Friday, January 27, 2012

LAWATAN ke PETROSAINS KLCC

Isnin, 22 Januari 2012


AMARAN! Entri ini banyak gambar entiti entiti yang lupa diri ;)


Tahun baru Cina kali ni kita orang tak keluar dari Kuala Lumpur. Sebabnyer nak jadi warganegara Malaysia yang baik ati dengan tidak menyesakkan lagi jalan-jalan di Lebuhraya. Hehehehe ... baik kan aku. Semalam masa aku ke Kuala Lumpur waktu nak masuk  Tol Sg. Buloh jer, jalan dah jem menuju ke utara. Tak gerak langsung. Bukan jem tu takat Sg. Buloh, tapi start dari Jenjantas Bertingkat kat tengah-tengah bukit tu lagi.Phew! Giler giler punyer jem tuh. Eh ... selingan yang tak ada kena mengena dengan ini cerita.





Ahad sebelum Raya Cina tu, entah macammana lah pulakkan mulut aku ni ringan jer berkata kat Aran, "Dah lama kita tak pergi Petrosains kan". Hmmmmm .... apalagi member dengan mata yang bersinar-sinar bak bebola disko di tengah malam, terus jer menjadi Wartawan Bulletin Utama yang tak bertauliah. "Korang, esok mak kata nak pergi Petrosains". Ek eleh ... aku baru cadang cadang jer tetiba lak dia jadik 'Decision maker'. Well! sebagai mak yang baik ati, tak sampai lah hati pulak untuk tidak memenuhi impian si 'Decision Maker' ni kan. Hahahaha ... ayat ayat Riak. Ampunnnnnnnnnnnn.





 Kak Long awal-awal dah angkat tangan, "Kak Long tak nak pergi". Tak menghairankan pun, perempuan yang tak 'adventure' ni mana suka pergi tempat-tempat macam gini. Apatah lagi dia kata dah penah pergi, kalau pergi pun benda yang sama. Tapi betul jugak kata kau tu kan Kak Long. Tapi kan kat sini ada banyak benda yang tak jemu untuk dimainkan, walaupun dah penah main sebelum ni. Disebabkan Kak Long tak moh pergi, maka mari kita ajak Anim dan Nazri. Budak dua orang ni kawan sekolah anak-anak aku.  Dan tak disangka-sangka. Nenek Anim kawan sekolah Tok Abah dulu, dan Atuk Nazri adalah 'Best Friend' arwah Atuk Dollah Klang. Elok lah tu kan kita memanjangkan silaturrahim yang sedia ada ni kan :) Kebetulan pulak rumah dia orang pun tak jauh dari rumah kita orang. Sekali harung jer.



Masa kami sampai dalam pukul 11 pagi gitu. The next check-in nak masuk adalah pukul 12 tengahari. Beli tiket dulu untuk 1 dewasa, 1 kanak-kanak, 2 budak sekolah dan 2 remaja dan harganyer hanyalah 50 hengget sahaja. Bagi aku boleh tahan murahlah kan. Sementara nak tunggu pukul 12 tu, kita orang masuk kat Ruang sebelah Petrosains ni dulu. Ada pameran 'Street Smart', pasal keselamatan di Jalanraya gitu. Boleh tahan, anak-anak suker. Ada beberapa ujikaji yang ditunjukkan oleh petugas kat dalam tu. Baik baik dan ramah tamah dia orang ni. Tepat pukul 12 kita orang beratur nak masuk Petrosains semula. Yang paling best adalah naik keretapi bulat ni. Syiok sangat. Hehehe ... aku yang dah naik berkali-kali ni pun tak penah jemu. Kalau boleh tak moh turun dari ketapi separa bulat ni :)














 








Sepanjang jalan di dalam Petrosains ni memang banyak sesangat ujikaji yang sangat-sangat best untuk dicuba. Rugi kalau tak cuba dan tengok demo-demo yang dibuat oleh adik-adik mesra alam kat sini. Segala barang yang ada kat dalam ni, semua kita orang nak cuba. Memang 'fun' giler ... apa lagi dengan muka-muka yang tak tahu malu kita orang ni kan.


Tengok ler kat atas ni, mainan kanak-kanak Ribena ni pun dia orang jer yang nak 'conquer' . Sebenonyer mak dia orang pun main sama gak ... hahahaha. Aku paling suker join main dengan budak budak sebab lepas tu aku terperasan jadi budak sama ;) Tapi bagilah alasan,"Kesian Aran, tak ada orang nak tolong dia" ... hehehehe 



Kita orang pun sampailah kat satu tempat ni, ada banyak Lego besar-besar. Hilman punyerlah gigih nak bina orang guna Lego tu (gambo kiri). Bebudak yang duk lepak kat tepi tempat mainan tu pulak dengan gigihnyer lah pulak duk membaling Lego nak kasik pecah 'Masterpiece' Hilman tu. (gambo kanan). Cer tengok muka dengki Aran yang so excited baling Lego nak pecahkan arca abang dia tu. Kalau korang perasan tak ada orang pun kat situ melainkan kita orang. Sekali pecahlah 'Masterpiece' Hilman tu, member sudah merajuk terus bawak diri kat 'slide' belakang tuh. 





Maka yang lain pun terinsaf lah sekejap dengan ke'frust'an Hilman tu. Takut member mengamuk dalam Petrosains pulak lah kan. Akhirnyer terbinalah arca orang lego. Sampai penat-penat Aran, bawak diri kat tilam yang ada kat tepi tu. Noted: sebelum nyer aku yang duk kat tilam tu. Hehehehe ... macam kat rumah kita orang buat :)




Dah puas lepak kat situ, kita orang pun keluarlah nak membawa dirikan. Sekali masa keluar tu baru perasan ada Notis sebelum masuk tempat lepak tu. UNTUK KANAK-KANAN 4 TAHUN KEBAWAH SAHAJA. Hahahahahaha ... apasal kita tak perasan benda ni tadi ek. Dah ler umur kita orang tak ada yang 4 tahun ke bawah. 40 tahun keatas adalah.... sorang, aku lah tu  Hahaha .. nasib baik tak kena halau jer dari tempat tu.




Dan tak sampai pun 1 minit kita orang keluar, masterpiece Hilman dah dipecahkan. Hehehehe ... tetiba ramai lak budak kat situ. Sebelum ni dia orang pun konpius nak masuk.





Dan permainan pun disambunglah semula dengan pelbagai aktiviti. Nasib baiklah ramai orang hari tu, kalau tidak sumpah gelongsor tu aku dah naik pun ;) Eh! tapi kan kali ini mainan dia banyak sungguh, compare to our last visit here, beberapa tahun yang dulu. Memang berbaloi lah masuk sini. Sebab tak jemu pun.





Dan destinasi akhir sebelum kami dihalau balik dengan naik Kenderaan Separa Bulat keluar dari sini adalah menonton wayang gambar 3D. Nama tajuk cerita 'Sea Dragoon'. Kita orang yang paling awal masuk dan duk paling depan. Memang jakun jer, bila nak capai-capai dengan tangan objek yang keluar dari skrin kat dalam panggung tu. Tapi 3D kat sini lagi best lah dari kat panggung wayang tu, mungkin sebab aku duk depan dengan skrin kut :)


Nak keluar pun kena beratur panjang gak, ingat tak ramai yang datang sini hari ni. Tapi tak lah beratur lama sangat. Sangat sangat best lah berada kat dalam ni, lagi best apabila dikelilingi dengan budak budak hyper dan happening. Macam dia ajer yang ada kat dalam tu. Tapi Aran sedikit kuciwa sebab tak dapat naik simulasi helikopter ke pelantar minyak. Benda ni lah yang diangankan nak masuk, sebab masa last datang tu dia kecik lagi, tak boleh nak masuk. Tak perlah Aran, lagi 2-3 tahun akan datang kita datang lagi ek, mana tahu masa tu simulasi ni dah okay ker kan. Tak pun lagi 10 tahun ker Aran leh bawak helikopter sendiri pergi pelantar minyak ker. Masa tu jangan lupa kat mak yer, mak nak ikuttttttttttttttttttt ... hehehe

7 comments:

Mrs Taz said...

hensem hilman dah besau panjang .. ehem! acik , bakal2 menantu ke tu? hik hik hik ...

azieazah said...

Terus Kak Azie terasa macam nak bawak anak-anak pegi situ gak! Best nyaaa...

HILMAN tu makin kurus plak nampak?

My Life My World said...

Mrs Taz - Hilman dah nak jadi orang bujang sekarang. Dah pandai nak melawa hehehehe ... metroseksual, itulah yang kita orang panggil dia sekarang. Hahaha

Bakal Menantu???? Hahahahha ... lambat lagi, kawan-kawan jer dulu. Panjang lagi nak kena hadapi.

My Life My World said...

azieazah - Best kak! Chak dgn Alia mesti suker, mak pun sure suka gak. Selain dari jalan-jalan, main-main dapat gak pengetahuan.

Hilman bukan kurang makan, banyak jer dia makan sampai takut tengok pinggan dia, tapi dia makin meninggi, tu yang kurang lebar :)

IXORAROXI said...

amboiii memang nampak seronok sungguh.best tengok gambar2 tu

My Life My World said...

IXORAROXI - Seronok Ix, sampai saya pun jadik bebudak sama :)

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

Wassalam