lepas kawin dan masa ada anak. Memang pukul rata suker sangatlah datang sini. Kalau lah aku tak ada rezeki kat KL ni memang Penang ler destinasi aku. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab dia pesat membangun kut lebih kurang macam KL, then dia ada banyak shopping centre dan lagi satu dia ada banyak makanan menarik kut ... hehehe aku kan suker makan ;)




Sesampai jer Pulau Pinang, tempat dituju adalah Krystal Suites Apartment. Aku dah book tempat ni sejak 2 bulan yang lalu lagi through phone jer. Dan seperti biasa aku tak reti nak book on-line ni. Konfiden kureng, takut salah tekan ... hehehe. Ini kali kedua kita orang duk tempat ni, tahun lepas kali pertama tapi waktu tu abah anak-anak yang tolong 'booked' kan online. Memang best Apartment ni, bagi aku lah. Sebab dia sangat besar dan dia ada dua bilik yang sangat besar. Ada Hall yang besar dan dining yang besar. Besar bagi pandangan mata aku lah. Tapi yang tak bestnyer dia hanya ada satu bilik ayor jer. Dan tak berapa nak besor. Hehehehe ... Setiap perkara mesti ada pro dan kontra kan. Terima lah seadanya. Tapi banyak best ler dari tak best kan, so nak cerita apa lagi kan. Lagipun harga dia pun sangat sangat lah berpatutan.





Siap ada meja tulis lagi, yang ni Tok Abah mesti suker. Sebab dia memang suker jer menulis entah hapa-hapa kat dalam Diary dia setiap hari. Jadi meja ni khas untuk Tok Abah ;) Apartment ni terletak kat area Bayan Lepas. Dia bukan belah yang ada pantai-pantai cantik tu. Maksud aku kat area Tanjung Bungah dan Batu Feringgi. Tak kisah lah tu, anak aku bukan suker sangat pergi pantai, takut gelap katanyer. Especially Kak Long ...hmmm. Yang pentingnyer dari Apartment ker Queensbay Mall adalah tak sampai 5 minit, kalau naik keta lah kan. Sebab hapa ini penting, anak-anak aku lagi suker pergi shopping, dan Queensbay Mall antara shopping centre terbesar kat Pulau Pinang.




Sementara nak tunggu Tok  Abah dan Mak Tok sampai, kami pergi Domino Pizza yang ada betul-betul kat bawah bangunan ni. Sementara aku kerah Hilman carik air kat 7Eleven yang jugak kat bawah bangunan ni. Senangkan, segala-galanyer berdekatan. Nak keluar carik makan naik keta, takut rombongan Tok Abah datang tak leh nak masuk apartment lak. 







Ini pulak aktiviti lepas solat Asar. Boleh lah lagi pergi mandi kat Pool sementara rombongan satu lagi tak sampai sampai. Hehehe. Yang nak pi mandi pun budak 2 orang ni jer. Iqa nak ikut, tapi terbatal bla bla bla .... hehehe masalah orang pompuan. Seronok ler lepas rindu nak mandi kolam kan, tu ler pasal kat rumah kat tak ada kolam renang, kolah ada ler. Banyaknyer gambo Aran, sebab Hilman mengelak dari ambik gambo. Sebab dia mandi tak pakai baju ... hehehe.


Mak Tok dan Inas .... yang maintain comel lah kunun ;)

Mak Tok datang kendiannyer, siap bawak bekal lagi. Mak Tok ingat nak makan masa singgah kat mana-mana dalam perjalanan nanti, tapi tak sempat. Jadinyer makan malam kami adalah juadah dari air tangah ibu/nenek tercinta. Memang menjilat jarilah kaedahnyer. Tak yah keluar malam-malam carik makan kan.Kebetulan ada Microwave kat dalam apartment tu, so kita orang just panas-panaskan mana-mana yang patut jer.

Iqa - posing 'peace' lagik


Mak Su dan Hilman, tak macam anak sedara dengan mak cik jer 
Hilman tak abis abis dengan Ribena dia ...

Anak sedara aku Iman dan adiknyer Inas


Lepas makan malam dan solat maghrib, kita orang pergi Queensbay Mall. Dengan tujuan nak carik stok makanan. Biasalah bawak rombongan anak anak remaja persekolahan ni kan sentiasa jer lah lapar. Walaupun tak lapo sangat sebenonyer, tapi mulut tu rasa nak mengunyah jer. Masa ni Tok Abah dan Mak Tok tak ikut, kesian dia orang. Biarlah berehat dulu sebab ke Penang drive jauh-jauh. Jadi kami ker Mall konvoi 2 keta. Nasib Mak Su dah terer drive. Memula tu ingat nak tengok wayang, but tiket terlalu lewat malam lah pulak. Aran reject, sebab dia takut tertidur. Maka kami belilah tiket jugak, tapi untuk malam esoknyer lah.



Dan kami sempat lagi ker Gurney Drive lepas ke Queensbay. Nak tengok orang Penang sambut 'Christmas Eve' di malam 25 December lah konon. Mana lah tahu ada Firework kan. Tapi tak ada pun ... huhuhuu. Aku sebeno-benonyer bukanlah tahu sangat jalan-jalan kat Penang ni, apatah lagi memalam tak ada matahari ni kan. Tapi aku betul-betul berterima kasih kat GPS yang ada dalam keta ni. Dia lah yang banyak tunjuk jalan. Kalau idak sesat barat ler aku.Eh! luper lah pulak, cerita kejadian berjalan ke Penang ni berlangsung pada cuti sekolah 24 -26, Disember 2011 yang lalu. Aku baru sempat nak up-date. Itu pun lepas di desak oleh Muhammad Hilman, "Mak bila nak cerita dalam Blog pasal pergi Penang" ... hehehe. Sori ler mak kau ni kan sebok mengalahkan PM. Perdana Menteri pun tak sibuk macam mak kau. Hehehehehe ... dah tu PM kan ramai assistant. Mak pulak semua kena buat sendiri. Eh! dah meraban lagi ...Sowi.

p/s : nanti lepas ni aku cerita kami pergi mana kat Penang yer ;)