Wednesday, October 14, 2009

KETIKA INI SEWAKTU... WAKTU DAHULU



Beberapa minggu yang lalu, Kak Long bawak balik ke rumah gambar kelas dia. Sempat ler aku scan gambar ni. Kak Long sekarang di Tingkatan 2 RK 2, Sek. Men. Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh Selangor. Dan berjawatan Ketua Tingkatan. Itu sebab lah yang dia duk sebelah Cikgu Hayati tu. Tak ramai pun murid kat kelas dia, sebab ini adalah Kelas Rancangan Khas, bagi student yang dapat 5A untuk UPSR tapi tidak berpeluang ke Asrama Penuh. Dan majoriti 'classmate' Kak Long adalah Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Kak Long di offer jadi Pengawas tapi dia tolak, sebab dah muak jadi Pengawas Sekolah masa sekolah rendah dari Darjah 3 sampai Darjah 6. Sama tinggikan Kak Long dengan Cikgu, cuma kurang lebar jer ... Tetiba aku teringat aku... 26 Tahun yang lalu, sewaktu sebaya Kak Long.


Waktu itu aku di Tingkatan 2 Barat Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Sama ler dengan Kak Long. Waktu tu aku pun Ketua Tingkatan jugak. Sebab tu ler aku pun duduk sebelah Cikgu Shidah, sama kedudukan seperti posisi Kak Long. Dah bercucu kut Cikgu aku yang cun macam anak mami ni. Yang sama lagi, aku pun sama besar jer dengan cikgu, malah aku rasa aku lebih besar lagi kut. Hahahahaha. Dah memang terbukti aku tak pernah 'petit' sejak dulu...

4 comments:

IXORAROXI said...

oooo awak dulu bersekolah di Sabah ya...IX rasa dolu2 masa sekolah2 IX lebih lebor besor dari sekarang lahhh :D

kakzie said...

akak,
mcm tajuk lagu la pulak...:D
kite pulak lebih besor kite dari cikgu:D

My Life My World said...

Ixora - Saya bersekolah di Sabah dari Tingkatan 1 - 3, sebab Abah kena bertugas di Kem Lok Kawi. Kira ok gak Ix, ada perubahan dan kecil. Saya ni duk macam tu gak, malah bertambah membesar bagai johan ;)

My Life My World said...

kakzie - memang tajuk lagu pun dik, lagu Dwen. Tetiba, masuk lak tajuk dengan post. Adik lebih besor dari cikgu tu bukan apa, tapi sebab cikgu tu kecik sangat agaknyer. Hehehehehe