Thursday, February 19, 2009

HAPPY BIRTHDAY HILMAN !







Hari ini Muhammad Hilman Hashim genap berumur 10 Tahun. To be precise, sepatutnya pukul 5.30 petang nanti. Dalam 4 orang anakku, Hilman sorang jer yang dilahirkan petang, yang lain semua pagi. Dalam 4 orang ni jugak, Hilman lebih cerah dan gebu dari yang lain. Ingat lagi masa lahirkan dia, waktu tu hari Jumaat. Takut jer abah dia tak sempat nak temankan dalam labour room, sebab nak pergi solat Jumaat. Tapi nasib baik sempat.




Memang teruja sesangat masa melahirkan Hilman, sebab... dia anak lelaki pertama kami, selepas melahirkan dua anak perempuan berturut-turut. Tak lah susah sangat nak lahirkan Hilman, walaupun dia beratlah jugak 3.5Kg. Tapi tak leh kalahkan Aran 3.8Kg. Masa keluar tu tak ler nampak sangat dia macam mana, sebab aku dah tak fokus. Almaklumler, penat giler, menahan sakit dari semalam. Semua anak-anak ku sebelum nak bersalin keluar darah dulu. Bila dah keluar darah tu, alamat sehari semalam ler kena tahan sakit.






Bila dah dimandikan di azankan, baru perasaan dia ada tanda lahir. Kat kepala belah kiri ada sebesar duit 20 posen tak berambut. Memula cuak jugak, aik masa lahirkan tadi tak forcep pun. Tapi doktor kata itu 'Birthmark' dia, dan tak yah risau, tak akan ada effect pada otak atau kepala dia, cuma tahap kehenseman dia kurang sikit ler, sebab tak berambut. Really sampai sekarang, part tu tak berambut. Penat nak jawab, bila pergi mana-mana mesti orang tanya ' Eh, kenapa kepala dia, jatuh ker?', 'sakit ker?'. Sampai tak larat nak jawab. betul. Hilman pulak waktu memula dulu pandai tak nak potong rambut pendek, takut orang tanya, dulu kalau gi memana mesti pakai cap, sebab malas nak jawab kalau orang tanya. Tapi sekarang dia dah tak kisah, dah redha ... hehehe. Tapi Hilman tetap hensem kat mata mak.






Selamat Hari Jadi Sayang ...

semoga berjaya dalam pelajaran, sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah. Amin

Wednesday, February 11, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN NUR FARHANAH



11 Februari 1995, 14 tahun yang lalu, lebih kurang pukul 11.oo pagi ++ dekat PUSRAWI, Sungai Buloh, Selangor. Kak Long dilahirkan. Masih mak ingat lagi, hari tu hari Sabtu. Susah jugak nak keluarkan Kak Long dari perut mak, maklumlah anak sulong, mak tak ada pengalaman, hanya berpandukan buku jer. Nyaris nak kena hantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Giler hapa, dah lah sabtu, nak masuk tengahari pulak tu, bayang kan kesesakan Sg Buloh nak ke Kuala Lumpur. Macam tahu pulak dengan keadaan, baby keluar awal setelah diberi amaran. Phew..... lewat keluar tu bukan apa, dah doktor bagi epidural, so mak dia pun relax ler, rasa tak sakit sangat, tahu-tahu doktor kata takut baby lemas.




Anak mak keluar sehat, berat 3.3Kg. Wah berat tu, dan panjang jugak. Waktu mula-mula doktor suruh camkan jantina pompuan ke lelaki, mak pun dah tak larat nak cam. Siap mak kata "Tak pasti ler doktor" huahuahua...mak dah penat sangat waktu tu. Mengigil gigil badan sebab dah habis perah tenaga, ditambah pulak dengan air-cond yang sejuk giler kat labour room tu. Tapi yang mak tahu, mak nangis sebab mak dah berjaya jadi Ibu......




Kak Long... memang advance. Cepat dalam segala hal sampai mak pun terkejut. Dia dah boleh jalan waktu umur 11 Bulan ++. Dah boleh cakap waktu waktu umur 12 Bulan, dan boleh baca Al-Fatihah waktu umur 14 Bulan ++. Cerita feberet dia waktu tu A.L.O.N.G = ALONG. Yang ada Siti Sifir tu. Dia pandai ajuk berlakun stail 'Pak Uda' Pi Mai Pi Mai Tang Tu berjalan. Kelakar, kelakar.... kuat makan jugak. Batu dengan kayu pun dia nak makan, bukan reti hapa pun. Comel sangat waktu tu. Tapi kesian waktu umur tak sampai setahun sebulan dah dapat adik. Tak puas bermanja, dah kena share abah dengan mak dengan baby lain. Sebab tu Kak Long advance, umur 4++ tahun dah pandai baca, umur 6 tahun dah pandai minta belikan berbagai buku cerita. Tahun 4 dah start baca novel mak, dalam masa 2 hari boleh habis. Mak tak habis baca, kak long dah habis dulu. Sampai kan boleh buat sinopsis dekat mak. Dan selalunya mak akan kata "Jangan cerita".




Kak Long selalu membanggakan mak dan abah, setiap tahun ada jer hadiah kecemerlangan yang Kak Long dapat. Dan setiap tahun mesti muka mak ada kat dewan sekolah, tengok Kak Long terima hadiah. Kekalkan kecemerlangan itu yer sayang......




Cepat nya Kak Long membesar, sekejap jer dah 14 tahun. Macam tak percaya. Kak Long lah anak mak, Kak Long juga sahabat baik mak, yang boleh mak cerita segala-galanya, suka dan duka mak. Mak tahu Kak Long lah orang yang paling memahami mak. Tahu perasaan mak. Faham dengan perangai mak. Sebabnya Kak Long memang cepat dewasa dari sepatutnya. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan Kak Long untuk mak. Menjadi tulang belakang mak, dan mendengar keluh kesah mak selama ini...






Doa mak semoga Kak Long menjadi anak yang soleh dan mendengar kata, berjaya dalam pelajaran dan hidup. Tak lupa diri biar pun dilambung arus duniawi. Semoga Kak Long sentiasa ada disisi mak, waktu susah dan senang, sebagaimana yang pernah kita lalui sebelumnya. Penuhi impian mak tok yang tak dapat mak penuhi. Mak percaya Kak Long boleh. Dan sentiasa ingat Mak sayangkan Kak Long ...... Selamat Hari Jadi Sayang

Wednesday, January 14, 2009

HILMAN DAN ARAN



SURUH LAH ANAK

ANAKMU BERSEMBAHYANG

SEDARI UMURNYA 7 TAHUN

BIMBING MEREKA LAKUKAN KEBAIKAN

HIDUP DAN MATI KERANA TUHAN

Aku selalu nyanyikan lagu ni pada anak-anak aku (suara mak sedapkan anak-anak..hehehe). Dan selalu aku nyanyikan pada Aran, dia buat countdown harijadi dia yang ke tujuh, aku pulak duk la asyik nyanyi lagu ni untuk dia.

Sejuk perut aku, sekarang ni dah tak payah suruh, bila nampak je abang pergi ambik air sembahyang, bentang sejadah, dia automatik akan duduk berdiri sebelah abang dia. So comel, dengan tubuh dia yang kecik duk sebelah abang yang besar tu.

Malam tadi waktu mereka berdua solat, kebetulan aku kena temankan dia sebab dua-dua pun penakut : kak long selalu kata "mak tau tak, sebenarnya mak bukan ada 2 je anak pompuan tapi 4 orang sebenarnya" dia nak refer kat adik-adik lelaki dia yang sememangnya penakut giler. Then waktu aku solat tu, aku tengok laju betul pergerakkan Aran, Hilman slow sebab dia sakit kaki baru lepas latihan merentas desa. Then abang dia komplain kat aku.

Hilman : Mak tau mak, Aran, waktu semua pergerakkan dia baca al-fatihah .... waktu rukuk, sujud, tahayat.

Aran : Hari tu kan mak kata, baca jer al-fatihah. Hehehe

Aku : Senyum, sambil berkata Nanti Man baca la kuat-kuat suruh adik dengar. Tak per Aran, nanti Aran belajar pelan-pelan ya.

Aku selalu jugak solat bertiga dengan anak lelaki aku ni kalau waktu tak uzur, dan baca kuat-kuat, supaya dia orang tau nak baca apa pada setiap gerak solat. Tapi Aran selalu lupa then komplain dia kata mak baca laju sangat. Ingat lagi dua tiga minggu, mesti sekolah akan buat Kem Solat, dah jadi acara tahunan dah tu. Alhamddullilah, Hilman dah nak khatam Quran kali kedua, Aran pulak dan half of Quran, dan bacaan dia lancar. Terharu mak, Bukan senang nak didik anak-anak sekarang ni. lebih lebih lagi baya baya anak aku ni. Waktu besar ni lah nak kena jaga betul-betul. Tak boleh salah cakap, dia orang dah pandai, kalau kita buat silap habislah dia kena kan kita balik.

Teringat pesanan seorang kawan, dia kata didik anak-anak kena ikut peringkat umur

TAHAP 1
Waktu 1 - 6 Tahun = kita layan dia macam anak-anak, main dengan dia, bergomol dengan dia. Year macam ni best, kita pun jadi anak-anak balik, waktu ni ler abah dia akan belikan mainan yang dia sendiri tak dapat beli masa kanak-kanak dulu dan turut main sama, Waktu gini ler kita berpeluang jadi kanak-kanak sama

TAHAP 2
Waktu 7 - 12 Tahun = Ini masa untuk kita didik dia, tunjuk ajar apa yang betul dan salah. Kena tegas dan disiplin kan anak-anak waktu ni

TAHAP 3
Waktu 13 - ke atas = ini masa kita jadikan dia kawan, waktu ni lah dia orang dalam proses mencari identiti diri, pertukaran hidup dari kanak-kanak ke remaja. Waktu ni ler dia orang banyak memberontak (rebel) dan rasa diri dia orang jer yang betul. So kita kena lah jadi rakan baik untuk anak-anak kita sendiri. Selami perasaan mereka.

Aku ... tahap mana satu ...Pasti ler tahap 2 dan 3 dah. Boleh ker aku, sebab kekadang aku rasa aku sendiri pulak masih di tahap 1. Muahahaha...







Monday, January 12, 2009

PESANAN








Dalam tak tahu nak tulis apa, sebenarnya banyak benda nak ditulis. Salah satunya, aku suka kumpul kata-kata hikmah, yang dapat menjadi panduan hidup agar lebih tenang dan tabah tiap kali dilanda musibah. So this week ....






Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga



DIA beri Kaktus berduri




Aku minta kupu-kupu



Diberi NYA ulat berbulu




Aku sedih dan kecewa





NAMUN





Kemudian, kaktus berbunga indah sekali







Dan




Ulatpun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik







Itulah jalan Tuhan, indah pada masa NYA !



Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan


Tapi DIA memberi apa yang kita perlukan.


Kadangkala kita sedih, kecewa dan terluka.


Tapi jauh di atas segalanya


DIA sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita









Thursday, January 8, 2009

INNALILLAH.....


Al-Fatihah untuk Amir Hamzah Bin Abdullah. Semoga Rohnya ditempat kan bersama-sama dengan orang yang soleh. Pak Amir, adik Hashim telah meninggal dunia pada 08hb Januari 2008, pukul 7.10 pagi - according to Hashim. Dia yang inform aku, masa tu aku tengah drive kat tempat kerja. Sedih dan sebak sangat, mengalir air mataku masa tengah drive. Aku kenal dah lama, pada awal tahun 1990, masa tu kat ITM Dungun, Terengganu. Aku dan Hashim masa tu kat semester akhir Dip. In Accountancy, dan Amir junior baru masuk kursus yang sama. Masih aku ingat dialog antara Acik a.k.a. aku dengan Angah a.k.a Firdaus... masa tu dia orang edarkan kad matrik semua junior kat senior dan aku pun ambik lah satu dari kad matrik tu.... AMIR HAMZAH BIN ABDULLAH



AKU : Ngah, ni haa...lagi satu adik kau dengan Hashim



(sebab angah tu nama dia Firdaus Bt Abdullah manakala Hashim B. Abdullah - kebetulan nama bapak sama)



ANGAH : Iya lah chik...kau panggil ler


Aku pun panggil ler, tapi tetiba aku dengan all the boys ketawa dan gelak dengan riangnya... Aik apasal....terkejut ler aku dengar angah. Dia orang cakap itu adik Hashim...Hashim masa tu dah lari...ek eleh takut orang tanya adik dia macam-macam ler tu. Tapi sumpah, tak sama langsung macam muka Hashim. Itu ler titik aku kenal dia. Lastly jadi adik ipar aku.... Tapi tak sangka hayatnya tak panjang. Sedih kenangkan Ita dan anak-anak sedara aku yang masih kecil... yang masih tak tahu apa-apa.



Aku selalu jugak melawat Amir kat Pantai Medical Centre Bangsar, masa cuti dan hujung minggu. Bawak anak-anak, sebab tak balik Klang, jadi kat situ ler anak-anak jumpa sepupu, mak cik , pak cik dan nenek dia orang, Sejak bulan lepas kita orang dah berkampung kat PMC. Setiap kali sembahyang aku doakan dia sembuh, dan aku tahu KANSER tiada ubat... hanya keajaiban ALLAH jer yang dapat selamatkan dia. Tapi aku tahu ALLAH sayang kan dia...DIa sangat baik...Allah sayang orang yang baik kan...


(Aku tengah nangis masa tulis entry ni) Aku masih terbayangkan dia. Last week aku jumpa dia kat spital. Masa tu aku urut Ita, sebab Ita sakit sakit badan tiap malam tido kat sofa dan selalu papah amir gi toilet. Ita kata best aku urut, then amir pun suruh la urut kaki dia. Aku cakap ler dgn dia orang, aku memang selalu urut orang kat rumah (mak aku selalu suruh) dan kat opis. Lagi satu yang paling aku suka, korek telinga orang. So dia pun suruh lah Ita korek telinga dia jugak. Memang dia nak bermanja dengan semua orang. Alia pulak letak losyen kat tangan tangan dia...dan itulah kali terakhir aku sentuh dan lihat dia tersenyum pada aku.



Aku 1/2 day hari ni, according to Hashim, jenazah akan dikebumikan lepas Asar. Aku nak fetch anak-anak kat sekolah, Iqa sori yer terpaksa ponteng, then terus balik Klang.




AMIR,




Akak kagum dengan mu dik

Kau kuat semangat dan tabah

Tak pernah tunjuk kan kesakitan mu

Dan di saat saat akhir mu dik

Kau masih boleh bergurau

Kau masih boleh senyum

Kau masih mengucapkan terima kasih

Pada setiap kedatangan ku melawatmu

Semoga rohmu ditempatkan bersama orang yang beriman



AL-FATIHAH



HAPPY 7TH BIRTHDAY ARAN



Happy Birthday to you



Happy Birthday to you



Happy Birthday to Aran



Happy Birthday to you...............


Selamat Ulang Tahun sayang mak...



Mak sentiasa doakan Aran dipanjangkan umur,



dimurahkan rezeki dan sihat selalu.



Mak akan sentiasa doakan Aran menjadi anak yang soleh dan beriman.



Mak akan sentiasa doakan agar Aran menjadi anak yang bijak pandai dan berjaya dalam hidup.... Amin




Dari bulan lepas lagi sebenarnya, Aran dah buat countdown harijadi dia. Setiap hari dia akan sebut "Lagi .... hari lagi hari jadi Aran". Punya lah excited. Memula tu ingat tak nak ler buat apa-apa. Tapi last minute dia kata boleh tak nak panggil kawan kawan keliling rumah. So akak pun kata ok lah, tak sampai ati nak kata tidak sebab Birthday dia lah pulak.


Aku ada ler lebihan kek cekelat untuk kenduri cukur rambut Mariyah hari tu. Hari tu aku balik awal ler sikit, sebab nak masak makanan kegemaran dia ... Spagetti dengan nasi goreng ayam. Nasi goreng tu special untuk Mak tok yang tak makan daging sebab darah tinggi dia... So around pukul 8.oo malam. Berkemundang ler nyanyian birthday untuk anak bongsu mak yang hitam hitam sitampuk manggis, sungguh pun hitam ku pandang manis, anak mak yang sentiasa kontrol macho dan nak menyemat jer lah sentiasa.


Suker nyer Aran, dapat tiup kek dikelilingi keng kawan, adik beradik dan pak cik mak cik serta mak tok dan tok abah. Dia dapat hadiah kereta kebal kontrol dari abah nya. Mainan idaman - according to Hilman. Tapi yang terover main adalah Abang Hilman, tak malu sungguh.


Gambar kendian lah yer sebab aku tertinggal kamera kat umah.



Tuesday, January 6, 2009

HARI PERTAMA SEKOLAH 2009


Hari pertama sessi persekolah tahun ni jatuh pada 05 Januari 2009. Tahun ni Kak Long sessi pagi, untuk Tingkatan 2 di SMK Bukit Rahman Putra, masih di 2RK2. Iqa pulak sessi petang, Tingkatan 1 di SMK Bukit Rahman Putra, sementara nak tunggu masuk RK. Hilman pulak sekolah pagi, Darjah 4A di SK Kuang, sama dengan Farhan Darjah 1 di SK Kuang, sekolah pagi juga.




Aran tengah kontrol macho bersama beg sekolah barunya



Aran punya ler teruja, seawal pukul 5.30 pagi dah bangun kejut mak dia...




Aran : Mak, dah pagi dah....


Mak : Ala Aran, awal lagi, mak tak puas tido ler. Pukul 6.oo nanti mak bangun ya




Aran dan kawan-kawan nya. Dah jumpa Geng tu




Ada ker patut...dialog macam tu...Anak aku yang nak masuk 7 tahun kejut mak dia. dah terbalik la pulak.




Hari ni aku tak ler kelam kabut sangat sebab Abah anak-anak nak hantar, manakala Kak Long pulak Tok Abah hantar.... Aku... kansel cuti. Terkilan jugak sebab tak dapat hantar Aran on his first day to school. Tapi tak per lah, sekurang-kurang nya waktu umur dia 3 tahun aku yang buat pendaftaran sekolah, pengesahan sekolah, pergi orientasi dia... rasa lah jugak penglibatan aku dalam menyekolahkan dia. Aran berjaya dalam ujian masa orientasi hari tu dan dia dapat masuk kelas 1 Aman - kelas terpandai lah kat sekolah tu. Bangga mak..hehehe





Aran dan Halilullah - Kawan baik dia masa kat Takis Pekan Kuang



Pagi ni sarapan simple jer, rebus sosej. Tapi lambat jugak aku gi kerja hari ni. Ingat nak teruskan hasrat murni untuk bercuti, tapi sayang pulak nak kena potong cuti. Bila dah kat rumah, leka mengemas sampai tak sedar diri dah pukul 9.00 pagi, baru kelam kabut nak bersiap ke tempat kerja. Before ke tempat kerja sempat la hantar Iqa pergi rumah kawan dia Fatin Suraya (Auntie up-date blog ni khas untuk Fatin yang suruh Auntie up date...hehehe). Iqa kata dia takut pegi sekolah sorang-sorang... ada ker.



Masa rehat kat Kantin sekolah, Karipap habis sepinggan :)


Semoga anak-anak mak mendapat keputusan yang cemerlang tahun ni, kalau boleh lagi cemerlang dari tahun lepas. Boleh kan...kan...kan...