Petang tadi masa balik dari office, bukak Klasik Nasional. Aku dah jadi suka pulak Klasik Nasional ni, mahu mahu lagi ada segmen ADILA (Aku Dia Dan Lagu) memang best betul rancangan ni. Suka dengar cerita-cerita yang dihantar oleh pendengar dan dibaca oleh Juruhebah yang sungguh sedap dan sangat-sangat pandai beremosi. Ada cerita lucu, ada cerita sedih dan ada jugak cerita yang boleh bawak pengajaran. Teringat masa sekolah-sekolah dulu, ada satu rancangan di radio namanye MEMORI. Lebih kurang sama dengan ADILA, tapi MEMORI diperdengarkan hari Sabtu malam Minggu, dari pukul 11.00 malam sampai pukul 2 pagi. Lagi lah syahdu, sebab malam sunyi dan tenang. Kalau dengar cerita-cerita kat Memori tu dan tak nangis memang tak sah. Huhuhuhu tapi selalu miss jugak sebab aku ni jenis tidur cepat.
Klasik Nasional ... kelakar betul lah bila dikenangkan, dah jadi favorite channel aku pulak. Adakah aku memang sudah tua sampai tak boleh nak terima siaran ERA dan Hot FM lagik. Memang pun ... telinga ni dah tak boleh dengar lagu rancak-rancak lagi, nak kena dengar lagu slow dan tenang jer. Yang lagi best sekarang ni, aku dah start suka lagu Keroncong pulak tu. Hahahaha ... macam tak percaya. Dulu-dulu cukup menyampah dengar Keroncong. Kalau anak-anak aku dengar, memang masing-masing ambik earphone jer lah cucuk kat handphone masing-masing. Bernanah telinga dia orang kut. Paling best lagu Rafeah Buang yang ini ... aku siap boleh berkaraoke lagik masa dengar lagu ni, terer tu ... tetiba boleh hafal lirik. Aduyai ... alamat apakah ini. Alamat dah tua lah kan, itu sebetulnya.
Abah aku ler ni, hari tu dia naik kereta aku, dia siap pergi carik channel Klasik Nasional, lepas tu siap save lagikan. Lepas tu aku pulak selalu jer tertekan , Lepas tu macam ...Eh! sedap pulak lagu kat Channel ni. membuatkan aku teringat zaman kanak-kanak, remaja dan muda belia dulu. Best sungguh bila teringat zaman dulu-dulu, sebab rasa muda jer. Terima kasih abah sebab save kan Channel Klasik Nasional untuk Kak Cik. Tadi semasa balik dari opis Klasik Nasional ada pasang lagu feberet aku (ni cerita sebenonyer, kat atas tu dah melalut sampai mana tah) ... giler rindu dengan lagu ni. Macam .... ahhhhhhh bestnyer lagu ni, dan tanpa sedar memusing tombol nak kasik kuat volume. Nak tahu lagu apa ..... tajuk lagu 'Senja Berulang Senja'. Lagu ni adalah sajak ciptaan 'Zaihasra' punyalah minat lagu ni, sampai aku hafal nama penyajak tu. Penyanyi dia Arwah Sudirman Haji Arshad. Aku memang peminat fanatik Sudirman macam orang lain fanatik kat Elvis Presley ... eh ada kena mengena ker :) :
Lepas tu terdengar pulak lagu ni, Hati Yang Rapuh by Rahimah Rahim. Teringat cerita Hati Bukan Kristal Tahun 1991 ... baru lepas grad. Teringat lagik ... teringat kat Lakunan Erma Fatima yang jadi Perempuan Simpanan A. Rahim, teringat kat Zaitun Sameon yang jadi perempuan lurus bendul teringat kat Julia Rais yang very the vogue (semua orang nak jadi Julia Rais masa ni dengan rambut kerinting maggi nyer) dan teringat juga kat Ridzuan Hashim yang memang hensem giler masa tu dan tak sangka jadi Ketua Gangstar yang botak licin sekarang ni.
Udah-udah ler tu yer, kang tak pasal-pasal segala lagu aku letak kat sini.
Al-Fatihah untuk Arwah Datuk Sudirman Haji Arshad
serta Arwah Datin Rafeah Buang. Juga Arwah A. Rahim.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di sana.
AMIN
No comments:
Post a Comment