Dia orang ni suker datang opis aku yang diibaratkan rumah No. 2 kami. Mana tak nyer kan, ada internet di 2 komputer lagi. Dah tu ber'air-cond' pulak tu. 'Compare' kat luar yang panas giler. Pendek cerita tak boring ler kat sini, lagi pulak ada banyak makanan kat 'Pantry'. Ni ha, Aran tengah mengasah 'skill' melukis dia. Anak aku yang sorang ni jer lah yang tangan berseni sikit, yang lain tu ... hampeh. Aran siap melabur lagi beli buku melukis ni pakai duit raya dia kat MPH. Yang kelakar nyer, waktu periksa akhir baru baru ni, Iqa dan Hilman lak buat buku ni 'as reference' untuk 'preparation' ujian Seni kat sekolah. Kak Long lagi best, dia suruh Aran yang umur 7 tahun ni ajar dan bagi idea kat dia yang berumur 14 tahun tu, macam mana nak lukis masa periksa final nanti. (Semalam dia tunjuk result Seni - 1st time dapat 'A' :) hehehehe... kena bagi 'credit' kat Aran kan Kak Long.
Haaa ... ini ler 'Miss Shopaholic' aku. Kak Long pulak la hai, dah nak cuti sekolah baru ler terhegeh-hegeh nak beli botol air baru. Tak tahu ler motif apa kan, 'no objection' pun dari aku sebab pakai duit dia. Sebab apa aku kata Kak Long ni 'Miss Shopaholic' , dia pantang ler nampak baju lawa ker, kasut lawa ker, handbag lawa ker semua dia nak beli. Aku tak tahu ler Zia ... anak aku yang sorang ni memang dah terkena virus kau. Petang ni, dia jer lah yang 'shopping'. Beli botol Air 'Bros', beli 'Teddy Bear' untuk hadiah kat BFF dia, beli 'Tops', beli skaf ler. Kalau aku tak suruh 'stop' nafsu serakah dia, mahu dia lupa diri kut.
Kita orang singgah makan kat "Johnny's" - tempat makan feberet kita orang nih. Salah satu sebab suker makan kat sini sebab dia ada 'Playground'. Tengok ler tu, kita orang minum air kosong jer, nak save budget :( huk huk huk. Janji konyang kan anak-anak.
Sementara tunggu makanan sampai, budak lelaki 2 orang ni sempat lah pulak mengimbau kenangan silam kat tempat main dia orang dulu dulu. Masih elok lagi. Kat sini ler dulu masa dia orang 'baby', dia orang merangkak rangkak naik/turun slide. Dah besar dah anak aku, sampai kaki Hilman pun dah sampai dari atas ke bawah slide tu. Dulu dulu masa baby aku terpaksa tunggu hujung slide nak sambut dia. I miss my oldies, masa anak anak baby dulu. Hmmmmm....
Yang ni jer gambar makanan yang sempat aku 'Snap'. Nasi goreng kepunyaan Kak Long yang sedap banget. Yang lain tak sempat nak 'snap', sebab dia orang dengan rakus nyer dah sambar dulu makan. Hish lapar sangat ler tuh.
4 comments:
kan lagi senang bila anak2 dah besar, tak yah nak kendong, tak yah nak bawak botol susu, tak yah nak bawak pampers..IX la ni berjalan kena bawak bakol besor tak pun memang kena guna handbag besor :D
IXORAROXI - tak lama tu. Dah besar Imran nanti bukan saja awak kena hangkut segala barang, tapi lepas ni kena main kejar kejar lak dengan dia. Tapi saya rindu gak masa waktu anak anak baby dulu. Lepas ni tunggu cucu jer lah. Entah sempat entah tidak.
Wahhh macam biasa hari minggu hari dgn keluarga..
Anak-anak memang ada pelbagai ragam..bila berjauhan mesti teringat semua...
Masa baca entry ni, Kak Azie teringat masa ALONG belajar 2 tahun kat MRSM Taiping. Tiap bulan Kak Azie pi tengok dia, naik bas express pagi.. bawa dia kuar bandar Taiping..lepak2 sampai time masuk asrama tamat kul 6.30 petang..
Pastu kejar balik bas malam..kdg bas kul 12 malam (sbb nak kan sampai KL pagi siang..kalu sampai KL 3 pagi takut..)
Pernah sekali dua dok hotel murah-murah, tapi macam tak baloi lak sbb duk 2 jam jer... lagipun takut aaarrr...
So beberapa kali dok jer kat bus stop sensorang sementara tunggu bas tengah malam...huhuhuh sedih tul bila dikenang..
AZIEAZAH - akak kan brutal. Memang boleh hidup punya lah. Letak akak kat Antartika pun leh hidup :) hehehehe ... Tapi seronok kan dapat abiskan masa dengan anak-anak. Tak tahu ler bila dah remaja macam akak cakap tu, mesti dah tak nak ikut mak dia yang dah tua nih. Hehehehehe ... cian saya kan. Lepas tu kena nyanyi lagu Jamal..Sendiri, aku sendiri bla bla bla (dah start nak mengarut dah nih)
Post a Comment