Friday, January 13, 2012

FUTSAL DEPAN RUMAH

Balik dari kerja, buka pintu keta jer dah boleh dengar riuh budak-budak ni. Pergi junguk jap ... amboi meriahnyer bebudak ni main Futsal kat depan rumah ni. Adalah dekat 12 orang semua. Tak adalah beso mana pun kawasannya, tapi dah bolehlah buat dia orang ni berpeluh-peluh semasa berebut dan mengejar bola tu. Dan bolehlah jugak membuatkan rumput dan kemuncup tak tumbuh kat kawasan ni. Mana taknyer, hari-hari dah kena lenyek dengan bebudak ni. Hehehehe. Duk kat kampung, main bola pun cara kampunglah jugak. Ikut dan dia orang jer lah, tak yah nak pakai undang-undang. Nasib baik tak gaduh gaduh, takat jerit-jerit lepas tu baik dan main semula. Tak yah nak berkasut bola yang tajam-tajam tu, berkaki ayam pun boleh. Tak perlu nak pakai T-Shirt Sukan yang mahal ... singlet dan T-Shirt basahan pun boleh.

Seronok tengok bebudak ni main bola. Yang tak seronoknyer bila Aran dah tambah gelap bersinar-sinar. Degil gak budak ni, dah selalu pesan kat dia kalau nak main bola keluar bila matahari tak panas sangat. Kalau aku kat rumah memanglah ikut syarat mak dia. Tapi kalau aku tak ada, suker hati dia jer. Kengkadang pukul 1 tengahari pun dia pergi main. Aku memang galakkan kawan anak-anak aku main kat kawasan rumah aku ni, sebab aku tak suka anak aku merayau kat rumah orang lain. Biar anak anak ada depan mata, tak risau aku nak jaga. Kalau pergi rumah orang, aku tak tahu dia orang buat apa. Mak bapak kawan-kawan anak aku ni pun tahu anak dia orang main kat mana, so kalau nak carik anak dia orang pun senang. Bagusnyer jugak, tak adalah anak-anak aku duk rumah main sesama sendiri jer, kena gak bersosial walaupun tak perlu nak pergi jauh-jauh :) Jom tengok gelagat anak-anak kampung ni main bola.













p/s : Aran excited hari ni, sebab dia telah terpilih jadi Kapten Bola untuk Tournament antara kelas dia hari ni. Dan Hilman dapat naik ke Kelas 'A' di sekolah dia, sebab ramai budak Kelas 'A' tu dah masuk RK. Alhamdullilah, syukur.

2 comments:

suri solehah said...

seronoknya tengok kalau tinggal kawasan kg kan tak dak lah anak2 terperap kat umah je

My Life My World said...

suri solehah - Betul tu dik. Tak adalah jugak duk menepek depan TV main PS2 dengan depan computer main internet ... hehehe.