Sangat mengejutkan bila seorang yang cerdik dan pandai boleh terjerumus kedalam keadaan yang sedemikian rupa. Jom baca kisah dia yang aku copy dari http://waazin.blogspot.com/2013/11/cerita-dari-keluarga-siti-aishah-yang.html , terima kasih En. Waazin.
Sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist disana. Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahan (gambar) berkata beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Moa sejak 30 tahun lalu
Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya. Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor the Daily Telegraph. "Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya. Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa" katanya kepada akhbar British itu.
Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK. Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Jurukur Bahan di London. Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.
Dia Terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan (gambar di atas) dan isterinya, Chanda yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaanya melebihi tiga dekad di London. The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.
Dia adalah salah seorang dari 3 wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britain berumur 30 tahun.
Dipercayai Siti Aishah - gambar diambil pada tahun 1997
Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dalam kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britain pada ketika itu. "Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang, kerana kami berasal dari daerah yang sama iaitu Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada Siti Aishah adalah guru saya di sekolah menengah. Saya juga menetap di Brixton, London, dimana lokasi wanita itu ditemui" kata bekas aktivis mahasiswa itu. Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC) Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Jurukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan"
Chanda 67 tahun di kerusi roda
Akhbar Britain melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aracindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai 'Comrade Bala" dan isterinya Chanda dari Tanzania. "Comrade Bala" juga turut dikenali sebagai "Chairman Ara" dan berasal dari Singapura. Polis Britain mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970an tetapi tidak menyatakan sebabnya. Polis enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga Januari 2014 tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual. Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.
Pegawai polis sedang berkawal di rumah ketiga tiga wanita itu ditemui
Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaa yang sangat trauma dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi dimana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan. Ketiga-tiga mangsa bebas daripada 'Perhambaan" selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober. Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati"
Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.
Nota Kaki : Dah macam X Files yang bukan alien pulak aku rasa. Bila baca kisah di atas teringat Novel by Ramli Awang Murshid dengan jodol AKU BERCERITA .... pasal parti yang berhaluan kiri yang bertebaran di bumi Malaysia sejak zaman perang dunia kedua. Apakah mungkin di kalangan kita terdapat orang-orang sebegini. Memang suspen giler lah. Dan tak sabar menunggu kisah selanjutnya tentang kisah Aishah ini.
2 comments:
sama-sama.. masukkanlah dlm blog list.. hehe :)
To Waazin... Insya Allah akan dimasukkan :-)
Post a Comment