Friday, November 4, 2011

MAIN MASAK MASAK DI TENGAH MALAM

Aku rasa tersangatlah mengantuknyer hari ni. Gara-gara 'Nightmare' malam tadi. Kelakar mengenangkan. Seperti biasa aku bangun lewat pagi tadi, 6.30 pagi, hmmmm dah kira lewat. Dalam keadaan tidur tidur ayam pagi tadi terdengar Iqa duk mengumpat pasal aku dengan Kak Long. "Woi! semalam aku takut sangat, mak bercakap dalam tidur. Dia baca surah-surah semua, kuat giler kau tahu, lama pulak tu" ... dalam mamai-mamai dengan mata tertutup tu aku leh tanya Iqa balik. "Kau dengar ker Iqa, laaa mak ingat mak mimpi, mak baca macam dalam mimpi jer, apasal kau tak kejut mak?" ... "Iqa takut lah nak kejut" Kak Long lak tanya "Mak mimpi apa mak?". "Entah lah Kak Long mak tak ingat, tapi kalau mak baca segala surah yang mak tahu tu sure mak mimpi hantu, konon konon nak kasi hantu tu lari, tapi tak ingat pasal hapa" ... hehehehe. Lawak lah pulak, dan ini bukan kali pertama Iqa duk dengar aku baca segala surah-surah tu. Dah banyak kali, tapi tetap aku tak ingat aku mimpi hapa. Mungkin sebab aku terlalu penat kut, sampai mengigau gigau.

Dua hari lepas, Hilman call suruh masak pencuci mulut, sebab nak bawak ke sekolah, cikgu suruh. Dah lah masa tu balik lambat. Tapi aku dengan konfiden nyer tetap janji, "Okay, nanti mak buat". Sampai rumah masa tu dah 11.30 malam. Terus selongkar almari, carik apa yang patut nak masak 'Dessert'. Ha! hambik kau, dalam pukul 12.15 siap 'trifle puding' aku buatkan. Hilman bangun pagi macam tak percaya, yang aku sempat lagi siapkan puding tu. Dia sangatlah risaunya sebab pukul 10 malam aku tak sampai rumah, macam mana nak buat. "Hilman tak tahu, mak kau ni SUPERMAK"... hukhukhuk tapi 'well' tak adalah body macam Nasha Aziz tu kan" hahahaha masuk bakul angkat sendiri lagi. Oh yer! ... dan puding tu abih licin dimakan di sekolah dengan jayanyer. Dalam mengejar masa tu sempat lagi hambik gambo ... muahahaha.


Bahan-bahan nak buat, ni jerlah yang jumpa selepas abih selongkar almari.


Sekali tepung kastad tersikit lah pulak dalam stok.
Nasib baik ada Serbuk Segera Flan nih, boleh lah guna, kasi top up isi kandungan.
Flan (belah kanan) ni dia lembut sikit lepas sejuk, compare to puding.
Dan rasanyer agak manis, berbanding puding yang nak kena tambah gula sikit.
Lantak lah ... asalkan ada jer.

Sila susunkan kek dan letak air buah tu kasik basah kek dan letak buah dalam tin jer.
Lepas tu letak puding, lepas tu ulang lagi letak kek dan buah, lepas tu letak puding @ flan lagi
Berulang-ulang yer Kak Bedah :)

Tarra!!! tak sampai 15 minit, siap ..... sempoi jer dan tak cantik langsung

Dan malam tadi aku berperang lagi kat dapur. Mak Tok nak 7 biji kek cekelat nak bawak balik Kelantan nak kasik sedara mara kat sana. Alhamdullilah, sempat buat 6 bijik jer malam tadi, sebab susu tak cukup. Malam ni sambung lagi. Lepas tu Kak Long lak sibuk lah pulak nak buat Oreo Cheess Cake. Hmmm ... tengok jam dah pukul 10pm lebih. Alahai, penatnyer lah pulak. Nama jer Kak Long nak buat, tapi 3/4 mak jugaklah yang 'tolong'. Sementara nak tunggu kek masak boleh lak terlelap kat sofa depan TV. Sukses lah jugak kek keju oreo tu, walaupun tipis jer, sebab guna acuan beso. Iqa baru call jap tadi, kata kek dah hampir abis, dia makan. Chewah! orang lain bersengkang mata, orang lain kasi perabih. Iyalah Iqa, nanti lepas ni kau buat pulak dengan Kak Long yer, sebab Kak Long dah tahu macam mana nak masak kek keju lepas mak kasik tuition malam tadi.


Sila terliur ... hahahaha tak ada makna nyer korang nak terliur kan
Takat kek nipis taraf papan lapis nih ;)

2 comments:

azieazah said...

Sapa kata? Sapa kata tak terlior? Nak kene niiiii... tayang puding, tayang kek! aduhhhhh...

Kalu Kak Azie, masak cepat camtuh, Kak Azie kata, “mak ada dapur magic. Petik jari jer terus siap!” hahahahaha

My Life My World said...

azieazah - ada jugak yang terliur yer. Hehehehe dah lama tak tayang makanan kak. Dah dekat nak raya ni kan, tengah asah skill memasak semula.

P/S: Kak AA nak pinjam dapur leh, lagi hebat dari dapur saya tuh ;)