Monday, February 27, 2012

MAT'AM IKHWAN

Kita orang kat opis dah ada 'port' baru untuk makan tengahari sekarang ni. Sebelum ni kalau nak lunch cukuplah terseksa ...... ada tak ada pun kedai mamak kat seberang jalan depan opis yang jadi pujaan. Nak tak nak pun masa lunch kena men'drive' kan diri ke Taman SPPK Segambut, sebab kat situ jer berderet warung yang boleh tahan sedap dan murah. Standard aku takat makan kat warung atau restoran murah jer lah, sebab rasa bersalah kalau makan kat restoran mewah, jap lagi teringatlah kat anak anak. Anak-anak aku makan apa lah waktu aku tengah sedap makan di restoran mewah. Tapi kalau orang belanja aku on jer . Hehehehe ... lepas tu try jugak sebolehnyer bawak anak-anak di kemudian hari.




Sejak kedai makan di bukak dalam 2 minggu ni, baru 3 kali jer aku pergi. Itu pun aku tak penah keluar belanja ... hehehe. Semua orang belanja. Nampak sangat aku ni suka bebeno makan free ... Ngeeeeeee. Tak dapat nak bayangkan masa memula bebudak opis kata best makan kat sini. Sebab aku membayangkan macam kedai makan mamak jer. Tapi bayangan aku tak leh pakai langsung. Totally out. 






Masa memula masuk tu ... nak tahu apa tindakbalas luar kawal aku buat. WAH!!! ... cantik nyer kedai makan nih. Macam ala-ala hotel gitu.  Bersih bukan main lagi. Ada poster-poster beso macam ala-ala kat Secret Recipe tu. Dan orang penanggah penanggah yang ada tersangatlah berbudi bahasa dan mesra alam. Patutlah bebudak opis pakat makan ramai-ramai kat sini. Dengar kata harga yang dikenakan pun tak mahal. Aku tak berani komen lagi pasal harga, sebab semedang jer orang belanja ... hikhikhik. Tapi kalau 3 orang makan pun baru tujuh hengget lebih kurang gitu, tak ker murah.



Sangat suka dengan 'Tagline' kedai ni  HATI YANG BERSIH DITEMPA DARI MAKANAN YANG BERSIH ... aku nak tambah boleh :) dan dari rezeki yang halal. Barulah berkat kehidupan. AMIN. Selalu kalau pergi kedai makan pun kan, kita dihidang dengan pinggan mellamine dan gelas plastik. Tapi tidak kat sini. Dia punyer pinggan makan adalah kaca standard hotel. Sama lah jugak dengan minuman yang dihidang dengan gelas kaca gitu. Sangat-sangat puashati. Bab makanan pun sedap, macam masakan kat rumah. Eh! aku ni promo lebih-lebih lak. Kalau ler tuan kedai ni baca, agak-agak ada tak dia nak kasik aku makan percuma selama seminggu. Hahahaha.... dan harap ianya berkekalan ler, jangan lah waktu baru bukak jer Tip Top kan. Semoga berkekalan prestasi yang baik ni.



Last sekali barulah nak tayang muka penaja yang baik ati. Terima kasih Tuan Haji Mokhtar, kerana tak penah lah penat nak belanja saya ni hah. Juga kepada Ayang Sepiah, sebab belanja makan last week, my turn akan menyusul. Korang jangan pandai-pandai sibuk nak bayo kan lepas ni yer. Especially Tuan Haji yang selalu buat muka tak puas ati kalau orang nak belanja dia. Sekian, cerita makan makan untuk hari ini. Aku posa untuk satu minggu ni, sempena kejayaan IQA masa PMR hari tu. Harap aku dapat abiskan direct tanpa tinggal sehari pun. AMIN :)


4 comments:

ayang said...

Alamak.. mcm mana ku tidak blh sedau langsung ada paparasi di sini.. Ish ish ish..

azieazah said...

Alhamdulilah murah rezeki orang yang buka kedai di kawasan yang sangat memerlukan, rezeki orang belanja, rezeki orang yang makan free tapi tak lokek berkongsi cerita...

Promote la, takpa. Ikhlas kan? Bukan kena bayar pun.

Semoga kedai tu terus maju dan kekal dengan imej yang sedia ada.

Memang ada orang kekadang, asyik dia jer nak belanja. Kita pun tingin gak nak bersedekah kan? hehehehe

My Life My World said...

ayang - Hehehe ... sedap sangat makan, mana nak sedar paparazi buat kerja.

My Life My World said...

azieazah - tetiba rindu dengan Tanglin. Kalau datang Tanglin pun asyik lah dibelanja orang kan. Hehehe