Sunday, October 24, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN SEBELAH OPIS


SABTU, 23 OKTOBER 2010

Aku dapat jemputan ke majlis kawin adik kepada Rina (member seopis) hari ni. Yang kebetulan rumah dia sebelah jer dengan opis aku. Dan kebetulan di hari yang sama jugak aku kena attend meeting kat opis. Dari pukul 10.30 pagi sampai la pukul 1.30 petang kat dalam bilik meeting. Mata dah kuyu ngantuk, perut dah berdondang sayang sebab lapar, makin lapar tengok member opis dah berbondong bondong ker majlis kenduri. Sayup sayup dengar band orang kawin kat dalam bilik meeting. Aduh! fikiran aku tak ada kat dalam meeting tu dah, mencabar jiwa dan minda sungguhlah. Nasib baik bos baik ati, kasik keluar awal dan dia sambung meeting lagi 'without me'. Sempat lak bos aku kasi wasiat kat aku, suruh jadik posmen dia kasik angpow kat pengantin sebab meeting dia tak abis lagi.



Masa sampai tu sambil di iringi ayang ku ... hehehe. Terus tuju mak pengantin, kasik 'angpow' bos dulu. Ingat leh makan kat meja special sebab wakil bos ... hahahahaha... perasan ler kau mak cik oiiiii !!!!! Dush dush dush ... sila kembali ke alam nyata :) lepas jumpa mak pengantin terus tuju meja 'buffet'. Senduk nasi, lauk pauk, air then terjah meja makan ... tak tunggu lama, licin pinggan aku. Ambik cendul dengan dadih lak lepas tu. Best! Best! sebab meja banyak jadi tak ler terhuru hara nak makan kasik laluan kat orang baru datang.




p/s: Kualiti gambar adalah tidak best, sebab ambik pakai hanpon. Iyo iyo oooo aku bawak kamera, tapi bila nak klik dia tulis 'NO MEMORY CARD' ... ish ish ish malu weh! nasib baik tak ada orang nampak. Baru aku teringat, memory card ada dalam card reader lupa nak keluarkan... hehehehe. Teruja konon ada card reader ;p

Saturday, October 23, 2010

BACAAN KAD


Semalam masa duk berpoya poya di Digital Centre kat BREM MALL, aku telah merembat 'Card Reader' @ Bacaan Kad yang kat atas ni hah. Aku selalu ada masalah bila nak 'up-load' gambar kat Blog sebab kabel kamera entah kemana-mana anak-anak aku humban. Jadi nyer meng'upload' gambar adalah menjadi lebih muda selepas ini :) Acik suker. Murah jer, kat stiker 'card reader' tulis 29 hengget. Aku mintak kurang memula tu 18 hengget ... hik hik hik ... lepas tu up sikit naik 20 hengget tak lepas jugak. Hmmm ... okaylah last kopek mintak 23 hengget ... baru lepas. Ni kalau ada Kak Long sebelah aku ni mesti dah dia membebel kat aku "Mak, cukup lah tu banyak sangat kurang tu" ... sampai aku pun konfius, bila pulak orang kedai tu lantik anak aku jadi jurujual. Kak Long boleh kesian kat jurujual tu pulak sebab aku kurangkan harga banyak sangat :( Hish Kak Long ni memang tak membantu langsung taw, nasib baik hari tu aku tak bawak dia. Tapi tak adalah turun banyak mana pun, takat 6 hengget jer.... Hmmmm ... kena asah lagi skill tawar menawar nih.

p/s: baru belajar nak letak 'watermark' ... sebab gambar aku sebelum ini telah diciluk oleh seorang cikgu untuk di pakai dalam slide show dia... hikhikhik.. Nazri, kalau awak tak kasik tahu tentang ini, sure auntie tak tahu tentang pen'ciluk'an itu. Dalam ati rasa bangga gak, tak sangka ada orang ilmiah yang terkenal baca blog aku ... hehehehehe

Friday, October 22, 2010

INTERNET DAN P2



Teruja betul Hilman dan Aran tiap kali dah hari Jumaat ... sebab dah tiba masa boleh main 2 benda ni esok hari. Teruja macam nak sambut Raya Puasa lah gitu... hehehehe. Minggu lepas, line Streamyx kat rumah buat hal lah pulak, sepanjang hari Ahad tak boleh ber'tenet' langsung. Muka semua dah monyok macam ayam kena virus selsema burung.

Lepas repot line elok balik hari Rabu ... yang ni hari dilarang main. Dah macam cacing kepanasan jeling jeling kat PC dan sengih sengih kat mak, nak bodek ler tu. Sibuk nak bukak sebagai ganti tak dapat main hari Ahad. Tapi mak dia ni jenis hati kering... a big 'NO' yer anak anak :)

Hilman tak putus asa, hari Jumaat lepas balik sekolah dia terus SMS .... Mak boleh tak main computer. Kalau boleh Y kalau tak N :) Ecewah, nak balas SMS pun pakai simbol Y dan N kau. Macam nak bagi command dalam computer jer. Abih tu, mak dia tak der nyer nak jawap Y atau N pun. Siap mak dia membebel kat dalam SMS .... hahahahaha. Nasib kau ler Man dapat mak macam radiogram buruk yang tak boleh nak slowdown volume.

Dua benda ni lah pengikat anak anak aku tak boleh berenggang dari rumah. Kalau nak pergi mana-mana pun sure asyik teringat nak balik rumah jer lah. Bagus jugak, tak adalah aku risau anak aku merayau kat mana-mana kan, ada depan mata jer :)


Ehmmm...sila abaikan tudung saya yang merundum itu yer.

Thursday, October 21, 2010

SAYA RINDU 'BABY' INI

Udah-udah ler berkonsert Maher Zain kat bawah tu yer. Tak bergerak-gerak sejak minggu lepas. Maher Zain pun dah balik negeri ... wakakakaka. Harap dia dapat datang lagi, tapi masa datang balik tu harapnya aku dah ada ringgit la nak beli tiket dia :)



Masa aku duk belek-belek gambar lama anak-anak kat 'Pen-Drive', terjumpa lak dengan gambar kat atas ni. Terus terang kata, ini ler gambar feberet aku. Bukan sebab aku terperasan lawa atau kurus (ni yang rasa nak kurus balik ni) ... hahahahaha, sempat lagi tu, walhal memang tak lawa langsung. Lawak adalah sikit. Opppppssssiee .... selingan jap. Sambung balik ... aku suka gambar kat atas sebab muka baby tu tersangatlah gebu, montel dan comel. Aduyai! mati ler puji anak sendirik. Geramnyerrrrrrrrr ... tengok pipi labuh dia yang buat aku rasa nak gigit gigit.

Itu lah Kak Long Farhanah masa umur 3 Bulan ++ ikut tarikh kat gambar tu ler. Masa ini kami ker Cameron Highlands - tempat favourite dari dulu kini dan selamanya. Strawberry Farm tu pun tak cantik dan berseri harum mewangi macam sekarang.




Now ni Kak Long 15 tahun dah ... tak montel macam dulu dah lagi, kurus meninggi jer, walaupun comel tu tetap ada ... hik hik hik. Ampunnnnnnnn pujik lagi anak sendiri.

Saturday, October 16, 2010

MARI BER'KONSERT' MAHER ZAIN DI SINI

Tajuk jer gempak, aku tak pergi pun ... sob sob sob. Tak mampu nak beli tiket. Aku tak tahu pun sapa Maher Zain ni memulanya, tapi selalu ler dengar nama dia kat corong corong serombong radio. Carik punya carik kat YOUTUBE, SubhannALLAH ... sedap nya suara dan lagu dia, sehingga bisa menyebakkan dan meruntunkan jiwa aku mendengarkan lagu lagu dia. Tak dapat gi konsert ... layan YOUTUBE Maher Zain kat sini pun jadilah.




dan lagu kat bawah ni yang buat macam aku tak nak dengar lagu lain lagi ...



dan lagi lagu yang menginsafkan...



Masa tengah melayan lagu lagu Maher Zain kat YOUtube...
terjumpa pulak aku clip kat bawah ni,
dengarkan ceritanya membuatkan aku...
bersyukur sangat sangat dilahirkan sebagai muslim.
Alhamdullilah ... Syukur


Wednesday, October 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010



Punya ler super duper lambat meng'up-date' ... dah nak abih raya pun. Baru semangat nak mari ditambah pula dengan pujuk rayu domba oleh anak anak "Mak! cepat ler update blog pasal raya". Hokey, mak update sekarang. Tema kaler baju raya tahun ini adalah Kelabu. Dan pagi raya berada di Kuang ... lepas solat Jumaat baru berangkat ke Klang ... sampai ke malam. Bagi aku yang best nyer raya ni adalah MAKAN ... dan bagi anak anak lak adalah DUIT RAYA ... hehehehe. Yang lain tu best lah jugakkan. Dapat berkunjung ke rumah sedara mara, mengeratkan tali persaudaraan sambil bertukar khabar dan bertukar resepi kalau ada makanan dan kuih yang sedap.... hehehehe

Kat Kuang tak pergi rumah sapa sapa pun, ambik gambar pun tak sempat, sebab rumah mak tok ramai sangat orang datang, lagi pun asyik tak cukup korum jer. Balik Klang, sempatlah jalan jalan rumah Arwah Tok Lang dan Mak Ngah ... dua rumah tu jer sempat sebab ari dah nak maghrib.

Dua orang jejaka hensem ni tak sabar nak pergi rumah orang kutip duit raya :)


Tahun ni tema KELABU ... tahun depan tak tahu :)






Tengah meng'test' kuih raya rumah Mak Lang


Hari kedua lak beraya rumah famili kat Kuala Lumpur. Pergi rumah Abang Ngah kat Pantai Dalam, rumah Mak Pah kat Taman Selasih Gombak dan rumah arwah Pak Ngah kat Taman Selasih jugak. Tiga rumah tu jer dah boleh buat perut rasa macam nak meletup. Kalau berjalan tu boleh rasa air bergerak gerak kat dada .. hik hik hik. Memang kenyang giler ... tak hengat dunia lah masa makan tu. Macam mana ler nak kurus gini :(

















Raya ketiga lak pergi beraya rumah besan mak tok kat Taman Melewar Gombak ... Eh! baru perasan ramai sedara duk area Gombak. Lepas Taman Melewar terus balik Klang ... Raya umah Tok Andak dan malam nyer rumah Mak Yah lak. Memang best lah, asyik upacara makan beramai-ramai jer lah kerja kita orang. Raya lak Kuang Klang ... Kuang Klang, untung nyer tak yah buang duit minyak dan buang masa kat lebuhraya balik kampung jauh jauh.








Tuesday, October 5, 2010

PMR 2010




Hari ini dalam SEJARAH ... ker bakal jadi sejarah :) Pada tanggal 05 September 2010 tepat pada pukul 8.00 pagi tadi, maka bermulalah Peperiksaan Menengah Rendah @ PMR yang telah diduduki oleh anak sulung aku, Nur Farhanah Binti Hashim. Mak rasa amat suspen dan bangga ... suspen nyer sebab macam mak lak nak ambik peksa walaupun mak tak baca buku hik hik hik. Bangga sebab ... Wah! anak mak dan besar, dah boleh ambik PMR. Teringat masa mak ambik SRP dulukala. Bagai nak rak belajar tak ingat alam sekeliling dah.

Pagi tadi tanya Kak Long, "Kad Pengenalan dah bawak?" soalan yang memberi makna untuk aku jugak. Sebab masa SRP dulu lah kad pengenalan aku telah di curi orang dan aku terpaksa bawak paspot antarabangsa untuk peperiksaan hari esok nyer. Masa tu SRP aku kat Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Tu yang ingat bebeno tu. Dan jawapan Kak Long, "Alamak, lupa nak ambik Kad Pengenalan" ... nasib baik ler rumah beratus ratus kangkang kera jer. Balik semula lepas tu hantar kad pengenalan ke sekolah. Thanks Intan ... sebab sudi tunggu auntie kat post guard untuk ambik kad pengenalan Ana :D luv U lah.

Harapan ...

Mana lah ada mak yang tak harap anak berjayakan. Aku pun gitu lah gak. Semoga Kak Long berjaya ulangi kejayaan masa Trial PMR hari tu. 'Straight A' hokey. Jangan risau mak tak tipu nak kasi reward Beg Roxy kalau dapat 'Straight A'. (tulis kat blog ni kira akujanji dah nih). Itu jer yang mak mampu ... yang mahal mahal tu mintak dengan Abah ek ;D


GOOD LUCK Sayang! .... semoga dapat banggakan keluarga dan menjadi pemangkin serta contoh untuk adik adik yang lain.