Thursday, October 8, 2009

BILA BERFIKIRAN 'NEGATIF'

Tak ada sangat pun nak cerita. Tapi pasal gempa bumi yang kerap melanda di mana-mana sekarang ni. Kekadang aku yang tak pernah melalui nya ni pun rasa cuak gak. Maka terjadi lah fikiran yang sebegini. Aku kalau pergi Shopping Centre, OU misalnya tak suka parking kat Basement nak tahu kenapa :

Mak Kak Long Iqa Hilman Aran

Mak, kenapa mak tak suka parking kat bawah, kat bawah best ada air terjun (New Wing OU)

Tak der la, mak takut aaaa kalau ada gempa bumi, lepas tu bangunan ni runtuh ker, kalau kita parking kat bawah orang susah nak cari kita.

Macam la kita tak pergi mana-mana kan lepas parking, mesti lah kita jalan-jalan kat shopping complex, kalau roboh waktu kita tengah shopping pun mesti orang susah nak cari kita kat mana.

A'ah kan, tapi mana lah tahu roboh masa kita tengah parking ker

Mak, jangan la cakap macam tu, Iqa tak suker aaa, takut ...

Tak lama selepas itu kita orang elok jer dapat parking kat belah atas, nearly kat tempat bumbung atas sekali, dan dah lupa pun apa yang kita borak kan sebelumnya.... tetiba

Okay mak, parking kat sini bagus, mesti nanti orang jumpa kita

Untuk beberapa saat aku dan yang lain blur jap sebab pikir apa yang Aran nak sampaikan, Nanti orang jumpa kita? Then kami start gelak. Pandai yer kau Aran, senang ek orang nak jumpa dan selamatkan kita kalau bangunan runtuh coz of gempa bumi sebab kita berada di belah atas. Hehehehehe... :)

Aran seorang pemikir rupanyer, walau pun umur baru lingkungan setahun jagung. Tak tahu lah aku, adakah kata-kata Aran tu untuk meng'negatif'kan lagi apa yang kita orang fikirkan, atau tengah perli kita orang yang berfikiran negatif tak bertempat ni.

6 comments:

azieazah said...

Ehh ke situ plak..
Kalu bencana tu nak terjadi, dok atas bukit paling tinggi pun tak mustahil terjunam ke bawah..

Heheheheh...masa shopping sakan tu mesti lupa tak hengat duniaaaa....
eh ada beli perencah cekedek tak? ikan bilis kerrr... :D

My Life My World said...

Itu ler Kak AA, kita orang ni kalau dah sorang cerita malalut, yang lain suker menambah perisa melayan cerita mengarut tu.

Alahai takat ikan bilis, tak yah cari kak, memang sedia ada kat umah pung :)

azieazah said...

uik.. kau bela ikan bilis ker kat dalam akurium tu.. hehehe... main sauk sauk jer ler yerrrr....:D

My Life My World said...

Ikan bilis saya tak duk dalam akuarium kak, dia duk dalam peti air, masuk plastik lagi. Terbukti kesegarannya lagi. Akak nak buat ker? Lagi bahan apa saya nak kena prepare nih? ;)

azieazah said...

heeeee... risau plak akuuu...

toksah la ko susah payah heehhh....

My Life My World said...

Saya tak susah kak, tak susah apa apa pun, sajer jer nak kasi akak susah sikit jer, sikit jer tak banyak pun. Boleh aik? :)