Thursday, October 22, 2009

LAPORAN TERTUNDA - RAYA DI HUJUNG SYAWAL

SABTU, 17 OKTOBER 2009 - 28 SYAWAL 1430 HIJRAH



Dari kiri : Makaroni yang dah sedia untuk di makan dan kek yang telah siap di'topping'
Hilman dan Aran menge'test' makaroni sebelum mandi.
, Mak Tok, Iqa dan Mar'iyah.
. Tengah lepak kat luar rumah Abang Zul.



Seawal pukul 5.00 pagi aku dah bangun. Hari ni terlebih rajin lak. Sebab dah janji dengan Mak Tok nak bertolak ke Seremban pukul 9.00 pagi. Kena konvoi sebab aku tak pernah jejak kasih ke rumah Abang Zul. But biasalah aku, banyak sangat kerja nak buat pepagi. Nak mendobi, kemas rumah, buat 'Topping Cake' coklat dan sempat masak Makaroni Goreng lagi buat sarapan. Biasalah anak-anak ku yang tercinta akan merengek kelaparan kalau tak 'charge bateri' pagi pagi dengan sarapan. Apalagi nak jalan jauh sikit, macam ler Seremban tu jauh sangat kan. Tetiba aku terbabas alaggapa masa lak. Konon nak pergi pukul 9.00 pagi, pukul 9.00 pagi aku baru terhegeh hegeh nak jemur kain. Baju yang nak di pakai pun tak gosok lagi. So, Mak Tok pergi lah dulu. Terpaksalah aku men'Google Earth', print map semua. Akhirrrrrrnyaaaaaaaaaa...sampai jugak, tak lah susah sangat nak cari rumah dia, tapi terasa lah macam masuk 'Amazing Race', acik suker bab bab mencari jalan nih ;)




Dari kiri : Hilman dengan Aran main buai tak kira matahari atas kepala.
Chewah sempat Maisara dengan Aran 'bercinta' ek
Kak Long dengan Iqa seronok nak posing bawah cahaya free yang banyak
Lepas makan semua lepak kekenyangan


Lepak lah sampai pukul 2 petang, sempat lah Solat Zuhur kat Banglo Abang Zul yang cantik giler dan comel. Macam masuk showroom Vantage pun ada gak, sebab isteri Abang Zul giler Vantage. Terus lepas tu 'rushing back to Kuala Lumpur'. Masa nak keluar Seremban tu sempat lagi aku call Angah kat Melaka, dia kata dia pun baru nak turun dari Melaka. Tepon Along lak, dia kat rumah baru Uncle dia di Bukit Jelutong. Aku sampai kat Rumah Zia pun dah pukul 3.00 petang. Waktu tu tak lah berapa ramai sangat. Perut pun penuh lagi, so tak lah terasa nak makan sangat. Pot Luck Raya 2009 - ITMT Dungun Terengganu. Semua orang kalau boleh lah bawak makanan sikit sikit, tapi bila dah letak kat meja tak sangka lak banyak betul makanan yang ada.



Dari kiri : 'Teman sebilik'ku masa di ITMT yang disayangi - Along, Acik, Angah dan Yong
Gambar beramai-ramai
Still photo roomates termasuk Imah yang comei
Gambar lagi di kaki tangga


Ada Nasi Dagang, Sate, Nasi Impit, Kuah Kacang, Lontong, Rojak Buah, Laksa, Mee Hoon, Rendang, Coklat kek aku punyer (nak juga mencelah tu), roti jala, cup cakes, buah buahan dan macam macam lagi lah. Sampai tak cukup meja nak letak makanan. Seronok sungguh bila dapat berjumpa semula dengan geng geng yang hampir 20 tahun dikenali masa study dulu. Korang semua masih macam dulu, giler giler dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Yang paling ketara berbeza adalah saiz. Tapi ada gak yang maintain ayu. Biasa lah bila jumpa, terlupa tentang usia, kita masih ingat kita macam muda remaja time study dulu. Borak bagai nak giler tak hengat dunia, mengilai gilai ketawa. Pontianak pun surrender kalau dengar. Happening, havoc seronok giler tak terucap dengan kata kata.

Dari kiri : Antara makanan yang ada
Dekat nak penuh satu meja makanan
Yong, Imah, Acik dan anak sedara Imah yang cute mcm 'Chor' dia
Faie, Along, Imah, Zia, Yong, Angah dan Baa


Terima kasih lah kat Yan dan Zia, kerana sudi membuat kami memporak perandakan Mahligai korang yang cantik tu yer. Yang kelakar nyer kita memasing siap tapau menapau lagi makanan yang banyak tu. Macam kenduri kawin lak. Best best best. Makan tak abis bukan nyer apa, kenyang berborak sakan dengan geng. Macam tak sedar masa berlalu. Cemburu sungguh masa tu dengan kita. Tahu tahu dah pukul 7.30 malam. Hish... tak puas lagi jumpa korang. Kalau lah kita dapat stay lama macam duk kat asrama dulu kan best ...

p/s : sila sila lah klik gambar yer untuk penglihatan gambar yang lebih jelas dan beso ;) nak banyak gambar pot luck raya lagi leh masuk sini picasaweb.google.com/ssham98/RayaPort%20luck2009 Terimakasih bebanyak Hisham for the photo.

8 comments:

kakzie said...

akak tahun bila kat ITm?sura ujung eik?

My Life My World said...

kakzie - iyer di. Akak kat ITM Terengganu, Sura Ujung Dungun. Year 1987 - 1990. Dah lama dah tu. Tapi ikatan antara kami tak pernah putus. Iya lah pulak kan, ITM Dungun pun tak seramai orang kat ITM Shah Alam waktu tu. Tapi sekarang ni ITM Dungun dah beso berganda ganda :)

IXORAROXI said...

memang best bila jumpa kengkawan lama ni..mau lupa diri :D

kakzie said...
This comment has been removed by the author.
kakzie said...

lebih kurang tahun tu jugak la along ila dan sepupu di itm dungun..diorg amik banking..

beza asrama itm Dungun ngan s.alam tepi pantai hehehe..

dan dulu Along selalu cerita misteri bila budak2 dok nyanyi lagu ulik mayang..pastu jeng jeng...

mcm2 lagi..kalau along balik cuti ade jer dia cerita...

My Life My World said...

Kakzie - OOO iyer ke. Sapa nama along dengan sepupu Zie? Manalah tahu kenal kan. Akak ambik Accountancy. Tapi ramai lah jugak budak Business, Public Admin dengan Banking yang akak kenal. Eh eh, macam jejak kasih lak kan ;)

kakzie said...

sepupu nama dia ELLY YASMIN TAJUL HAKMAH

along RAHAYU MOHAMAD(ada tahi lalat besor kat dahi)..dan antara kawaN2 dia yg saya kenal..ZETTY AKHTAR,LILY AFRIOLA

My Life My World said...

Kakzie - Zie, macam familiar jer nama tu. Kalau tengok muka, kenal kot ;)