Thursday, January 19, 2012

KENANGAN LALU DI TAMAN KLCC


Tetiba pulak rasa nak tempek gambar pose 'mari lekatkan kepala kita' kat sini. Gambar lama ni aku ambik semula pakai handphone jer. Kak Long masa ni 6 tahun, Iqa pulak 5 tahun dan Hilman dalam 2 tahun cenggitu, masih berpampers. Tetiba rindu nak beli pampers. Hahahah. Aran jap tadi sakit ati jer masa aku snap balik gambo ni, sebab dia tak ujud lagi masa ada nyer gambar ni. Aku teringat kat Iqa masa dia kecik dulu. Dia tengok gambar aku, abah dia dgn kak long, yang masa tu umur beberapa bulan. Melalak dia tanya,"Iqa mana? Iqa mana" ...... hahahaha macammana aku nak explain kat dia pun tak reti waktu tu. 


Taman KLCC ni lah tempat feberet kita orang, boleh katakan tiap tiap minggu datang taman ni. Iya lah pulak kan masa tu rasa kagum sesangat. Bebudak ni dulu-dulu kalau kata nak pi KLCC hari hari pun sanggup. Tapi cer nak ajak pi Taman KLCC sekarang ni, tak ada respon punyer. Aku pun dah malas nak datang sini dah. Mana tak nyer, ramai sangat warga asing kat sini. Kalau takat nak ambik angin ambik gambar tak per gak. Tapi ini tahap tengok orang pun macam nak makan. Macam kita pulak menumpang negara dia. Sangat sangat tak selesa hokey.

Kat KLCC ni ada Taman Permainan berrxaiz XXL yang tak ada kat Taman lain. Lagi pulak ada tempat mandi manda yang macam best kat situ. Kak Long penah hilang waktu mandi kat sini. Masa tu umur dia 4 tahun. Hilman tak ada lagi masa ni. Aku tengah sarat simpan dia dalam perut. Abah dia orang yang jaga masa mandi tu. Tetiba dengar annoucement,"Sesiapa ada kehilangan anak perempuan, berambut panjang, bertocang dua. Sila datang ke pejabat pentadbiran dengan segera". Memula tu macam tak ambik kisah ler sebab ingat tak mungkin anak anak aku kut. Sekali abah dia datang tanya,"Kak Long mana?". Ah sudah, yang kena istihar suruh kutip anak tadi tu anak aku ker. Panik giler kau. Cepat-cepat pergi pejabat pentadbiran, nampak ler anak aku tengah duk melangut diam membatu kat situ, nasib baik tak nangis.  Alhamdullilah, syukur jumpa, kalau idak tak tahulah macammana.

No comments: