Wednesday, October 28, 2009

MARI BELAJAR MEMASAK

AHAD, 25 OKTOBER 2009






Hari ni budak pompuan yang pakai tudung hitam nih, punyer lah so teruja nak memasak. Tak sabar-sabar nak suruh aku belikan bahan untuk dia. Sanggup dahulukan duit nyer sendiri. Sanggup ikut aku pergi kedai dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ini sebab Amri ler nih. Yang menyebabkan Kak Long tak sabar sabar nak buat Puding Roti. Dengar kata Amri sukses buat puding roti sendiri, lagi lah dia tak sabar sabar nak buat. Alang-alang dah beli bahan untuk Kak Long, aku tiba tiba lah pulak rasa nak makan kek keju. Mengada-ngada sungguh ler tekak aku nih. Maka belilah sekali bahan untuk buat kek keju.





Seperti selalu kalau nak mem'baking' mesti cukup corumn, sebab semua orang berada di dapur. Mak dan Kak Long jer yang jadi tukang masak. Iqa tukang snap snap gambar sambil menjadi pembantu tak rasmi. Hilman dengan Paan jadi pemerhati setia sambil setiap saat menelan air liur sebab tak sabar sabar nak makan ;) Aku suka waktu-waktu seperti ini sebab ... di masa-masa inilah aku dan anak anak dapat mengeratkan kasih sayang :) Excited sungguh bila nak mencuba sesuatu yang baru. Macam buat eksperimen kat makmal sains sekolah pulak. Takut tak jadi pun ada gak. Yang tukang pemerhati pulak tak abis abis bertanya itu dan ini.


Ini ler hasil nyer Puding Roti Kak Long. Gambar dari kiri sekali dengan yang tengah tu adalah sebelum di masak. Yang kanan tu selepas di masak. Macam tak jadi jer kan. Huk huk huk. Pertama kali buat, so kak long pun tak dapat imagine. Asyik asyik sms Amri nak tanya macam mana nak buat. Tapi rasa not bad lah. Cuma rasa nyer kurang letak krim dan terlalu banyak roti. Tak per kak long nanti cuba lagi yer. Nak belajar tak kan terus nak perfect kan. Practice Make Perfect.

Yang ni pulak Kek Keju Mini by me. Credit to Mak Lang, aku ambik resepi dari blog dia. Senang jer nak buat, dan hasil nyer mmmmm yummy. Dan boleh mengemukkan jika diambil selalu. Hehehehe ... but aku suka sangat. Nanti nak buat lagi. Walaupun tak lah perfect sangat nyer. Kena banyak di baiki lagi. Tak per aku akan cuba dan cuba lagi. Chaiyok ... Chaiyok.

7 comments:

Mrs Taz said...

nak jugak nak jugak mmmmmmm terliur dah ni

My Life My World said...

Mrs Taz - nanti acik buatkan untuk Zia ek :) Bila dah terer sikit. Kena banyak baiki lagi.

IXORAROXI said...

sedapnya nampak kek keju tu..tak moh berenti air liur meleleh nengoknya hehehe

My Life My World said...

IXORAROXI - alahai Ix, nasib baik dah beso, kalau baby dah nak kena pakai bib dah tu. Ehem.. ehem... awak mengidam ker ;)

azieazah said...

Semua nampak sedappppp... uishh ni yang nak pi Kuang selalu nih.. hahahaa...

Tapi Kek Keju, kureng skit aaarrr... Kek Coklat tetap no. 1.. :D

Norfatin Suraya said...

pfft , nak tuntut ilmu ! nanti saye datang rumah acik ;)

My Life My World said...

azieazah - meh ler datang kuang lagi. Pintu dapur rumah saya sentiasa terbuka untuk akak ;)

Fatin - Pintu dapur rumah auntie pun sentiasa terbuka untuk fatin juga. Meh ler, kalau auntie ajar FOC tak yah bayar pun.