Showing posts with label Zia. Show all posts
Showing posts with label Zia. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

GATHERING DI MELAKA

SABTU, 29 September 2012

Assalamualaikum,

Baru berpeluang nak update post pasal Gathering di Melaka Sabtu lepas. Aku ambik cuti Sabtu tu, sebab  patutnye aku bekerja. Nasib baik cuti banyak lagi, dah dekat akhir-akhir tahun ni memang patut pun untuk di abiskan. Huhuhuhu ... Aku tersangat excited nak jumpa kawan-kawan lama. Last sekali jumpa masa berbuka puasa bulan Ogos baru-baru ni. Tapi itu pun tak dapat lama-lama, tak puas rasanya. Ramai juga tak dapat hadir masa majlis berbuka kat Intekma tu. So kali ni sekali lagi ada peluang untuk berjumpa, itu yang teruja sangat. Balik jer kerja hari Jumaat tu, sarung Apron terus ler ke dapur nak mem'baking'. Nasib baik kek cekelat dah buat awal lagi. Tak lah sibuk sangat, tinggal nak buat Red Velvet Cup Cake jer. Dan akhirnyer siap pada pukul 12.00 malam. Entah hapa-hapa rupa cupcake aku. Sebab malas punya pasal aku celup dalam butir-butir berkaler jer. Hehehe...
Buat Cup Cake Red Velvet sambil ber'tenet'


Kali ni perjalanan ke Melaka semua anak-anak aku tak ikut. Kak Long nak study for SPM, Hilman ada Dinner Pengawas pukul 4 petang, yang sah-sah tak sempat nak balik semula. Aran pulak kena demam campak, jadinyer kena berpantang duk umah jer. Nasib baik aku ada 'back-up' baik punyer. Mak aku memang pantang di ajak, pergilah mana pun sudi jer nak temankan. Kengkadang keta aku jer tak cukup space nak bawak, ni yang bercita-cita nak beli bas ni. Huhuhuhu... 


Angah bawak Blurberry Cheese Tart yang sangat sedap ... nyesal tak tapau banyak banyak
Mak Tok tanya nak bertolak pukul berapa, aku cakap "Pukul 9 mok". Hehehehe ... pukul 9 aku tu dah jadik pukul 10 pagi. Mana tak nyer, aku kena lah sediakan bekalan untuk anak-anak yang nak ditinggalkan kat rumah. Nanti kelaparan pulak anak-anak burung semua. Manja-manja anak aku nih. Walhal ada jer makanan sejuk beku kat Freezer tu. Lastly keluar rumah pukul 9.30 pagi. Mak aku kata, "Aku dah agak dah, kalau pukul 9 kau tu mahu pukul 10" hehehehe ... sayanggggg mak tok, faham bebeno perangai anak dia yang sentiasa sibuk ni kan (alasan tak leh pakai, sibuk lah sangattttttt).

 Along bawak sambal telur. Zia dan Tajul  bawak ayam golek. Yang lain Miza masak termasuk nasik impit.

Kami kena singgah, erk ...kena ker . Hehehehe ... tak lah, singgah dengan rela hati di Mantin. Sebab nak jemput BFF aku, Rozilin @ Ucu yang duk dan kerja kat sana. Rozilin ni officer Maybank dan rumah dia betul-betul sepelaung jer dari pekan Mantin. Ucu bawak anak-anak dia, Alia yang kebetulan bercuti seminggu dari A-Level kat Lembah Beringin dan Amar yang petah berkata-kata macam mak dia. Tersesat jugaklah masa memula tu. Salah masuk jalan sampai Bangi pulak. Patut masuk belah Kajang ke Bukit Kajang dan masuk Highway LEKAS. Sampai kat rumah Ucu dah dekat pukul 11 masa tu. 


Satay Fujie dan Hasnol bawak, Masak lemak pisang dan asam pedas tetel Miza masak jugak

Masuk balik ke PLUS Highway ikut Nilai. Perjalanan agak tersekat-sekat di antara Nilai dan Seremban, Port Dickson dan Senawang. But sumpah tak terasa, dah tu asyik pot pet pot pet jer dengan Ucu dan mak, aku tahu-tahu dah sampai Air Keroh dalam pukul 12 lebih dekat pukul 1 gitu. Aku lupa pulak kat mana rumah Miza ... tempat perjumpaan kami. Nasib baik ada Angah yang sanggup tunggu tepi jalan lepas Tesco Cheng ... Sowi ler Ngah, aku salah masuk lorong, dah tu nak buat U-Turn banyak lak kereta. Bukan Angah jer ada tunggu aku, Along pun ada sebab dia pun tak tahu rumah Miza kat mana. Hehehehehe ... setia korang tunggu Acik kan ;) Sayangggggg korang.


Kek Secret Recipe, Shikin dan Sham bawak, Tepung Pelita Along bawak,
Rojak dan kuah rojak pun Miza punya.

Sebeno-benonyer acara makan-makan ni pun disekalikan dengan Resepsi Miza yang telah di ijabkabulkan beberapa bulan yang lalu. Punya lah lama, baru sempat kita orang nak meraikan beramai-ramai. Tapi biasalah, ramai klik duk KL nak pergi Melaka bukan dekat. Maka adalah muka-muka kat bawah ni jer yang sempat berkumpul di hari yang indah ini. Tapi  kalau nak tunggu semua kita free ... memang tak ada lah akan terjadi kejadian yang di ingini ni. Miza ni lecturer di UiTM Melaka ... cepat-cepat ler pindah KL Miza, senang kita nak bergather-gather lepas ni kan.



Dari kiri Fujie, Miza, Aku, Ucu, Angah, Zia, Along, Shikin dan anak bujangnya. Yang teruna ganteng tu pulak dari kiri Hasnol, Mahyuddin, Tajul dan Sham. Seronok bila dah jumpa kawan-kawan ni. Kami semua sebaya. Biasalah bila dah jumpa rakan sebaya, terasa macam bebudak balik, macam zaman kat ITM semula. Agak-agaknyer anak-anak tengok perangai mak bapak pun tercengang. Buruk nyer lah perangai ... dengan suara bercakap bervolume maksimum masing-masing, dengan hilai ketawa yang kalau pontianak dengar pun pengsan. Hahahahahha ... hilang dah control ayu dan jelita masing-masing tu. 



Inilah antara BFF aku, kawan sehidup semati ... Insya ALLAH. Ni pun tak cukup ni, ada lagi ... sebab Baa dan Yong tak dapat nak datang. Dari kiri Zia (awet muda selalu), Acik, Along, Ucu dan Angah. Perasan tak nama panggilan kita orang sesama sendiri. Sebab kita orang ni dah macam adik beradik, mak kau mak aku, rumah kau rumah aku ... dah tak ada rahsia langsung antara kami, malah kita orang lagi rapat dari adik beradik sendiri kut. Hehehehe ... Along sebab dia anak sulung, gitu gak lah dengan Angah dan Acik ikut ranking keluarga kami dan Ucu sebab dia termuda antara kami begitu jugak dengan Zia yang termuda. Nama Ucu dah direbut dahulu oleh Rozilin. Teringat masa duk kat ITM Dungun, bila siang bilik Acik, Along, Angah dan Yong adalah 4 orang, tapi bila malam bilik yang 4 orang tu dah jadik 8 orang kengkadang, sebab bilik kita lah yang jadik pot semua orang berkumpul. Macam nak pecah kecoh dan riuhnyer. Memori terindah kami. Kalau boleh diulangi lagi ...

Geng ni jugaklah yang 'matchmaking' kan jodoh untuk adik bongsu kami Zia, dengan Tajul. Tajul classmate Acik dan Angah. Zia pulak housemate kami dan classmate Along. Tak sangka matchmaking kami menjadi dan berkekalan jodoh nyer hingga ke hari ni, hingga kehujung nyawa hendaknya jodoh kalian. Amin. Kita orang sayang korang berdua sebab korang lah simbol persahabatan kita. Sob sob sob .... sebaklah pulak.



Macam dah nak ambik gambar Kelas of  the Year 2012
Semua murid murid tua. Semua dah bulat-bulat.
Zia dan Shekin jer yang kekal slim :)



Freestyle kata nyer ... 



Hasnol tukang baca doa selamat dan di aminkan kami semua



Geng ibu ibu berkumpul dan bergossip



Ucu dan amar dan Zia ...


Mak Tok tengah berselera habiskan satay, bertemankan Along ..
Along kau makan ulam jer ker, nasik tak nampak langsung.



Ucu and Family, baiknyer Alia suapkan adik dia.
Dah lah pandai, bakal ke UK tahun depan rajin lak tu
Nasib baik ler Acik tak ada anak lelaki baya kau Alia ... hehehehe



Seronok sungguh bila dah berjumpa. Lupa diri, lupa masa dan lupa jugak nak balik. Hehehehe ... macam sayang jer nak tinggalkan korang. Keluar dari rumah Miza dah pukul 5 petang. Then Acik, Acu dan Along  sambung berborak pulak dirumah Angah di Kerubung. Solat asar dan maghrib. Alang alang dah sampai Melaka kan semua tempat nak singgah. Kat rumah Angah makan lagi, dia sempat beli jagung manis masa on the way nak balik rumah dia. Maka kami dijamu dengan jagung rebus dan cokodok jagung pulak oleh Angah. Keluar dari rumah Angah dah pukul 8 malam masa tu. Nasib baik lah Melaka - KL tak berapa jauh. Along pulak bermalam di rumah atuk dia kat Alor Gajah. Sedar tak sedar, kawan rapat aku ramai orang Melaka rupanyer. Orang Melaka, walaupun cakap dan kata-kata dia orang kasar tapi dia orang sangat baik hati, ambil berat dan ramah orangnyer. Sementelah aku pun memang kasar sahaja kalau berborak dengan kawan kawan rapat aku nih. Hahahaha.... Aku sayang korang semua ... semoga ukhwah kita sampai ke hujung nyawa hendaknya. AMIN

nota kaki: Along dan Angah ... korang lah manusia pertama yang mengajar aku menggunakan perkataan 'AKU' dan 'KAU' bila bercakap. Yang sebelum tu aku hanya pandai berbahasa 'Saya' dan 'Awak' sahaja. Sampai korang denda aku  bila terlepas cakap 'saya'. Hukhukhuk ... korang jahat tapi aku sayang korang sangat-sangat. Muah muah muah ...

Tuesday, January 10, 2012

DI PERTEMUAN ITU ...

Jumaat, 30 Januari 2012

Kita ni kalau merancang untuk berjumpa, punyerlah payah nak tertunai, tapi kalau tak rancang, rasa nak jumpa jer terus on. Bermula dari chit chat kat FB maka terjadi ler perjumpaan ni. Kebetulan Zia dan Along kerja kat kawasan yang sama, Mid Valley Kuala Lumpur. Zia ajak, aku kata on, Along kata on ... apalagi aku terus apply cuti setengah hari, kebetulan kena abiskan cuti tahunan yang ada. Turun pulak ke Mid Valley hari Jumaat masa lunch hour, walaweh .... punyerlah ramai orang. Bayangkan nak masuk parking Mid Valley jer pun aku kena tawaf bangunan tu sampai 2 kali. Patutlah ramai datang sini naik public transport kut. Lastly dapat gak parking, cantik punyer. Tak yah jalan jauh, tetiba dah sampai 'Exhibition Area' kat tingkat 3 jer. Alhamdullilah dipermudahkan.

Mid Valley - deko Sambutan Hari Natal
Masa tengah tunggu sahabat tercinta :)


Along dengan Zia dah cuak aku tak datang, sebab lambat sangat. Mana taknyer nak masuk pintu parking pun dah dekat sejam. Nasib aku cuti, kalau idak alamatnya aku balik opis balik ler hehehehe. Zia sampai dulu baru Along, then Zia cakap dia nak belanja kami sempena Birthday aku... terima kasih dear :)

Pastis Cafe @ The Gardens - tempat melepak

Dua orang ni heret aku pi The Gardens Mall sebelah Mid Valley. Lawa tempat makannya. Kalau aku sesorang memang ler tak masuk. Hehehehe. Makan-makan, minum-minum, borak-borak dan makan-makan lagi.

Along & Zia makan yang ni - Steak Ayam


Aku makan yang ni pulak - Fettucini Carbonara

Sumpah duk situ dekat 2 jam lebih tak terasa langsung. Sampai opis Along call, tanya dia kat mana ... hehehehe. Seronoknyer lah rasa, lama betul tak jumpa korang. Terlerai rindu-rinduan. Kalaulah ada Angah sekali dengan kita mesti lagi best, tapi Angah jauh sangat kat Melaka. Noted : inilah kawan-kawan satu rumah/bilik dengan aku masa kat ITM Dungun dulu. Ketawa, menanggis bersama. Segala rahsia yang bukan lagi rahsia antara kita. Dah macam adik beradik sendiri. Mak kau aku kenal, mak aku kau kenal ... dah nak macam mak sendiri. Ini lah antara kawan kawan yang paling rapat dalam hidup aku. Kalau aku sedih mesti aku carik dia orang nak melepaskan kesedihan ... begitu lah sebaliknya.



Kat meja tu dia orang alaskan dengan kertas putih bersih - siap ada pensil lagi
Apa lagi abis alas meja tu kita orang conteng-conteng masa bercerita

Semoga persahabatan yang kita jalin sejak umur 25 tahun yang lalu ini akan berkekalan hendaknya. AMIN AMIN AMIN. Aku sayang korang semua.


Zia ... terima kasih untuk hadiah ini :)
ohhh dan Fridge Magnetic dari Europe tu ye