Friday, November 25, 2011

HARI HARI TERAKHIR HILMAN DI SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum, iyer tahu ... lambat giler nak update blog yang meronta rotan nak hidup tapi tuannya cukup lah malas nak kasik hidup. Terpaksa mendahulukan yang lebih penting. Rasanyer nak merapu panjang lagi tapi takut orang boring nak baca :) macam lah ada hukhukhuk. Kali ni nak cerita pasal Hilman. Sebermula dari hari Rabu minggu lepas. Aku ambik 1/2 hari cuti sebab kat sekolah ada Upacara Penyampaian Hadiah. Untuk kali terakhirnyer Muhammad Hilman Bin Hashim di sekolah rendah, dia masih lagi berjaya untuk naik pentas. Kali ni lebih meriah, sebab dia terima hadiah untuk Tokoh Murid Lelaki, Ketua Pengawas, Matapelajaran terbaik untuk Matematik, dan Kehadiran Penuh ... Alhamdullilah. Sekurang-kurangnya adalah jugak yer. Eh! lupa Muhammad Farhan Bin Hashim pun dapat adiah jugak. Untuk Matapelajaran terbaik bagi Pendidikan Jasmani ...jadilah yer ;)


Yang ni Man terima sehari sebelum hari penyampaian.


'Trophy' yang Man terima, kotak merah kat belakang tu berat banget


Gambar yang blur, tangan mak parkinson nak :) hehehe


Budak kecik yang kena paksa ambik gambo tunjuk gigi oleh maknyer


Perasaan aku .... bangga dan bahagia. Nak jadi cerita, aku pun turut terheret sama naik atas pentas masa Man terima hadiah Tokoh Murid tu, malu giler. Hehehe ... Acik kan pemalu orangnyer. Memang tak prepare langsung, nasib baik duk depan pentas tak ler aku berlari-lari badak masa nak naik pentas tuh. Nasib baik tak kena kasik ucapan, kalau tidak Yes, No, Alright jer lah. Hahaha ... perasan giler.

Terharulah jugak kan. Iyalah pulak, masa aku sekolah rendah dulu, tak der penahnyer aku naik pentas terima hadiah. Naik pentas pun sekadar nyanyi nyanyi, berlakun jadi orang kampung.... emmm apa lagi yer, hmmmm hah .... lagi ada tiup rekoder jugak gitu jer lah. Aku ni bukanlah pandai, tapi sejak darjah satu sampai darjah enam aku sentiasa di Kelas A. Belajar pun tak setinggi mana, takat Diploma jer. Aku selalu cakap kat anak-anak, "Mak nak tengok anak mak lagi pandai dari mak, taraf pelajaran lagi tinggi dari Mak. Mak nak anak-anak mak sekurang-kurangnya ada Ijazah." Besarnyer lah harapan seorang ibu tu kan. Tapi siapalah kita yang hanya pandai merancang, segala-galanyer ketentuan ALLAH.



Ni hah benda dalam kotak merah tu.
Save Budget mak, tak yah beli kalkulator tahun depan.
Yang kamus tu memang idaman Hilman ... katanyer.


Hari Khamis, sehari lepas majlis penyampaian hadiah, Result UPSR keluar. Kecut perut aku tak yah nak cerita. Konfiden ... sekejap ada sekejap tak ada, macam biskut chipsmore. Hari ni aku cuti, tapi pergi gak kerja sebab ada tender nak dihantar. Aku cakap kat Hilman, mak tak nak letak harapan tinggi takut sedih giler-giler. Mak target 3A 2B yer man. Hilman kata malam tadi dia mimpi dapat 4A 1B, jadi dia target untuk itu. Kita redha jer lah yer anakku. Konfiden untuk 5A adalah sikit, sebab masa Trial Daerah dan Trial Negeri dia dapat 4A 1 B. Sepatutnyer aku ada dengan dia masa terima slip, tapi aku sangat lewat disebabkan kerja. Waktu tu dah pukul 11 pagi, aku dah start cuak. Apasal Hilman tak call. dia lak tak bawah phone. Masa sampai sekolah terserempak Man dengan Cikgu tengah bincang-bincang. Nampak aku terus dia kata, "Man dapat 4A 1B mak". Aku peluk dia kuat-kuat "tak perlah Man".


Perasaan aku ... Lega dan tetap Bahagia, walaupun tak dapat bohong diri sendiri ada jugak rasa sedih. Sedih sebab tak dapat kekalkan rekod 5A yang dipegang Kak Long dan Iqa. Hilman muka tak puas hati. Kenapa Sains, kenapa tak yang lain. Dia tak ralat dapat 4A 1B, tapi kenapa B untuk Sains, sedangkan dia dapat Markah tinggi dalam kelas masa trial untuk Sains. Masa jumpa dia tu, rupa-rupanyer dia bincang dengan cikgu untuk buat semakan semula. Nanti kita usahakan yer Man, jangan sedih-sedih. Tapi nampaklah dia sedih, sampai tak lalu nak makan, hilang rasa lapar walaupun pagi tak makan apa. Tak boleh nak tidur sebab terbayang-bayang kehampaan masa terima slip.

Bila dia mintak nasihat aku macam mana nak kasik lelap mata, aku pulak buat ceramah Dr. Fadzilah Kamsah, sampai dia tak sanggup dia nak dengar. Hahahaha ... redha jerlah Man, kau pun bukannyer belajar sangat masa nak peksa tu. Baru UPSR jer, masa masih panjang kat depan tu. Ada banyak lagi peksa beso yang nak kena hadap. Belajar dari kesilapan, dan jangan ulangi lagi. Apa apa pun mak tetap sayang kau Muhammad Hilman, mak tak marah pun :)



Esoknyer, Jumaat aku pergi sekolah lagi. Kali ni nak tuntut duit RM100 hengget tu. Tuntut jangan tak tuntut. Masa ni punyer lah jahat kepala, apasal ler anak aku ada 4 orang jer, kalau sebelas ker, duapoloh orang ker best jugak. Hahahaha ... tamak haloba sungguhlah. Jumpa Cikgu Hilman dan kawan-kawannyer. Ambik gambo semua. Masa ni tengok Hilman dah suka-suka, dah tak sedih lagi. Alhamdullilah. Berkat dapat SMS pujukan dan semangat dari Abah yang jauh kat Sarawak tu kan ;) ker sebab abah janji tetap jugak nak kasik Laptop ... hmmm





Sekali banyak lah pulak gambo dengan kawan kawan nyer.
Iyalah saat-saat manis untuk dikongsi bersama.
Sebab mak tahu ramai kawan Man yang jenguk Blog mak ni kan.
Siapa baca Blog Auntie sila komen ... hahahaha Gila Glamourlah pulakkan ;)

7 comments:

Mrs Taz said...

acik, mmg kan sedih tu tetap ada .. time faris dulu lagik teruk dia nangis cam apa je .. padahal pada zia 4A 1B dah cukup bagus hmmm ntah la acik .. kesian budak2 tu , hilman boleh apply VI kalo dia minat sbb bnyk sijil dia tu .. VI mmg suka budak2 yg aktif cam tu .. yg paling penting anak kita pandai berdikari , punya cita2 .. pandai belajar saje tak cukup ..kalo sekadar tahu menghafal aje tapi tak tau nak implemen ke dlm kehidupan hari2 susah juga nak berjaya dalam hidup .. sbb tu bnyk juga pelajar2 yg berjaya dalam pelajaran yg tidak bekerja .. actually ada kebaikannya biar diorang belajar tak semua apa yang kita nak tu kita leh dapatkan kan? sometimes mmg kita kena redha dgn ketentuanNya .. jgn sedih jgn putus asa .. happy2 je.. tahniah Hilman... (aduuuuu sbnrnya risau result PMR ... sbb tau la ....huhuhu jgn tanya tau ..malu hikhik )

azieazah said...

Pertama:
TAHNIAH kerana Hilman dapat result yang baik dan cemerlang juga wpun bukan 5A. Tapi Anugerah di sekolah tu cukup membuktikan kehebatan dia!

Takpa, rasanya kata-kata semangat ACIK dan Abah dia cukup untuk dia kembali pulih dari sedih. Takpa. Dia anak yang kuat!

Perasaan kita mak mak ni, bila bab akademik, tentulah nak depa jadi lebih pandai dari kita...!

azieazah said...

Kalu ACIK ingat, anak Kak Azie tahun lepas pun UPSR dia 4A 1B juga. Jadi Kak Azie faham perasaan itu.

IXORAROXI said...

Tahniah buat Hilman..moga akan terus sukses di masa hadapan

azieazah said...

ACIK, Jemputan khas ni:

Pertemuan Blogger 18 Dis: Jemputan Istimewa

ayang said...

Tahniah buat Hilman anak buah mak ayg. Jgn kecewa. Tu bukan titik terakhir. Buktikan Man boleh berjaya di masa hadapan. Mak ayg dulu banyak gak A yang tak terkutip tapi ala-ala berjaya gak le skrg..hehehe..

Buat kekanda ku Fairos, Tahniah atas kejayaan mendidik anak-anak. Sejuk perut anak2 pandai-pandai belaka.

Dr. Rodzila Rodi said...

tahniah akak dan Hilman..
1. 4A1B lebih baik dari saya, dapat 4A je doluuuu
2. 4A1B pun dapat hadiah laptop(dari Abah dia) kalkulator dan kamus...syukur!
3. ada mak yang sgt penyayang dan sporting..bukan senang nak senang Man..
ketot je masa saya jumpa dia dulu..sekarang ni..dah macam Hero Remaja da...:)
wallahu'alam