Wednesday, November 18, 2009

GAMBAR KELAS

Buzyyyyyyyy ... tapi tetap aku nak update. Hari Ahad yang lepas, memang tak kemana-mana. Duk rumah diam diam. Cuaca pun tak menentu, asyik lah hujan jer, sampai kain di jemuran tak lah kering-kering lantaran mentari terlalu kurang bersinar dan memancarkan cahaya nya. Lastly bertimbun kain kotor aku, tak tahu nak adjust sangkut kat mana. Rasa nyer kalau macam ni berterusan mahu aku jemur jer dalam rumah, then pasang kipas kuat-kuat. Lepas tu baju kena spray minyak wangi supaya tak hapak. Aku dah start meraban .... sori


Minggu ni minggu terakhir persekolahan untuk tahun ni. So nak lah aku tempekkan gambar kelas anak anak tercinta. Buat simpanan diri sendiri sebenarnya, so nanti kalau hilang ker hapa ker gambar ni, boleh gak aku bukak blog. Kat atas ni gambo Hilman. Kat barisan atas sekali, no. 7 dari kanan. Kalau selama ni kat rumah aku rasa dia lah anak aku yang paling besar, tapi silap. Rupanyer kat kelas dia ada orang yang lagi besar dan lagi tinggi dari dia. Kira anak aku ni umpama belum cukup makan ler lagi kan. Tapi okay lah, tetap aku pandang hensem ... hahahaha.




Yang ni pulak gambar anak Kelas Aran. Kat barisan atas sekali jugak, No. 5 dari kiri. Nampak macam besor lah pulak dalam gambar, selama ini aku rasa dia kecik jer tak tinggi tinggi. Sampai kalau nak tutup suis lampu kat rumah pun kena lompat-lompat atau tarik kerusi. Aku selalu kata "Cepat lah tinggi Aran, nanti senang mak nak suruh tolong tutup suis lampu ker, suis kipas ker atau tolong kunci kan pintu ker". Dia mesti balas balik "Aran selalu lompat lompat nak kasi tinggi, sebab nanti Aran nak naik Roller Coaster kat Genting Highland". Terus aku teringat, ada masa tu kami ke Genting Higlands dan nak naik satu jenis Roller Coaster tu. Tapi Aran tak lepas naik sebab dia tak cukup tinggi untuk beberapa sentimeter jer. Ala cian anak mak. Hehehehehe ....


Dua-dua dalam kelas Aman, iaitu kelas pertama kat Sekolah. Alhamdullilah, tahun depan pun masih kekal kat Kelas Aman. Setakat ni Aran dapat tempat ker 8 dalam kelas, still Top 10 in Class. Hilman .... hmmm tak tahu lagi. Ker dia takut nak kasi tahu mak dia... will up date later. Ingat nak jugak letak gambar kelas IQA, tapi entah kat mana tah dia pergi campak gambo dia... also will up date later kalau jumpa. Okay... back to work.

3 comments:

azieazah said...

Wahhh.. seronok nyer dapat upload gambar kenangan kat sekolah..

Ni yang nak pi selongkar gak nih. Ntah mana ntah simpan.

Anak-anak ni kalu dah 24 jam depan mata kita, selalu nampak ada yg tak kena, tapi bila berada dalam kelompok kawan-kawan, nampak lain lak...

My Life My World said...

azieazah - betul tu kak. Nampak lain benar kalau dah kumpul dengan rakan sebaya mereka. Tak seperti yang kita sangka sangka. Itu baru gambar, belum masuk bab perangai lagi ;)

IXORAROXI said...

seronok jadi ibu zaman IT ni, boleh simpan berbagai kenangan dalam BLOG peribadi kan