Saturday, November 28, 2009

AKTIVITI MALAM RAYA AIDIL ADHA

KHAMIS, 26 NOVEMBER 2009
Hari ni balik awal, tapi tak ler awal sangat. Pukul 7 malam jer sampai rumah :) Lepas Solat Maghrib, keluar rumah dengan anak-anak tercinta + Mak Su. Destinasi yang pertama ke Kedai Gunting Rambut Mamak kat Bandar Baru Sg. Buloh, tujuan utama sudah semesti nyer lah nak potong rambut 2 orang jejaka ni, yang rambut dah serupa Hutan Simpan FRIM, kalau semut tersesat pun sure tak jumpa jalan pulang. Tengok tu, muka seronok giler nak potong rambut sebab nak sambut raya.


Hilman 'potong' dulu, dia siap nak chop potong dengan bro yang tak berapa nak 'Macho' ni, tapi mempunyai jambul yang sangat cantik. Nak tahu kenapa? Ini adalah sebab ... dia pun nak buat rambut dia berjambul macam bro tu. Punyer lah lama Bro tu servis rambut dia. Aran yang gunting kemudian pun dah abis, tapi rambut Hilman tak abis lagi dikerjakan Bro tu.


Aran on the location ... tengah control cun sebab tahu mak dia nak 'snap' gambar dia. Mak dia pulak, punyer lah muka tak malu. Dengan selamba badak jer snap gambar gambar, macam ler ini first time anak dia pergi gunting rambut. Hahahaha ... sampai terperasan lak 'macha macha' si pengunting rambut tu macam aku nak ambik gambar dia orang.



Kat kedai mamak ni jer lah mak mampu bawak korang pergi gunting rambut. Tak mampu la nak bawak pergi Shopping Complex. Nasib baik korang suka dengan hasil kerja tangan thambi kat kedai tu. Siap kata lepas ni tak nak potong kat tempat lain, sebab nyer thambi tu dah buat jambul kat rambut dia orang sehinggakan mereka terperasan dia orang ler yang paling handsome di malam raya ni ;)



Destinasi seterusnya adalah Tesco Extra Batu Caves. Sebab Pasaraya ni tutup pukul 12.oo malam, kita orang sampai pun dah dekat pukul 10 malam. Kalau tempat lain dah tutup dah. Kejap jer kat sini, beli belah untuk cari bahan nak masak di pagi raya. Nasib tak ramai orang, semua dah balik kampung kut. Tak lah banyak sangat hasil rembatan. Beli barang makanan jer.



Dan hasil rembatan yang paling best malam ni adalah beg ni. Ini lah nak ditunjukkan sebeno nyer. Hehehehe ... memperkenalkan 'My First Designer Bag' by Rizalman Ibrahim. Murah jer nyah ... RM4.99 jer. Asalkan 'Designer Bag' ... nak beli yang lain tak mampu, ni jer lah yang aku mampu. Berbangga sungguh aku, tapi tak ler sampai riak kan... hahahahaha. Tapi sumpah cantik beg ni, tak tipu ;)

4 comments:

IXORAROXI said...

uihhhh siap sempat pi shoppings lagi..IX balik dari ofis malam raya hari tu terus pengsan!:D

My Life My World said...

shopping nak masak pagi raya, stok kat rumah dah kering kontang. Kalau ikutkan saya pun kena stayback malam raya. Tapi bos kena faham lah kan, kita nak raya. Cabut awal hari Khamis tu. Tapi tak lah awal sangat pun. Hehehehe

azieazah said...

Sehari sebelum raya, Kak AA pi jugak Tesco, tapi tak nampak pun beg tu. Masa baca blog Rizalman, dah tengok dah design tu, sayang, pi tak terjumpa lak..kalut...

wahhh lawa...lawa.

My Life My World said...

Itu lah kak, kat Tesco Batu Caves pun dah tinggal sikit jer. Nasib baik Hilman sempat rembat satu. Tapi cantik lah jugak beg dia. Biru kan my favourite colour. Hehehehe

Tak mampu ler nak beli Designer Bag yang beribu ribu tu. Yang ni pun jadik.