Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, November 15, 2013

BEPANG BADAM @ FLORENTINE COOKIES @ CRUNCHY CARAMEL ALMOND - LANGKAH DEMI LANGKAH

Disatu hari yang sibuk dan sambil menyusuri Q.S. Department. Aku telah disuakan dengan biskut ni. "Oooooohhhhh sedap nyer. Macam mana korang buat, ada resepi tak?" tak cukup sekali mencekau biskut yang dalam bekas tu, terus tibai satu lagi. "Senang jer Kak Fairos, nanti Al hantar resepi kat Whatsapp". Hah ... lebih kurang gitulah ceritanyer. Orang dulu dulu panggil Bepang jer kuih ni, aku memang suka kalau apa pun berkaitan dengan kacang nih. Bepang selalu dulu beli kat kedai runcit jer, kacang tanah biasa dan agak tebal dan keras. Tapi sekarang ni dah di'komersialisasi'kan, pakai kacang Almond dan beberapa benda lain yang disatukan dan memang sangat sangat sedap. 

Ni ha ... aku tempekan resepi seperti yang diberikan oleh adik opismate ... Norazlila, terima kasih banyak banyak yer. Benda yang sedap elok dikongsi bersama. Tak gitu. Aku siap tunjuk langkah demi langkah lagik. Ikut jer, sure jadik punyer. Sangat simple dan mudah dan cepat siap dan cepat boleh makan :)






Cepat ... kasik copy & paste ini resepi.




100gm Pumpkin Seed (kaler ijau) 
250gm  Almond Flakes/Sliced 


Bila dah koyak dan keluarkan isi, baru teringat nak hambik gambar
Nasib baik tak buang dalam tong sampah lagik
Siap ada harga di situ ... hehehee
dia suruh pakai kuaci itam, aku jumpa yang ada kuaci hijau ... belasah jer lah
Almond tu 50gm lebih dari resepi ... aku masukkan ajer, lebih sikit kacang almond ;)



100gm Black Sesame Seeds 



100gm Tepong Florenta

Yang ini bahan utama, tak ada bahan ni tak jadi bepang korang
Tapi kat kedai aku tak jumpa dia jual hanya 100gm jer
dia jual 500gm sekali yang berharga RM18.50
Tak tahu lah kalau kedai lain lagi murah.
Tapi Tepong Florenta ni ada banyak jenis
Ikut suka lah nak beli jenis yang mana satu



Peringatan : Tepung Florenta yang berlebihan harus disimpan didalam peti sejuk
Tidak boleh disimpan di luar sebab nanti dia akan mengeras kalau kena angin luar




First : Kasik bakar Kacang Almond dan Kuaci hijau di dalam ketuhar selama 5 minit sahaja



Masukkan dalam bekas lain, ikut suka korang ler
kalau tak alih bekas pun tak per
tapi sebab aku nak guna bekas pembakar tadi maka aku alihkan ke tempat lain


Almond dan kuaci yang telah dibakar kemudian di campur dengan bijan itam



Timbang 200gm Tepung Florenta



Campurkan tepung florenta dengan semua kekacang tadi




Sebatikan semua bahan



Masukkan dalam bekas pembakar



Ratakan nipis ... aku dapat dua bekas ni untuk satu adunan



Lastly ... masuk dalam ketuhar dan bakar 
selama 10 minit dengan suhu 160 deg celsius
aku pakai api atas bawah



Tarraaaa  - siap di bakar



Peringatan : kena potong sejurus keluar dari ketuhar
Masa ni lembik lagi, jadi senang nak potong
kalau dah keras memang ler susah nak potong dah




Situasi tengah memotong, sambil angkat pelan pelan
Masa ni best sangat dah dapat tengok hasil
Lepas tu mana-mana yang tak elok tu masuk mulut
Hahahahaha





Siap ...... dan HARUS di simpan dalam bekas kedap udara
Benda ni sekali hadap jer boleh abih 
Sebelum ni makan kat rumah orang jer masa raya
Sekarang dah boleh buat sendiri . Alhamdullilah


Tuesday, June 26, 2012

LAPIS MARIE CHEESE - langkah demi langkah

Aku ni kengkadang kalau datang rajin ... rajin lah sesangat. Tapi kalau datang malas ... memanglah malas sesangat. Orang berduyun-duyun order minta Kek Coklat pun aku tak buat. Macam mana lah nak jadi bisnes women yang berjaya. Memang tak berjaya lah kalau gini cara. Macam resepi ni lah. Punya lah lama aku simpan buat pekasam. Tetiba di suatu hari Sabtu tu, cas rajin aku datang tanpa di undang. Hehehehe ... sanggup singgah LMC (Kedai Jual Bahan Buat Kuih) kat Bukit Rahman Putra dan di sapa oleh Mandy si tokeh kedai sebab dah lama tak nampak aku singgah kedai dia. Maka itu marilah kita mengecaskan aura rajin masing-masing. Meh ... aku tepek kan cara buat Lapis Marie Cheese ni, step by step lagik. Credit to Blog The Kitchen Guardian , Kak Long aku yang kenalkan aku Blog ni... seorang blogger yang sangat berkerjaya baik dan tukang masak yang sangat rajin. Blog ni memberikan resepi-resepi yang sedap sangat, bukan tu jer gambar makanan dia pun lawa-lawa belaka. Selamat mencuba ;)



Antara bahan nyer  : Biskut Marie perasa Original dan Coklat



300ml Whipping Cream : Kasik putar jugak
sampai bila terlangkupkan bekas tu
dia tak akan jatuh :)



250g Tatura Cream Chesse : Kasik Putar
aku lupa nak kasik keluar peti ais awal awal
so kenalah potong kecik kecik



250g Condensed Milk
Di putar bersama-sama Cream Chesse yang kat atas tu



Ginilah rupa bila Cream Cheese dah dicampur dengan Susu tadi yer puan-puan
Yang kat atas mangkuk putih tu adalah Whipping Cream yang telah di putar
MAKA itu, haruslah dicampurkan Cream Cheese dan Whipping Cream itu bersama-sama
Sampai dia sebati dan sehati sejiwa bak isi dan kulit :)



Sambil itu letakkan lah alas baking paper kat acuan yang akan digunakan
Aku buat dua, sebab rasa-rasa macam banyak lah pulak kan
Tapi yang dapat 1 tu penuh sampai atas, 1 lagi dapat setengah jer


Susun biskut marie original kat bawah acuan 
dan letak cream yang dah dicampur tadi (whipping cream dan cream chesse)
Then letak biskut marie kaler cekelat pulak



 Di ulang-ulang ... sampai lah abis 
Atau sampai dah penuh acuan



Ginilah lebih kurang nyer ...



Kemudian ditabur lah dengan seradak biskut yang telah dihancurkan
nak kasik cantik lah konon nyer kan



Gini lah lebih kurang nyer ......................... 



Last Sekali letaklah Shredded Cheddar Cheese ... aku tak letak banyak
Lepas tu masuk kan dalam peti ais semalaman
Kalau rasa tak sabo nak makan
Tak yah tunggu semalaman ... tunggu dia beku sikit pun jadik ler

Wallah !!! mak aku dan anak anak serta anak anak buah sangat suka
Kejap jer abis ... sangat puas ati

Kat sini aku tepekkan resepi original dari The Kitchen Guardian untuk tatapan bersama




Ingredients
1 packet Marie biscuits, plain
1 packet Marie biscuits chocolate
300ml whipping cream
250g cream cheese
250g condensed milk
about 50g shredded cheddar cheese, I used Bega

Method
Line a square 7 inch loose bottom cake tin lined with baking paper.
Whip cream cheese until light, add condensed milk, whip until well incorporated. Whip in whipping cream.
Arrange plain biscuits on the base of the cake tin, spread a layer of the whip cream condensed milk and cream cheese mix, alternate with choc marie and keep on layering till you use up all the cream mix.
I crushed the top of the cake with plain biscuits and then scatter shredded cheese on top.
Cover with a cling film, and chill in the fridge for at least one night.



Thursday, January 6, 2011

CARA BUAT KEK YANG PALING SEMPOI

Aku tersangatlah letih malam ni. Balik kerja tadi, temankan anak anak study. Lepas tu start mendobi, lipat kain dan gosok baju. Jadinyer kepala adalah buntu nak pikir apa nak update. Jalan jalan kat FB ... jumpa lak dengan Video Clip cara buat Kek Molten (Zia, tetiba teringat umah nenek Zia kat Kg Morten tepi Sungai Melaka tu). Giler kentang .... memang paling mudah yang penah aku tengok. Ingatkan buat kek cekelat aku tu dah paling simple ler, rupanyer ada lagi simple. Aku memang suker sangat ler cuba resepi mudah macam ni kan, biasalah orang yang tak berapa nak rajin macam aku nih. So kawan-kawan mari kita tengok ;D Benda-benda yang baik macam ni elok di kongsi bersama.



Senang sangat kan :) Tapi seperti biasa entah bila ler aku start nak buat... ngeh ngeh ngeh.

Thursday, December 16, 2010

CURRY PUFF VERSI 'AKU'

Mood hari ini adalah ... asyik jer nak terjah Blog masak-masak. Aku puasa di 10 Muharram hari ni. Entah kenapa sejak zaman sekolah dulu lagi, kalau posa mesti aktiviti harian adalah masuk library carik buku resepi. Itu ler habit aku sejak azali. Walhal bukan nak masak pun, tapi lebih kepada menjamu mata dan ... selera orang berpuasa. Lepas tu berangan petang nanti nak makan apa. Itu lah fakta diri aku. Sungguh tidak senonoh dan boleh mengurangkan pahala puasa. Tapi habit tu ler terus aku bawak sampai hari ni. Tetiba teringat aku ada satu post yang tergantung untuk di buat. Aku suka mencuba masak, jadi tak jadi belakang kira. Adalah satu hari tu terjah resepi Kak Ida di blog dia 1001resepi.blogspot.com, nampak dia gunakan pastri jenama seperti di bawah yang senang jer nak carik kat TESCO. Ini ler bahan yang digunakan.



Macam mudah jer lah pulak ... hmmm resepi inti aku ikut jer macam yang pernah aku tulis di sini - inti karipap masa buat kebab itu hari. Buat banyak-banyak sekali lepas tu simpan dalam peti ais. Boleh dipelbagaikan resepi ni. Hari tu aku ajar anak aku buat pizza pakai inti ni. Guna roti Gardenia jer, sapu majerin letak inti, letak chesse keping lepas tu makan ... tahu-tahu abis satu bantal roti dengan inti yang aku simpan buat stok dalam peti ais tu.


Ini salah satu bahan jugak lah yang aku gunakan.
Kepingan chesse tu emergency kalau yang kat atas tu abis :)



Susun kepingan pastri yang telah dinyahbeku kat dulang pembakar


Letak lah inti sesuka nak banyak mana


Letak cheese kat atas inti ...
lepas tu ikut suka ler nak lipat macammana pun


Lepas lipat tu sapu ler kuning telur kat atas pastri tadi



Lepas tu bakar ... cucuk-cucuk dengan garpu ler sikit kat pastri tu


Dah siap pun ... sangat senang dan sedap (bagi aku dan anak-anak ler)
Walau sangat tidak cantik macam terjual kat kedai tu
Aku ni kan amatur lagi ;D


Tak cayer tanya budak ni ... kejap jer semua tu abis
Kalau Hilman dia cecah dengan cili sos

S.E.K.I.A.N ;D

Wednesday, December 1, 2010

KEBAB VERSI ORANG MALAS

Orang malas tu macam aku bukan korang ... nak makan kebab tapi malas nak buat yang macam betul-betul jual kat kedai. Memandangkan sekarang ni cuti sekolah, jadi aku ada banyak masa pagi sebelum ke opis. Sebab tak perlu gosok baju anak dan tak perlu hanto ke sekolah. Jadi sarapan musim cuti ni selalu ler berat-berat macam goreng mee, nasi goreng, nasi lemak, mee kuah. Selalu nyer aku goreng nugget, buat burger, hotdog atau sandwich jer. Aku ngaku memang tak pandai masak, takat anak aku tak sakit perut dan cirit birit tu kira dah okay lah kan ... hehehehe. So kawan-kawan tengok ler macam mana kebab versi orang malas ni yer. Malu sebenonyer kat Kak Anim dari mykitchen.blogspot.com dengan Kak Ida dari 1001resepi.blogspot.com yang memang Sifu memasak ni kan. Tapi hentam jer lah ... sila-sila perhatikan resepi step-by-step yang tak semenggah nih yer ;D


Bahan-bahan yang diperlukan adalah
Selabu Bawang,
2 Biji Ubi Kentang,
Daging Kisar
dan Sepeket rempah kari.



Dan juga sepeket Roti Paratha tak kisah ler jenama apa pun
sebab roti jenis ni ada poket boleh isi isi filling
Nak cerita nih, kat gambo tu punyerlah tebal isi dhal dia
bila yang betul nyer tak tebal macam tu pun ... hampeh.
Tapi tak per lah tak tebal pun sebab aku nak isi dengan benda lain kan.
Kalau pakai roti Arab pun boleh gak, asalkan roti tu ada poket :)


Bawang potong Dadu
Kentang Potong Dadu
Serbuk kari kasi campur sikit air dan asam jawa yer.
Macam nak buat isi karipap ler lebih kurang tapi tak cukup syarat ;D
Lepas tu serbuk kari ni kasi mandi kat daging ... biar dia meresap


Tumis bawang kasik wangi
Masuk Daging yang di mandikan dengan rempah kari tadi
Lepas tu letak Kentang
Letak Air sikit ... perlahankan api
Kacau ler sikit-sikit, tak mo kasik hangit


Masak sampai kering yer puan-puan
Jangan lupa letak garam secukup rasa :)
Lepas tu boleh ditutup api nyer


Aran tak sempat-sempat nak makan dengan Roti Paratha
Roti Gardenia pun boleh ler
Kes lapar tak leh nak tahan ler ni


Then Roti Paratha tu masak ikut instruction kat plastik tu
Bila dah cantik masak nyer, di potong dua yer
Lepas tu boleh ler dimasukkan isi
Macam gambar kat atas tu ... boleh ler dimakan selepas itu

p/s : Kak Anim, jangan gelakkan saya yer ... saya ni budak baru belajar
hehehehe ...

Thursday, October 28, 2010

LEBIH JAWA DARI ORANG JAWA


Aku bukan orang Jawa tapi inilah makanan feberet aku ... TEMPE. Setakat ni aku tak jemu lagi makan tempe, dan ianya akan sentiasa jadi makanan kegemaran aku. Kat rumah lak, aku sorang sorang jer lah yang makan Tempe, walaupun dikelilingi anak anak berketurunan jawa. Lain dah rupa bungkusan tempe ni, kalau dulu-dulu dibalut dengan daun, sekarang ni dia orang bungkus kat plastik jer. Kalau aku terhingin sangat nak makan, sepapan plastik tempe tu aku goreng garing garing lepas tu cicah garam. Ratah macam tu jer ... sodap. Tapi lagi sedap kalau balik rumah Mak Klang ... mak masak sambal goreng yang ada campur-campur dengan ati, paru, daging dan tempe tu ... sedapnyer. Sampai hari ni aku tak tahu masak benda ni, tahu makan jer ;D.



RESEPI SAMBAL GORENG

Bahan - bahan

10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo daging
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah(sederhana besar)
tempe,tauhu potong kecil dan goreng.
daging,direbus potong kecil kemudian digoreng
Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan


¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula, garam, perasa


Cara- cara
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.

2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.

4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula,garam,dan perasa dan santan pekat, jika suka boleh bubuh petai.

5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.


Credit to this blog untuk resepi di atas ...terima kasih :)

p/s : masa dulu-dulu tengok kat computer ada tertulis Java Script ... aku ingatkan itu tulisan untuk bahasa Jawa ... hik hik hik budusnyer aku. Yer lah aku bukan celik IT pun sampai ler sekarang, duk rabun dan teraba-raba lagi :)