Khamis, 10 November 2011
Ala la la la ... aku memang suka makan. Tak rugi kalau bawak aku pergi Buffet. Aku boleh makan apa sahaja. Ternyata buruk lantak kan. Hahahaha... sebab tu aku tak penah nyer kurus. Berat sekarang adalah sama dengan berat masa Sembilan Bulan mengandungkan Kak Long dulu. Tapi bila belek badan sendiri, tak ada pun bawak baby. Rasanyer dah pergi kat peha, perut, lengan, tak lupa ke muntot ... dah jadi lemak tepu agaknyer. Hehehehe. Semalam Bos aku belanja kita orang makan. Kita orang tu adalah orang yang bertungkus lumus siapkan Tender sampai pukul 4 pagi. Dan kami telah berjaya mendapatkan Tender yang agak besarlah jugak nilainyer. Berbaloi penat lelah kami selama ni. Alhamdullilah.
Memula tu bersemangat nak makan kat Restoran Jepun ni. Terletak kat Hotel Sri Pacific, depan The Mall, Jalan Putra. Aku dan My Assistant sampai dulu. Nama jer assistant aku, tapi dia yang uruskan segala-galanya. Bab bab tempat makan ni memang aku tak reti nak tetapkan, aku tahu makan jer, aku 'Follow' jer apa kata majoriti. Iyalah aku kan boleh makan apa sahaja :)
Lawo restoran Jepun ni. Macam berada kat negeri Jepun lak. Tapi kat sini tak ada Buffet, yang ada hanya 'Ala-Carte' jer. Jadi kena order sorang satu dish jer. Sedap ker tak sedap kena lah balun jer. Kami ada masa yang banyak kat Sri Pacific ni, memandangkan yang lain tak sampai lagi sebab ada meeting tak abis kat opis.
Jadinyer kaki gatal lak melangkah kat Coffee House sementara tunggu yang lain sampai. Hati sudah jadi teruja melihatkan pelbagai jenis makanan yang dihidangkan. My assistant telah berbelah bagi dan rambang mata. Jadi tepon semua yang terlibat, korang buatlah pilihan. Semua pun sepakat nak pergi Buffet kat Coffee House.
Muka masing-masing masa baru sampai sangat teruja,
macam sebulan tak makan. Hahahaha ...
cakap orang lah pulak sebenarnya dia orang makan tak adalah banyak
aku yang banyaknyer makan :)
Tengok ... tak pandang kiri kanan dah ... sedap sangat
Iyalah sedap, sebab lapar kan kan kan
Orang kuat 'Tender Committee' ...
hat tengah tu ler tukang buat keputusan nak makan dan belanja kita orang ;)
Itu jugaklah yang buat keputusan Tender kita orang
Tima kacih Bos !
Aku makan apa???
Nak tengok ... hehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pinggan pertama ... Pasta
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pinggan Kedua ... Lauk sesaja
Semua yang ada kat situ aku kutip sikit sikit masuk pinggan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pinggan Ketiga ... nasi tomato tak abis pun
Lauk daging dengan ayam pun tak abis
Yang lain kat situ ... semua licin
Paling sedap kat situ, sambal ikan bilis dengan petai.
Eh! ni bukan pinggan akhir, ada lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pinggan Ke Empat ...
Erk!!! ... Alhamdullilah, senak perut lepas tuh
Padat ...
rasanyer dah baca Bismillah dah tadi
Hahahaha ... abih ler aku kena kutuk jap lagi
Sumpah, sampai malam aku tak makan lepas tu
Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati :)
p/s : Aku 1/2 day hari ni sebab daftarkan Hilman ke Sekolah Menengah, dah beso anak aku dah masuk Sekolah Menengah dah. Malamnyer hantar Iqa ke Kelab Bukit Rahman Putra, hantar Iqa Gathering untuk RK. Vogue jugak anak mak walaupun tak moh mekap mekap.
2 comments:
Elehhh baru 4 pinggan jer dah kata banyak. Kak Azie bleh pegi 5 pingga tauuu.. silap tak ajak jer. hahahahaha
Tahniah sebab dapat tender, dan bos pun pandai appreciate kerja keras teamwork dia!
azieazah - hahahaha iyer ker kak. Alahai, ingat 4 pinggan tu dah banyak,sebab orang lain kat situ tak sebanyak itu makan nyer ;) Tabik spring kat akak . Toinggggg ...
Terima kasih, tak sia sia kerja keras, ada jugak orang nampak :)
Post a Comment