Selamat Hari Raya Korban semua !!!. Raya kali ni Mak Tok dan Tok Abah tak ada sebab balik Kelantan sambut raya kat sana. Huwa!!! ... sob sob sob, tak dapat makan rendang dan kuah kacang Mak Tok yang marbelles tu. Memula tu aku bincang dengan Pembantu Rumah aku (Ish! aku dah ada Pembantu Rumah korang, nama dia TIMAH ... hehehe). Nanti next post cerita pasal ni pulak yer. Back to the story, aku siap cakap kat Timah, kita nak masak apa yer. Aku dah ler tak reti nak masak masak rendang, kuah kacang nih. Tolong percaya, aku tak reti masak. Kalau masak kek dan biskut tu aku boleh ler. Atau masak lauk simple SimplySITI okay lah. "Timah, sila pergi belajar buat rendang dengan Mak Tok sebelum Mak Tok balik Kelantan yer" Hahahahaha.... buruk nyer perangai aku, sendiri malas nak belajar, pi suruh arah orang lain lak belajar.
Takat semalam aku dah beli 2 ekor ayam dengan nasi impit segera jer. Ingat nak buat Nasi Daging, diulangi yer 'INGAT' ...... buatnyer aku belum tentu lagi. Hahahahaha. Kita tengok ler apa makanan yang terhidang kat atas meja rumah aku tuh, jadi ker tak jadi INGAT aku tuh. Sebelum aku merapu lebih lebih kat sini, sekali lagi aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. Selamat Bercuti. Sapa-sapa nak balik kampung jauh-jauh tu, pesan kat drebar bawak keta elok-elok dan penuh kesabaran dan konsentrasi.
Pagi tadi Mak Tok dah bertolak balik Kelantan ikut Gua Musang. Dia kata "Kau jangan risaulah, nanti mak suruh abah kau bawak pelan-pelan" , aku cakap balik kat Mak Tok "Sure pelan punyerlah Mak Tok sebab mesti jem giler, mana boleh bawak laju" hehehehe ... nengok aku start merapu lagi :) Semoga perjalanan pergi dan balik Mak Tok, Tok Abah, Abang Cik, Sarah dan Yayah dipermudahkan. AMIN.
Pelita ni gambar Raya Posa itu hari, tak sempat nak post pasal raya.
Aku beli murah jer, tak sampai RM10 hengget kat Romantika Selayang Mall
Dah lama carik benda ni, tengok kat IKEA mahal sangat RM25 satu.
Boleh pakai untuk beberapa tahun nih.
Haa! hambik kau aku lepas geram.
Gambar Raya Posa yang lepas masa kat Klang
Tak tahu nak letak gambar apa dah
Eh! kira relevan lah ni kan ;)
Ala ala rindunyer la nak jumpa Alia dan Ain dan Sarah.
Susah betul nak jumpa korang sekarang, sejak masuk Kolej dan dah kerja ni yer.
Esok kita jumpa yer sayang sayang semua :)
4 comments:
salam eid aladha dari acik..
acik pun tak buat apa sangat cuma masak rendang..kuah kacang dan rebus nasi impit segera je.
salam aidiladha jua buat Fairos.Awak, baik belajar resepi mak tok tu, rugi tau nanti pupus :)
Acik Erna- Salam Aidil Adha untuk Acik juga (nama timangan kita sama la :) lastly menjadi jugak nasi daging saya. Samalah jugak buat rendang dgn nasi impit, cuma tak ada kuah kacang jer
Ixoraroxi - 5alam Aidil Adha juga untuk Ix dan keluarga. Belajar resepi turun menurun mak tok tu pasti. Insya Allah
Post a Comment