Mari kita mulakan minggu ini dengan cerita yang suspen ... Jeng jeng jeng
Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari Khamis petang Jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana selesai kenduri lebih kurang pukul 11 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan yang berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pulak ingin menolong. Lantas dia pun memberhentikan keretanya dan bertanya.
"Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?"
"Abang ... tolonglah saya, Kereta saya rosak ni ... Puas dah saya tahan kereta lain, tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak!"
Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik itu ...
"OK lah, saya pun nak ke Seremban jugak", terkeluar dari mulutnya ayat itu. Tapi hatinya masih lagi was-was. Dia pun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan itu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya ... seolah olah tak ade apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal, kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni ... seorang diri pulak tu. Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan itu. Padahal dia tu memanglah penakut dengan perempuan!. Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika.
Tiba-tiba ... dia mula merasa seram dan meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas dikepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk. Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang pada nya sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih ... ditambah lagi dengan baju yang dipakainya. ... Dia pun beranikan diri dan bertanya ...
"Kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni ?"
"Ini memang pakaian rasmi saya setiap malam Jumaat, Saya ada kelas Yasin", jawab perempuan itu.
"Tapi .... errr putihnya lain macam aje, tak penah pulak saya tengoknya"
"Apa yang lainnya ... sama aje, Ehhh ... betul ke tak pernah tengok??"
"Iya ... laim macam aje, seram pulak saya dibuatnya ..."
"Eh tak kan sampai seram"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Kalau nak putih yang lain macam ni, pakai ajelah Brezze Colour Baru !!!!"
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya.
Sekianlah cerita seram ini. Hehehehehe
p/s : aku tahu korang dah penah baca cerita ni, saja jer lah aku buat koleksi untuk anak-anak aku sebab dia orang ni suker cerita seram. Hehehehe. Gambar-gambar kat atas ni diambil masa lawat Toy Museum Pulau Pinang masa cuti sekolah hari tu. Erk lagi satu gambar-gambar ni sendiri punyer tak cilok orang lain. Hehehehe ... Kak Azie pinjam ayat, best pulak ayat ni.
4 comments:
hehehe...terkono makcik!!!
tu la..acik rasa maca pernah baca ayat tu..rupanya iye..he he dari bblog AA..
kasihibu - hehehe boleh gak hilangkan stress di pagi senin ni, dengan kerenah anak-anak yang baru start sekolah semula hari ni.
Acik Erna - tu ler pasal. AA tu mentor saya ;)
Post a Comment