Friday, December 23, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011

JUMAAT, 22 Disember 2011


Meminjam tajuk title tahun lalu masa ambik result Kak Long. Tahun ni Iqa pulak. Aku cuti setengah hari jer tahun ni sebab kerja banyak kat opis. Tapi tak lah pergi awal pagi macam tahun lalu. Aku boleh siap pergi servis keta lagi pagi tu kat Kepong. Sempat balik umah dan ambil Iqa dengan Kak Long. Sampai sekolah jer dah dekat pukul 11 pagi. Masa sampai kat sekolah tu memang lah dah ramai orang, parking pun tak ada. Letak kereta jauh dari pintu masuk sekolah. Dah ler hari macam nak hujan kan. Adakah ini pentanda ... dalam hati aku berkata.



Kami terus terjah kantin sekolah, dah ramai dah mak bapak dan murid murid semua. Jumpa mak Fatin (kawan Iqa), borak-borak jap. Hehehe ... mak Fatin sempat semak keputusan anaknyer through sms. Dah tahu awal-awal dah result Fatin yang dapat 8A, tapi tak moh kasik tahu anaknyer lagi. Aku pulak,"Biarlah Iqa tahu secara tradisi dari slip yang cikgu dia kasik, baru thrill". Apasal aku lak yang kecut perut nih.



Duk dalam 10 minit macam tu, Iqa datang kata result dah boleh ambik kat kelas, cikgu panggil masuk kelas. Aku pun secara berduet dengan Iqa dan rakan sekelas Iqa dan mak bapak dia orang berdoyon-doyon ke kelas. Airmata Iqa dah gugur dah masa ni, tangan dah sejuk. Apa lagi bila tengok kawan-kawan ada yang dah tahu result melalui sms. Aku peluk bahu Iqa kuat-kuat dan bisik,"Dah jangan nangis, apa pun result Iqa mak terima mak tak kan marah Iqa". Lagi lah laju airmata dia. Dia tak berani nak masuk kelas, puas aku paksa. Sampai dia kena tolak masuk dengan Fatin, best friend dia tu. Masa ni Fatin dah tahu result dia dah.


Aku duk kat muka pintu masa ni, dengan perasaan cuak. Dia kena ambik sijil sekolah dulu, lepas tu kena tandatangan satu kertas, lepas tu baru mengadap cikgu. Masa ni baru cikgu kasi slip PMR dia. Iqa ambik jer dan tengok mata cikgu ... lepas tu dia terus lari kat aku tanpa melihat slip dia. Dia kata, "Iqa tak nak tengok, biar mak orang pertama yang tengok" dengan mata berair dan tangan menggigil dia sua muka depan slip kat aku.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku pandang terus slip dia dengan tangan aku yang gigil gigil jugak. Macam lah result aku kan. Sekali imbas jer aku tengok semua berderet A. Memang aku terkejut dan jerit kat dia yang tengah sedih tu,"Iqa dapat semua A". Dia terus peluk aku sambil menanggis lagi. Aku pun menanggis sama ... Huwa Huwa Huwa. Tangisan gembira. Lama gak lah kami berpeluk depan pintu kelas tu. Tak peduli orang lain dah. Lama gak lah gigil aku nak hilang.


Aku faham perasaan Iqa, dia takut sangat sebab semua kawan rapat dia dapat 8A, dan dia takut tak dapat result yang sama. Atau dia takut dia kecewakan aku. Noted : Iqa anak aku yang paling sensitif dan emosional sekali. Aku nangis pulak sebab tak sangka. Jahatkan aku, bila tak menaruh harapan yang tinggi untuk Iqa, sama macam masa dia ambik UPSR 2008 dulu. Sebab tu aku menanggis, sebab aku tak sangka. Iqa bukan jenis kaki study, study pun last minute. Buat aku selalu risau dan kena ingatkan dia. Study, study dan study.


PMR 2011 - BFF Iqa dari kiri Mariam dan Fatin serta Iqa


UPSR 2008 - BFF Iqa dari kiri Latifah, Iqa, Mariam dan Fatin
Bezanyer 2011 Latifah tak ada sebab masuk MRSM masa Form 1

Berbeza dengan masa Kak Long ambik result tahun lepas, aku tak nangis langsung. Sebab aku yakin dia boleh dapat 8A. Sebab Kak Long memang ulat buku dan kaki study. Tapi aku tahu, ini hanya PMR ... jalan untuk dia memilih apa dia nak jadi nanti. Yang paling penting adalah SPM. Iqa ada 2 tahun lagi. Mak harap Iqa studylah betul-betul kali ni, jangan lah lagi last minute yer. Apa-apa pun, terima kasih sayang sebab buat mak bangga dan bahagia. Terbalas penat lelah mak kehulu kehilir mengejar masa untuk kelas tambahan dan segala aktiviti sekolah Iqa. Syukur pada Allah Yang Esa untuk anugerah dan kejayaan ini. Semoga Allah sentiasa menganugerahkan kita sekeluarga Kejayaan, Ikatan Kasih Sayang yang kukuh, Ketenangan, Kesabaran dan Keimanan yang kuat. AMIN

12 comments:

Norfatin Suraya said...

Huaaa thanks aunty awesome, menangis baca T__T

My Life My World said...

Norfatin Suraya - Sama-sama. Fatin dan Mak Fatin pun main peranan penting jugak. Rumah korang selalu jadik transit Iqa untuk auntie ambik. Dah ler auntie ni selalu balik lambat kan. Please tolong sampaikan kat Mak Fatin banyak banyak terima kasih yer.

perjalanan pulang said...

salam ..dah banyak AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

My Life My World said...

Panglima Muda - Wa'alaikumusalam. Semoga terus AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA untuk SPM nanti ;)

IXORAROXI said...

Alhamdulillah, saya baca pun bergenang air mata..
Tahniah, tahniah, tahniah buat IQA..
Tahniah juga untuk emak Iqa ya

azieazah said...

Tak tau dah nak cakap apa. Rasa semua dah sebut dalam fon tadi.

Sebak terharu!!!!

My Life My World said...

IXORAROXI - Terima kasih Ix. Terima kasih juga kerana dapat menyelami hati ibu ni. Penah rasa juga kan. Tak terkata kan Ix. Tak terbayar dengan wang ringgit perasaan tu.

My Life My World said...

azieazah - terima kasih kerana memahami. terima kasih pada akak yang selalu jadi sumber inspirasi saya. Saya nak anak-anak saya pun pandai pandai macam anak-anak akak. ALhamdullilah setakat ini.Saya selalu cerita kisah Amoi dan Iqa pada anak-anak saya ;)

anymz said...

congrats iqaaaaa..
dah lama akak tak ke sini..sehat chik?

Mrs Taz said...

Alhamdulillah, Tahniah Iqa n Acik. Anak acik memang sume kaki study pun , kalo tak dapat straight As tu mmg mcm tak caya la..sbb gi beraya pun bawak buku sekolah .. haha zia ingat lagik tu sebab masa tengok tu macam e eee bagusnya kalo la anak zia cam tu tak de la pening kepala fikirkan pelajaran diorang.

Tapi zia syukur jugak faris dpt keputusan pun yg tak disangka-sangka walaupun tak straight As tapi zia bangga jugak ngan dia. Nampak main2 hari2 sampai nak dekat exam still cool and relaks je rupanya dalam diam2 dia usaha jgk perbaiki Maths dia yg tak pernah pass masa exam kat sekolah ..masa PMR dapat A. Mmg nangis la sbb ingat dia fail Maths and Sejarah

cuma dia terkilan Agama dia dapat B. Sebab dia konfiden Agama dia leh dapat A

My Life My World said...

anymz - Terima Kasih Kak Anim :) Terima kasih sebab sudi singgah. Datang lagi yer walau tuan rumah ni jarang-jarang kemas rumah dia.

My Life My World said...

Mrs Taz - Syukur Alhamdullilah. Terima kasih Zia. Tahniah untuk Fariz, Zia dan Tajul juga.

Memang Acik tak sangka Zia, sebab yang selalu kembar siam dengan buku tu Kak Long jer, lagi pun baru lepas frust dengan result UPSR Hilman. Walaupun tak lah teruk sangat result Hilman tu. Tapi cukup buat Acik takut nak letak harapan tinggi :) Iqa memang selalu buat kejutan. Dia lebih banyak tidur dari study. Lepas tu banyak sangat main nyer. Acik selalu ingatkan dia, otak dia lebih bagus dari Kak Long cuma dia malas jer. Dan Kak Long selalu brainwash dia dengan kata, "Kalau dah pandai kalau tak study pun nanti tak pandai jugak" ... Alhamdullilah, dia buat kejutan pada kami sekali lagi.

Betul betul terkejut sampai acik nangis. Walhal tak penah nak nangis depan orang pun. Semoga kejutan manis dia kasik kat kami sekeluarga masa SPM nanti. AMIN.