Monday, November 2, 2009

HARI MAKAN MAKAN

ISNIN, 02 NOVEMBER 2009




Selamat Datang November... dimulai dengan Hari Peperiksaan Akhir untuk Hilman dan Aran. Semoga anak-anak lelaki mak tenang dan happy menjawap semua soalan. Dan semoga Allah mempermudahkan segalanya. Kak Long, Iqa dan Aran akan habis final pada Khamis ni, manakala Hilman hari Jumaat. Semua tak sabar nak habiskan peperiksaan, sebab nak tutup buku, nak bukak internet dengan PS2. Hmmmm... anak anak ku.


AHAD, 01 NOVEMBER 2009



Ini kisah semalam, hari yang paling berkualiti untuk kita orang... berkualiti lah sangat. Dah lah aku bangun lambat sebab 'cuti' solat. Lepas kemas rumah, bersiap keluar. Anak-anak dah kelaparan. Ingat nak makan nasi. Tapi anak anak pompuan ku mengidam nak makan pizza lah pulak. Bebudak lelaki follow jer. Pusing pusing kat Sri Damansara yang indah dan damai persekitarannya, jumpalah kedai Pizza Hut. Suker semua sebab dapat makan Pizza. Licin pinggan kita orang. Hehehehe... nampak benar dah kemaruk nak makan pizza.





Aksi-aksi terlampau Hilman bila dapat makan Pizza. Amat lah teruja nyer. Dia ni kan paling lambat sangat makan. Penat nak tunggu dia makan. Bukan apa, borak nyer yang lebih. Macam-macam bunyi dia buat, menyanyi lah sampai semua orang suruh dia diam. Berkali-kali suruh dia makan dulu baru bercakap. Belum lagi bab dia main tiup tiup air pakai straw kat Pepsi dia, atas alasan nak hilangkan 'gas' dia. Sabar jer lah aku budak ni.




Yang ni pulak aksi terlampau Aran. Dia enjoy sangat makan Pizza. Licin 'everything' yang diletakkan kat dalam pinggan dia. Siap tarik panjang keju yang ada kat Pizza tu. Punya ler lama dia posing sebab nak suruh aku ambik gambar dia tarik keju tu. Mak dia terhegeh-hegeh lak nak keluarkan kamera. Hahahaha.... cian dia.





Kami bertolak ke opis aku lepas makan. Sebab aku ada kerja nak buat, tapi tak lama pun. Sekejap jer siap. Lepas anak-anak solat Asar, kita orang ke Tesco. Anak-anak sibuk nak beli pen lah, pemadam lah untuk final exam dia orang. Sambil-sambil aku cari barang basah, stok nak buat makan kat rumah dah abis. Punyer lah panjang kena beratur nak bayar, kaunter dia bukak sikit lah sangat.





Hilman dan Aran pulak dah mintak permission nak pergi main kat aked yang ada kat situ. Sebab lama sangat nak tunggu buat bayaran kat kaunter. Macam seronok jer Hilman tembak Tarantula yang nak keluar kat Skrin tu. Penuh perasaan dia main.



Aran pun sama gak. Yang kelakarnya, dia sampai terpaksa membaringkan badan dia, sebab kaki tak cukup panjang nak tekan minyak. Hehehehe. Nasib baik abang Man tolong. Tapi kalah jugak sebab memang jarang main benda ni pun. Anak-anak dah merengek lapar balik lak lepas tu. Semua tak sabar nak makan kat Food Court yang ada kat situ.





Lepas makan terus balik. Sampai rumah pukul 8.oo malam. Sempat lah anak-anak tunai maghrib kat rumah. Punyer lah penat, tapi seronok sangat sebab dapat habiskan masa dengan budak budak ni. Lagi seronok bila dengar Aran dengan comelnya berkata "Aran paling suka hari ni, terima kasih mak". Apa lagi lah yang dapat membahagiakan hati seorang ibu selain dapat melihat dan merasai kebahagian anak-anak nya...

6 comments:

IXORAROXI said...

wahhhhhhhhhh seronoknya dia & anak2.'Terima kasih' ni nampak macam kecil namun kalau bebudak memang dah dilatih dari kecil walau sekecil mana pemberian kita pun dia akan ucap terima kasih...Dayah & luqman selalunya tak pernah lupa ucap terima kasih apapun yang ibu beli dan beri..moga anak2 kita membesar menjadi insan berguna ..amin!

My Life My World said...

Amin untuk doa doa Ix tu. Anak-anak saya memang tak lepas ucapan terima kasih dari bibir untuk setiap yang saya buat dan berikan pada mereka. Mungkin dah terbiasa 'train' dari kecik kut. Alhamdullilah, semoga begitu lah hendaknya sampai bila bila. Amin.

azieazah said...

Nanti balik umah nak sambung komen... di ofis semua tak sempat.. baca pun langkau langkau tak puas..

Nanti yerrrrrr....

My Life My World said...

azieazah - rela menanti walaupun parah walau berdarah... chewah lagu Ogy dgn Abby ler pulak. hehehehe. Komen ler panjang panjang kak. Seronok saya baca ;)

azieazah said...

Hmm... tumpang seronok la tengok awak dapat spend time dengan the kiddos..

Memang ler, budak2 memang akan spontan jer cakap “seronokkkk...” padahal kita lak yg selalu rasa bersalah sbb tak selalu bawa depa pi berjalan...

Anak2 ni kalu selalu bersama kita, dia akan rapat dan leh dibuat kawan... kan?

Anak2 Kak AA pun bila dok borak2 selalu cerita semua hal kat sekolah, sampai cikgu dia pakai kasut kaler aper pun, nak citer.. layannnnn...

My Life My World said...

azieazah - betul tu kak, saya dengan anak-anak pun macam akak. Segala apa yang dia buat kat sekolah, masuk muka pintu jer terus bercerita dengan penuh perasaan. Berebut-rebut nak cerita. Bila sorang bercerita, yang lain tu melangut duk dengar. Memang kami selalu berkumpul. Meluahkan isi hati.

Bersyukur dikelilingi anak-anak yang 'mesra alam' hehehehehehe.