Tuesday, November 8, 2011

CORAT CORET DI AIDIL ADHA

Satu hari di Hari Raya
Dua hari di Hari Raya
Tiga hari .... oppppsssss dua hari jer cuti
Tapi Takbir raya haji sampai 4 hari ... syahdunyer



Cuba menunaikan janji yang lepas, akhirnya berjaya buat Nasi Daging walaupun hanya ikut ehsan www.my.resepi.com. Hehehehe. Tak tahulah sedap ke tak, tapi menurut kata anak-anak sedap. Maknanyer okaylah tu, asal makan tak sakit perut udah. Kat atas tu dari kiri, air asam untuk Nasi Daging, Nasi Impit, Acar Timun, Kari Daging dengan Rendang Ayam. Rendang dan Nasi Impit tu Timah yang kerjakan, nasib baik sukses walaupun untuk pertama kali masak rendang.



Ni lah rupanyer Nasi Daging aku ...
next time nak masak sekali dengan daging tu dengan nasi.
Sebelum pergi solat raya sempat lah lagi makan hidangan ni,
jadi tak ler lapar sangat masa kat masjid...


Balik dari Masjid, Kak Long sempat lagi buat Oreo Chess Cake ... lagi
Kali ni untuk bawak balik Klang.
Nak kasik nenek, mak cik, pak cik dan sepupu makan.
Memang laku betul, sekejapan hampir licin




Kali ni dia buat sendiri, marah bila aku nak tolong.
Dia kata nak buat 100%



Yang ni pulak sebelum ke masjid aku sempat gak bancuh adunan Carrot Cake.
Oppppssss ... Kak Long yang buat. Sebab aku sibuk buat Nasi Daging.
Balik dari masjid, kek dah sejuk. Dah boleh letak Cream Cheese Frosting.
Dan dah boleh hidang. Yang ni pun buat 2 bekas. Satu nak bawak balik Klang jugak.
Iqa lah yang tolong lorek lorek tu. Takat ni itu jer lah yang dia tahu hehehehe






Tetamu kami ... kawan-kawan Hilman dan Aran yang kebetulan datang main PS2 kat rumah. Mana Hilman??? ... dia tengah ngadap internet. Seperti biasa, Aran memang rajin melayan kawan-kawan makan. Walaupun dia dah tak larat nak makan lagi

Lepas solat Zuhur kami ke Klang. Sebelum tu aku terlelap sekejap kat Sofa. Tetiba dapat call dari orang Klang, tanya "Bila nak sampai?". Dia orang tengah tunggu kita orang rupanyer, sebab pakat nak buat rombongan tengok Baby Baru Ita. Lepas bangun dari terlelap tu tetiba perut lapar balik. Sempat makan lagi pulak tu. Hehehehe ... dalam pukul 2 lebih, kita orang sampai Klang. Tapi nenek kata nak tunggu Asar pulak. Okay, aktiviti makan-makan, borak-borak lagi.


Rombongan Nenek Besah, Comei nenek senyum.
Kita orang konvoi 2 keta jer.
Ingat orang pompuan jer nak pergi
Tapi bebudak lelaki pun sibuk ler nak turut serta.


'Orang Gombak' - Sarah, Ain dan Alia (my anak sedara)
dengan ibundanya yang tercinta
Alamak nenek terselit kat belakang pulak



Tetiba rasa nak tempek muka amoi sorang ni
Huda dah macam Mualaf pulak, comei nyer bertudung.
Huda ni sepupu anak-anak aku belah Kampung Jawa, Klang.
Kampung ayahanda anak-anak.



Haaa! ni ler mak Huda, dengan Baby Ita.
Cute sungguh Baby tu, tidur jer dengan senyuman
Tidur dalam Iman kut. Baik lak nak berbedung.
Alip (anak sedara aku) kata adik dia ni namanya Soffiya
Ni mesti fanatik tengok Drama Soffiya nih.

Eh ! dah tak ada gambar nak komen dah. Kira-kiranyer gituler raya tahun ni. Tak ada raya belah keluarga aku pun, betul betul beraya belah keluarga Klang jer. Abang-abang aku, sebab mak dengan abah raya kat Kelantan, semua raya rumah mertua. Iyalah, lagi pun raya haji bukan cuti lama pun kan. Aku hari Isnin dah masuk kerja semula. Ada 'Task' yang nak kena disiapkan. Tanggungjawab orang dah serahkan pada kita, kenalah dilunaskan. Bawak Kak Long dan Iqa jadi BodyGuard, budak lelaki 2 orang tu tinggal Klang. Malam baru aku pergi ambik balik, sebab esoknyer dah nak sekolah semula.

4 comments:

IXORAROXI said...

meriahnya juadah!sedap-sedap nampak tu..best sungguh nampak kek awak tu..ishhh saya tak reti buat kek

ayang said...

Terliurnya tengok masakan. Mengancam semua. Macam-macam ada.. Tahniah la buat Ita. Cute anak dia. :-)

My Life My World said...

Ixoraroxi - Ituler, ingat tak ada benda nak dihidangkan, sekali hampir penuh setengah meja. Meh datang umah, saya buat tutorial ajar Ix buat kek :). Senang jer tu, main campak-campak jer.

My Life My World said...

Ayang - Bila nak datang umah, nanti akak buatkan special untuk ayang.

Memang comel Baby Ita, senyum jer. Rasa nak gomol gomol, tapi kecik sangat lah lagik.