Wednesday, January 25, 2012

HADRAMAWT GANTI KENDURI KAWIN

Ahad, 22 Januari 2011

Ini cerita Ahad yang baru lepas ni. Kan hari Sabtu ada kenduri kawin, then aku ada cakap hari Ahad pun ada kenduri kawin lagi kat Ampang. Sebeno-benonyer kenduri kawin kat Ampang tu pun hari Sabtu jugak. Hehehehe ... sekali aku dah salah nengok tarikh daaa.  Itu pun aku dah siap sampai kat depan Dewan, tengok tengok,"Eh! apasal lengang jer?" sekali tengok kad, tarikh adalah 21hb Januari 2011... hahahahaha, kena gelak dengan anak-anak aku. Mak kau dah nyanyuk nak tahap gaban lagi, nak buat macammana. Mak tertengok tarikh kat majlis menyambut pengantin iaitu 22 Januari, alasan sebeno nyer tuh. Hahahaha... 




Anak-anak kat dalam keta dah merengek-rengek kelaparan. Jam kat Dashboard dah pukul 2 petang, mana tak nyer kelaparan cacing cacing dalam perut semua. Kak Long dah merengek, "Tu lah tadi Kak Long nak makan nasik kat rumah, mak kata jangan sebab nak pergi kenduri, kan Kak Long dah lapar giler". Sabar Kak Long sabar ... sabar tu kan separuh dari Iman :) saje jer lah mak dia nak cover rasa bersalah sebenonyer.


Aha!!! hari tu kan mak kata nak ajak anak-anak mak makan kat Jalan Ampang, dah dekat dah ni. Jom pi  Wadi Hadramawt, kita makan nasik Arab. Kira ala-ala nasik orang kawin lah jugak kan ... hehehehe. "Tak kiralah mak kat mana-mana pun, asalkan dapat makan nasik. kita orang dah lapar dah ni", kata Kak Long pulak."Hilman tak suker makan nasik minyak" sampuk si Hilman. "Tak per Man, kat situ ada kebab, kau suker kebab kan Man" yo yo oooo aku promise Hilman. Nasib baik jer lah dekat Restoran ni dengan tempat kenduri tak jadi kita orang tuh. Dan nasib baik jugak tak ramai orang sebab masa makan tengahari dah expired. Dapat menu jer, mata dah berpinar, sebab tak berapa pandai nak oder. Iyer lah pulak kan, aku penah datang sekali jer kat sini bulan lepas kut dengan opismate. Ayang Safiah ler yang kenalkan aku tempat ni, sebab family dia suka makan nasi arab.



Hokey, oder jer lah benda yang sama aku penah makan sebelum ni masa datang kat sini. Aku beli kan 'Lamb Kebab' untuk Hilman, 'Lamb Madghout' 1/2 Kg untuk aku, Iqa dan Aran. Oh! kami memang suka makan daging kambing. Aku tambah dengan lauk 'Mix Grilled Hadramawt". Last sekali beli 'Chicken Mandy' untuk Kak Long. Sempat dia tanya aku, "Ayam Mandy tu apa mak?", laju jer aku jawap'"Ayam tu kena mandi dulu kut sebelum masak" hehehehe, tanya aku yang tak reti ni, itu ler jawapnyer. Kau kan tahu mak kau ni pandai makan jer, mana reti masak pun.






Bila sampai makanan jer, semua senyap. Tetiba rasa macam banyaklah pulakkan. Penuh semeja, boleh ker abis ni. Tapi kalau ikutkan muka muka yang kelaparan ni, Insya Allah boleh abis kut. :) Alhamdullilah abih licin semuanyer kecuali 'Lamb Madghout' tu, kena tapau satu bekas bawak balik. Nampaknyer anak-anak ini suker makan kat sini, next time kita cuba makanan arab kat tempat lain pulak yer. Ni hikmahnyer tak dapat makan kat tempat kenduri kan kan kan ;) kalau tidak entah bila nak sampai sini.



4 comments:

Acik Erna said...

assalam acik pun suka kerestoren nasi arab..cuma acik dan anak2 tak pandai makan daging kambing je..

My Life My World said...

Acik Erna - Wa'alaikumusalam Acik. Sedap rupernyer Restoran Arab ni. Itulah saya baru merasa. Daging Kambing, bagi kami rasanyer adalah yang tersedap setakat ni .. hehehe cubalah.

azieazah said...

Masa ACIK sebut nak order Chicken Mandy tu jer Kak Azie dah agak, bleh ker depa ni makan habis? Sebab mana-mana restoren Arab/Lebanese pun, portionnya memang besar. Boleh makan 3 orang utk satu pinggan.

So next time, mesti dah pandai nak agak, kan?

My Life My World said...

azieazah - Iyalah kak, memang tak pandai nak agak :) Insya Allah lepas ni dah pandai. Maklumlah orang tak ada pengalaman, asyik asyik duk makan ayam penyet jer.... Hahahaha